>> Tuesday, December 25, 2007

Lately, sangat banyak benda yang tertinggal untuk dicerita di sini.
Contohnya seperti kesah annual dinner, kesah family day di opis, kesah parfume baru, kesah broadband baru, kesah DVD baru, kesah pengembaraan ke rumah Huda *wink* etc etc etc.

Tadi, tengah ngemas-ngemas bilik, tiba-tiba terjumpa beberapa barang nostalgia. Cepat-cepat ngambil kamera, kensel kemas bilik, hiks, dan terus berposing mengambil gambar.


Photobucket



Last few weeks, aku ke rumah Huda.
Di Felda Linggiu, Kota Tinggi.

Cadang-cadangnya mau gerak pagi, sebab jalan ke Kota yang selalu jem.
Tapi, sebab time tu la baru sibuk nak gosok baju, nak cari kad, nak cari semuanya, jadi, dalam pukul 11.30 baru bertolak dari rumah...

Aku pergi dengan Luna.
Dia selalu ke sana, jadi konon-kononnya perempuan itu tau la jalan 'kan.

Huh! Tau la sangat.
Baru 5 minit keluar rumah dah sibuk menelepon si bf untuk bertanya arah.

Then, jalan terus lalu highway sampai la kat persimpangan bertingkat Johor Jaya JJ Tebrau tu. Belok ke kanan, dan terusss sajer. Pertama kali lalu jalan tu sebab aku, memang pertama kali mau jejak kaki ke Kota. Dulu, masa kecik2 pernah la jugek tapi tak pernah lalu secara sebenar.
Aa?

Co-pilot kata terus sajer sambil menelepon bf setiap 3 minit utk bertanya arah lagi. So oke, akhirnya sampai ke simpang untuk ke bandar Kota Tinggi.

Then, tiba-tiba nampak signboard ke kiri untuk ke air terjun.
Dalam peta Huda, memang ada landmark air terjun, tapi tak jumpa pulak simpang yg mana nak ke situ. So, kami pun terusss sajer.

Kat depan tu nampak lagi signboard air terjun, tak suruh belok pun tapi ke arah terus. So aku pun terus lagik. Tapi jalan dah jadi agak sunyi so perasaan jadi konpius. Lebih-lebih kat signboard tu cakap terus adalah Kluang.

Ada aku meronda satu Jhr ni kang.

Singgah kat gerai tepi jalan, tanya kat pakcik tu mana arah nak pegi Linggiu, and dia cakap terus. Pastu bila jumpa balai polis, belok kiri.

Huh! Nasib baik aku tak belok simpang yang cakap air terjun tadik.

Then, tiba-tiba di batu jalan ada tulis Kuantan.
Wooo kat mana sebenarnya aku nih?

Setelah beberapa lama, nampak satu simpang ke arah Bandar Tenggara/Kluang. Luna cakap bukan, sebab takde balai polis pon.

So aku pun terus...

Tiba-tiba, jalan makin lama makin sunyi and makin penuh dengan ladang.
Sangat saspen. So aku pun ngambil keputusan, buat u-turn untuk masuk ke simpang tadik.

Lepas masuk simpang, aku suruh Luna tanya budak jual buah tepi jalan tu, mana Linggiu. Budak tu cakap depan lagik. So aku pun terus je la.

Dah lama gila tapi cam tak sampai-sampai.
Aku tengok kat signboard tu Kluang lagi 20 km.
Tadi masa kat bandar Kota, dia cakap Kluang lagi 70 km.
So maknanya, dah sama jarak ngan aku nak balik Ptn.
haih~

Then, berenti lagi, tanya bebudak kecik main basikal kat bus-stop tu.
Diorang cakap, "Terus lagi kak."

Kesimpulannya, rumah Huda adalah terus.

Aku dah pening pale sebab tengahari buta yang panas terik melampau, and baju dah basah lencun, mekap takyah cakap la. Memang dan cair bagai.

Aku cakap kat Luna, kalo tak jumpa rumah Huda ni kita gi mandi air terjun je lah. Dia cakap ok jek.
ahaks.

Then, tiba-tiba... huahuahua signboard ke Felda Linggiu!
Dah nak putus asa baru la nampak kertas pink penunjuk arah ke rumah Huda & Shaiful kat tiang lampu tuh.

Sampai dalam pukul 1.30, makan-makan, jumpa Sya & Firwan & si kecil comel-kiut, borak-borak, nunggu cik puan Huda bersanding, ngambil-ngambil gambar, then, dalam pukul 3 kami pun bertolak balik...

Kepala aku suda sangat sakit, sebab suda sangat lama tak kena matahari, selalu sangat manja duduk di opis beraircond sejuk, bila terkena panahan terik begini, perasaan adalah, aduuu...

On the way balik, singgah kat Masjid Kota Tinggi yang best.
Buat solat jamak-qasar, baring-baring kejap, and cepat-cepat menukar baju.
Oo ye, kami memang bwk baju spare, sebab cadangnya balik dari kenduri mau terus ke air terjun atau ke Tg Balau.

Tapi sebab aku yang suda tak larat, jadinya, mau terus balik ke JB.

Sampai di JB, tiba-tiba, dari jauh, ternampak signboard Carrefour.
Konon-konon ternampak la.
Macam la selama ni aku tatau Carrefour tu memang kat situ.
ahaks.

Aku cakap kat Luna, jom singgah jap. Nak beli sangkar Ciki.
ecehhh...

Luna ok jer.

Sampai kat persimpangan bertingkat tu, aku tatau mau belok mana, sebab dia ada 6 simpang yang berlainan.

Luna cakap, belok simpang 5. Aku rasa, belok simpang 1. Yang sepatutnya adalah terus. Tapi, jalan yang aku amik adalah simpang 6. Wahaha... so kami masuk ke simpang yang salah.

Lalu terowong kecil, carik-cari jalan untuk u-turn, akhirnya jumpa nun jauh kat sana. Then, bila dah u-turn, tersalah masuk simpang lagi.

Termasuk pulak highway pi Perling sana...

Adoi.

Dah sampai highway, aku malas nak u-turn, so masuk kat persimpangan yang lagi satu. And tiba-tiba... ternampak signboard The Store.

And kami pun singgah kejap...

Huh! Kejap la sangat.

Try baju 7, 8 pasang, belek-belek itu ini, akhirnya duduk di situ selama 2 jam.

Balik ke kereta, perasaan adalah sangat lapo + penat.
Nasib baik ada nasik kenduri tadi, so kami pun berkelah dalam kereta...

Lepas makan, start enjin, meneruskan perjalanan ke Carrefour.

aa bukan ke aku ada cakap sakit pale tadi?
ahaks.


Sampai kat Carrefour, belek-belek itu ini lagi, shopping-shopping baju lagi, akhirnya memborong sebijik banglo mewah 3 tingkat untuk Ciki...

aa kopak, kopak.

Sehari suntuk aku berjalan.
Time shopping-shopping tu tak terasa apa pun. Tapi bila part mau drive balik, uuu...

Pukul 10 malam bertolak balik, hampir pukul 11 baru sampai di rumah.

Tapi, oo biasa la.
Aktiviti wajib perempuan di hujung minggu.

Sekian pengembaraan kali ineh.

tapi nape eh. tiap kali ke kenduri kawin kawan-kawan, selalu ada pengembaraan baru? kenapa bukan straight to the point sajer, macam orang lain.
hiks.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP