>> Thursday, March 13, 2008

I really have to stop eating.
Stop stop stop eating.

Gosh... I've been eating too much of everything lately.

Tiap pagi, breakfast, amik 2 kpg roti canai + nasik lemak/kuetiau/lontong + kuih 2 bijik/hash potato. Tengahari, makan lagi. Kadang-kadang nasik ayam + bubur pulut itam. Kadang-kadang, nasik lauk udang/asam pedas ikan/sotong sambal. Kadang-kadang rojak asma + pengat pisang + yong tau fu.

Itu kalau makan sendiri di cafe la.

Belum lagi kalau vendor belanja.

Belum lagi kalau ada event yang itu ini.

Di sini, acara makan-makan adalah tiap minggu.

Contohnya cam kelmarin.
Sebelum balik, cik puan secretary dah ngantar email, pesan jangan beli breakfast, sebab ada orang mau belanja.

Then, tengahari, balance breakfast banyak lagi, so nyambung la makan.
Petang, ada pulak la makan-makan lagi.
Cekodok udang yg sedap + bihun goreng + nescafe.

Balik kerja, tiba-tiba teringin makan McD.
Terpaksa singgah.

Tatau apsal perut mengada-ngada rasa teringin.
Padahal dah tak muat-muat disumbat itu ini.
...

Semalam pulak, suda breakfast dasat.
Tiba-tiba tengahari, ada vendor ngajak lunch di luar.
Ayam percik sepinggan gemok.

Balik dari kerja, tiba-tiba lagi, ada kawan mau belanja.
Mi kari lemak semangkuk besar.

Patut mau ke Secret Recipe [huish dah terbayang cheese cake kat situ].
Tapi, tiba-tiba, SR di Masai suda berpindah ke tempat lain...
Jadinya, terus ke Oldtown White Coffee...

Pertama kali ke situ.
Sebab, aku memang tak minum coffee.
Jadi, tadek motif pun mau ke coffee house, kan.
Gambar tiada di sini.
Selalunya kamera diusung ke sana ke mari.
Tapi semalam, tiba-tiba kamera tertinggal di rumah.
Jadinya, apa gambar pun tak dapat diambil dipost ke sini.

Balik rumah, nyambung makan Cocoa Frosties setengah kotak besar.
Dengan Oreo, setengah peket.

huahuahua.

Apapun, kesimpulannya, aku telah makan dengan dasat.
And, kerana itu, I really, really have to stop eating.

And start jogging.

ahaks.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP