Cerita konvo

>> Wednesday, August 29, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Pertama kali ke Ipoh, masa aku Form 4.
Ngantar Boy yang masuk asrama di sana...
Kemudian, tiap-tiap tahun aku ke Ipoh.
Disebabkan Mak dan Abah yang rindu ngan anak bongsu mereka.

Tu sebelum ada Aish la.
Then, bila Aish lahir, aku tetap ke Ipoh.
Menyelesaikan masalah adik aku yang bertimbun2 kat sana...
Ngan kena bulinya, ngan dia yg membuli, ngan nak pindah skolahnya, ngan etc etc etc... hiks. Tapi akhirnya dia tamat Form 5 di situ...
STAR... sekolah yang beri banyak kenangan buat aku dan dia.

Kemudian, Angah pula masuk universiti di sana.
And beberapa kali jugek la aku ke sana. Waktu2 mau cuti semester. Untuk ngambil dia dan barang-barang-barangnya. ooo.. mmg gile banyak.

Dan beberapa hari lepas, selepas bertahun-tahun, akhirnya tamat sesi aku ke Ipoh..
Dia suda grad.
Dan Isnin lepas, kami ke konvo Angah.
Ngan Mak, Abah, Aish and Boy.

Hopefully bukan utk terakhir kali.
Sebab aku sangat suka ngan Ipoh.
Aku suka dgn jalan2 di situ.
Aku suka dengan rumah di situ.
Sangat historical, cantek, sunyi, dan banyak gunung-ganang yang lawo.
*sebenarnya mau letak gambar di sini, tapi pendrive bole plak tertinggal kat kete.


-----

Kronologi Ipoh. hiks.

Sabtu, aku keje separuh hari.
Pastu singgah tapau kat Tesco and terus balik kampung..
Sampai rumah dah pukul 4, siap2 and terus bertolak..

Boy naik bas dari Sgmt and pukul 5.30 amik dia di Tangkak.
Tunggu2, makan2, and bertolak semula pukul 7.30..
Memulanya ada ati nak singgah Putrajaya tgk bunga api tu tapi Boy plak terlepas exit... Malas nak patah balik, so dalam kul 9 mlm tu sampai la kat rumah Auntie Sue kat Sunway.

Tido sana, and pagi besoknya dalam kul 10 bertolak la gi Ipoh..
Sampai Ipoh dalam kul 12 gitu, tunggu Angah and Lan a.k.a bf kat Ipoh Parade..
Angah mmg dah kat sana coz dia ada benda yang nak disetel. Pastu shopping-shopping jap and kul 4 baru check-in kat hotel..

Kul 6 tu kuar balik coz konon-kononnya Mak nak carik limau bali kat Tambun nuu.
Gile sesat.
Tatau pon diorang beli limau-limau tu kat Ampang Baru. Tapinya tadek hape yang best pon ngan limau2 neh. Dah aa gile mahal. Baik aku beli kat Jhr lagi murah + sedap.
Pastu pegi stadium lak, konon-kononnya nak makan nasik la.
Tapinya tak jumpa plak tempat yg diorang cakap tuh.. (sebenarnya sesat)
*Boy sesat? aa bukan ke Ipoh dulu suda jadi rumah kedua?

Malam, singgah jalan ke Gerbang Malam.
Ala-ala Jonker Walk kat Mlk tapi sangat la kecik.
*uu.. mmg the most rindu kat Jonker Walk ah.

Anyway, Isnin, bangun pagi kul 6.30, mandi2, siap2, jerit2, (jerit2?) and 7.20 bertolak gi Tronoh... Boy mendrive secara dasat sebab event start kul 8. Masa kitorang sampai tu student tgh queue lagi.

Mak and Abah masuk, meninggalkan kami yang kebuluran kat luar..
Boy ngajak breakfast. Carik-carik orang jual mknan lansung tadek.
Pastu tanya pacik guard, dia cakap cafe kat area-area hostel student.
So aku ngan Aish pon menapak...
Aku, harus la dengan heel bagai.
Cam nak tercabut lutut pon ader.
Pastu Boy amik kete coz kakaknya suda tak larat jalan.
Harus la aku tak larat kan. Maklum la selalunya jarak kete ke opis adalah sekangkang kera.

Yang diorang ni pun tak sistematik lansung.
Ader buat pesta konvo jauh cenggitu. Mana la orang nak pegi.
Tgh makan, tiba-tiba dapat msg dari seorang kwn lama di MMU dulu.
Huu... memang tak sangka jumpa ko lagi.
And, of course la tak sangka, adik ko grad skali ngan adik aku, 'kan.

Lepas makan, nyambung berdiri nonton kat layar tu.
Yes, berdiri!

Of course la kan protokolnya lebih grand kalo nak dicompare ngan tempat aku.
Tapinya, ahh... seperti yang semua orang sedia maklum, tadek hape yang lebih penat selain daripada nunggu orang abis konvo kat luar.

Gile bosan.
And berpeluh-peluh.
And melekit, berlengas sume.
Habis cair mekap aku.
Ngan sun burn lagik.
Ngan baju berlapis-lapis.
*motif pakai baju berlapis sebab baju tu jer yang bersih. baju lain sedang dilaundry. hiks.

Tapinya, sebab dah jumpa kwn, dapat la borak2 kejap ngan dia..
*aa bukan ko rabun, tapi memang aku dah itam skarang, Fit3 T_T

Pastu walopon ada ekon, tapinya tempat duduk langsung2 tak disediakan. Kan ke yang menunggu tu kebanyakkannya atuk nenek and bebudak kecik so bole pulak dibiarkan kitorang ni setengah hari bersila kat luar tu.
aih...

aa oke, aku mau balik. Tempat aku sekarang tak berapa selamat, so harus la aku balik sebelum malam, kan.


to be continue...

Read more...

Ipoh mali

>> Thursday, August 23, 2007

I'm going to Ipoh dis weekend.
For my sister's convocation.

Huuu... lama btul tak ke mana-mana.
Sejak duduk Jhr, rasa macam aku sangat baik.
Balik keje, makan, tido.
Kalo rajin, pegi CC.
Kalo tak pun pegi JJ.
or Giant.
or Carrefour.
Tadek aktiviti lansung! *huu? takde aktiviti?

Suda masuk 4 bulan di sini.
Kejap betul eh.

Semuanya ok.
aa bole laa...
Tapinya, bila time hujan, rasa mau lari-lari balik ke Mlk tercinta. hiks.
Sini, waktu-waktu hujan, baunya uhhh... kau takkan boleh tahan!
Masa baru-baru datang dulu, aku rasa takkan mampu bertahan seminggu.
Tapi bila dah lama-lama, bau tu pon dah jadik serasi.

Uh anyway, Angah suda mau grad!
Tapinya, nex week dia suda terpaksa ke Bintulu.
Petronas.
10 tahun dibond.

Kesian eh.
Tadek geng la aku raya ni.

And lagi satu, untuk pengetahuan kau, aku belum kahwin lagi. And kalau suda sampai jodoh nanti, aku jemput semua-semua. So, janganlah digosipkan lagi diriku ineh ya. hiks.

Read more...

Minyak itam

>> Tuesday, August 21, 2007

Semalam, buat pertama kali dalam sejarah idup, aku mengecheck minyak itam kete.
(sebenarnya kali pertama jugek isi air dalam tank. hiks.)

Sebabnya dah beberapa hari ni, nampak minyak itam tumpah kat porch depan umah. Tatau la kete sapa buat hal tapi saspen jugek la... mana tau kan kot2 kete aku. Tu yang sebagai langkah keselamatan, aku pon mengecheck la...

Nasib baik la bila dah ukur2 semua, kira minyak itam kete aku cukup lagik. Gile ah. Tak penah bukak langsung depan tu... Bab2 kete ni memang aku buta hurup sket. Kalo tayar kete pancit ke, kalo mati tgh jalan ke, sure2 la terpaksa panggil abah to the rescue. Hiks.

It's funny eh, no matter how old we are, where our parents are concern, we're still children. Don't u think?

Read more...

lalala~

>> Wednesday, August 15, 2007

Lots of thing going on lately.

Aku pindah umah baru...
Aku keje tempat baru...
Aku bergaji baru...
Aku pi Family Day opis baru...
Aku dapat increment... [keje baru 3 bln da dpt increment?]
Aku lepak2 CC... [aktiviti yg da lama tinggal sejak zaman skolah dulu..]
and etc etc etc... yang semuanya baru-baru belaka.

tapi, walopon segalanya serba-serbi baru, kenapa eh Melaka tetap jadi tempat yang paling aku rindu.
*hiks. tatau apa releven ayat neh.

Read more...

ntah

>> Saturday, August 11, 2007

Aku sangat sedeh.
Sedeh dan kosong yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Betul, 'kan.

Macam mana kita susun atur hidup begitu sempurna, tapi kadang-kadang memang semuanya takkan jadi semudah yang dijangka....

Read more...

datang kembali... [agaknya]

>> Thursday, August 9, 2007

Tiba-tiba datang rasa rindu dengan blog ineh.
Tiba-tiba rasa mau nulis semula di sini.

Jadinya, selamat kembali, cik puan tuan rumah...

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP