>> Friday, January 11, 2008
Beberapa hari lepas, berangkat ke KL.
Sendirian.
Patut harus ngambil flight pagi Senin bersama cik puan bos, dari airport terus ke opis. Tapi dek kerana mau mengganggu si Ann, dan Huda, dan Sue, dan Aida, dan Watie, jadi aku bertolak sendirian di pagi Sabtu.
Dari rumah, dengan berbreakfast sebijik pear dan sebijik roti, terus manggil cab ke Senai. 1 tengahari sampai di KLIA, berjalan terkedek-kedek dengan 3 biji beg berat, cadang mau ngambil cab, tapi sebab tak pernah naiki ERL, jadi turun la ke KL Sentral. Berjalan-jalan keliling, tengok orang lalu-lalang, dan terus ngambil teksi ke rumah Ann di Shah Alam.
Apartment comel 3 bilik.
Penuh dengan gambar si hosmet yang suka berposing ^-^
Baring-baring, borak-borak, makan-makan, dan ngangkut Ann ke Subang Parade.
Oh ye, cik tuan rumah telah memasak ikan sardin yang sangat sedap sampai aku terpaksa nambah beberapa kali. eheh.
Pusing-pusing, tengok itu ini, makan-makan lagi, pukul 10 baru balik ke rumah.
Ini gambar grill fish di Manhattan Fish Market.
Tapi sebab aku adalah orang kampung yang selalu makan ikan bakar dengan nasik cicah air asam, perasaan makan ikan sajer adalah tak sesuai dengan citarasa.
The most penat!
Bole plak la pompuan ni sehari-suntuk tadi ngangkut beg berat, berjalan-jalan shopping sana-sini lagi.
Bangun pagi, siap-siap, breakfast coklat sedap, bertolak ke rumah Mak Su di Sunway.
Selalu, kalau ke rumah Mak Su atau sesiapa, cuma Abah atau Boy atau Angah yang drive. 2 bulan lepas, waktu ke rumah Mak Su pon, Abah yang drive.
Seumur hidup, tak penah la jadi penunjuk jalan untuk sesiapa pon.
So, no wonder la kami sesat 'kan.
Ter masuk ke highway LDP, terpaksa u-turn dan keluar balik.
2 kali tol.
Seperti biasa, aku sebagai co-pilot, and Ann sebagai pilot, adalah sangat fail jalan di KL dan di mana-mana. hihi.
Tapi, setelah berpusing-pusing-pusing, akhirnya sampai la jugek...
Cuma Shera, Uji and Epul di rumah.
Mak Su tadek sebab harus ngadiri majlis di rumah uncle Idris.
So, lepas ngantar 3 beg berat, terus bertolak ke Midvalley.
Konon-kononnya mau drive terus ke sana.
Sampai di Bangsar, tengok kiri-kanan, ohh tu pun dia.
Lama-lama, Midvalley yang nampak besar di sebelah, makin lama makin kecil.
Pusing-pusing, terlepas u-turn, terlepas itu ini, tatau mau masuk simpang mana.
Akhirnya sampai di Muzium.
Dan stesen keretapi.
aa?
Bila suda patah balik, nampak simpang ke KL Sentral.
Ngambil keputusan, daripada sesat tak tentu arah, mau parking sajer di sana, dan ngambil komuter ke Midvalley.
haih~
Cari-cari jalan mau ke parking, ahh memang jumpa.
Tapi terlepas simpang lagi beberapa kali.
Contohnya - "Ann, patut kena belok tadi ni..."
Sambil Ann mandu terus ke depan.
Konon-konon bila round sekali lagi, bole jumpa la simpang tadi.
Tapi bila lalu balik, ehhh?... terlepas lagi...
Kemudian, nampak simpang parking ke Hilton Hotel.
Suda malas mau berpusing-pusing, kami pun masuk la ke situ.
Tengok-tengok, ahhhh RM6 per entry!
And 4 ringgit untuk setiap jam seterusnya.
huahuahua~ kopak pakcik.
So kami pun keluar la balik...
Cari-cari lagi simpang ke parking KL Sentral.
Setelah hampir sejam, jumpa jugak akhirnya...
Wargghhh memang aku dan Ann sangat fail jalan di KL!
Then parking, dan berlari-lari anak mengejar train yang mau berlepas.
It's been awhile since I last took a train.
Tatau pon kat Midvalley tu ada hentian LRT.
or is it komuter? ntah.
Whateverpun, akhirnya sampai jugak ke destinasi...
Tak sempat nak berjalan-jalan, Aida suda mengkaling-kaling.
On time plak la macik nih.
Selalunya dia la yang paling lambat bersiap, lambat segalanya.
hehe.
Agaknya zaman-zaman dulu pun dah berlalu sangat lama, aku je yang tak sedar semua-semua pun suda berubah.
Sampai kat Nandos, dari jauh suda nampak Aida yang berapi-api.
Dah la dia yang nak belanja, dia pulak yang kena menunggu semua. ahaks~
Borak-borak, ngambil-ngambil gambar, posing sana-sini, baru la Huda, Watie and their hubbies sampai...
Makan-makan, nyambung borak, catch up everything yang tertinggal bertahun-tahun, makan-makan lagi, dan terus berangkat ke rumah Sue tanpa bershopping-shopping.
Ye, tanpa shopping.
Wahhh pertama kali aku ke shopping kompleks tanpa bershopping nehh.
...ah~ to be continued
*sebab pinggang cam nak patah, bahu semua sakit, akibat mikul beg berat sehari suntuk dan sampai rumah terus mengadap PC menulis dengan panjang-lebar di sini
0 comments:
Post a Comment