Kelmarin, dengan berbaju kurung berheel tinggi, aku meredah hujan ribut petir untuk ke opis Income Tax.
Heel?
Baju kurung?
Hujan?
haih.
Kombinasi yang lansung tak sesuai.
Pertama kali ke sana dulu, agak saspen.
Kerana aku, buta dan tuli tentang tax.
Dan juga, kerana aku, tax sendiri pun staff Abah yang nguruskan.
Tiba-tiba disuruh handle kes expatriates yang tak tau asal-usulnya.
Kelam kabut membelek buku itu dan ini, belajar apa yang patut.
Tax on tax.
Tax allowances.
Resident.
Non-resident.
BIK di sana sini.
Hape tah jadah.
Tapi... tiba-tiba telah menjadi agak expert.
wahahaha.Kagum sbenarnya ngan diri sendiri.
Dan kali ini, setelah beberapa kali, tiba-tiba jadi sangat suka untuk ke sana.
Sebab opis Tax adalah di sebelah Angsana.
Dalam Angsana ada salon yang aku suka.
Jadi, telah menjadi rutin, tiap kali ke opis Tax, terpaksa singgah juga ke sana.
Ya, aku suka ke opis Tax.
Sebab on the way ke sana, di kiri-kanan ada JJ Tebrau, JJ Permas, Tesco Sri Alam, ada Giant Plentong, Carrefour, Angsana, dan ada The Store Pandan.
Memang aku suka ke opis Tax.
Sebab aku bole claim duit minyak banyak-banyak.
Dan aku bole singgah semua-semua tempat di atas tanpa rasa membazir.
Sebab semuanya adalah ->
on the way.haha.
Read more...