>> Sunday, May 4, 2008

My mum adalah peminat AF yang extreme.

Semalam, ada sambutan Maulidur Rasul di taman perumahan kami.
Dari pagi, aku dan emak sudah merewang di dapur membantu apa yang patut.
Tapi aku, cuma sejam dua saja di sana. Selebihnya masa dihabiskan dengan mengadap PC dan menonton tv.
Emak, dari pagi, membawa ke tengahari, terus ke petang, dan malam di sana.
Sehari suntuk.

Selalu, kalau ada waktu senggang, dia akan nonton tv.
Dan rancangan wajib, of course la Diari AF kan.
Suda nonton banyak kali pun masih tetap ulang-ulang lagi.
Sampai pening kepala aku.

Samalam petang tiba-tiba dia teringat yang malam nanti ada konsert AF.
Terus dia mengeluh.

haih.
Seumur hidup tak penah la nampak mak aku jadi penonton tv yang extreme begini.
Tatau pun apa yang bes sangat dengan AF tuh.
To tell u the truth, aku sebenarnya agak meluat dengan AF.
Sebab... ntah.
Sorry to say tapi rasa macam ia cuma rancangan kosong yang tadek faedah apapun.

and nyampah juger.
Sebab salah satu lagi tujuan aku balik kg kerana mau nonton channel Travel & Living.
My fav Globe Trekker.
Dan kalau mak aku suda nonton Diari AF (yang diulang-tayang berpuluh kali), tadek peluang la aku mau bermalas-malasan melepak-lepak menghayati rancangan favourite aku tuh.

Malam tadi, ada ceramah sempena Maulidur Rasul.
Jadi, dia tak dapat nonton konsert AF.
Aku dengan gembira, nonton channel E! and my fav Travel & Living.
Dekat pukul 11.30, tiba-tiba aku terfikir, "alamak aihh.. terlupa plak nak tengok sapa tersingkir!"

Kelam-kabut tukar channel.
Tapi, malangnya konsert suda pun habis.
Masuk bilik tanya my bro yg tengah asyik berinternet, "Aish, rasa-rasa sapa tersingkir eh?"

Dia cakap, "laa kan along yang tengok tv tuh."
Then, dia pun cepat-cepat tukar tv mana tau kot ada sesiapa bg ulasan extra tentang konsert AF tuh.

Malangnya tadek.

Pukul 12, my mum balik.
Masuk-masuk bilik, tanya aku, "along, sapa tersingkir?"

haih... mak aku.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP