>> Tuesday, June 24, 2008
Ini la benda yang membuatkan nama aku ngan my boss kena announce kat airport aritu.
wahaha. glemer u.
Seumur hidup tak pernah la nama kena annouce sebab lambat naik flight. Ini la pertama kali.
The story begins like this.
As usual, dari rumah, kalau mau ke airport akan call encik cab. Sebab tak mungkin la mata aku larat untuk drive pepagi buta kan. Then, dalam pukul 5.30 pagi tu tiba-tiba ada someone call my handphone memberitahu yang dia sudah sampai. Wahh terkejut aku. Sebabnya aku tak pernah call cab guna handphone pun. Selalunya guna office phone and aku tak bagitau nama pun. So cemana dia boleh tau no. aku eh? Oke, pernah jugak la dulu sekali. Tapi that one is like agesss ago! Takkan encik cab tu masih simpan no. aku, kan.
Anyway, sampai KLIA pukul 7.45 camtu wif my colleague, Izat. My boss memang dah kat sana sebab dia kena attend another conference the day before. The first meeting starts at 9.30 at our Energy division. That IBM staff is like sooo annoying sebab asik-asik nak refer kat blueprint. Hape salahnya kalau ikut our new requirement, kan. Then charge je la. Cam tak biasa plak.
Then tengahari, after lunch, me and my boss went to Tractors for our 2nd meeting. Izat balik dulu sebab dia tak involve dengan 2nd meeting ni.
Tractors is like, sooo big.
Maksud aku, bukan bangunan yang besar tapi maybe they don't fully utilise the space sebab tu nampak macam banyak sangat ruang kosong kat opis. Hapa motif ntah dia buat opis besar-besar. Walopon itu Heavy Equipment division, tapi bukannya nak letak stemroll dalam tu pun.
Sooo unlike our own kat sini yang d most sesak and overloaded with things. Memang la our yard besar, and our buildings are a few times larger than theirs. Tapi, ruang still kurang. Macam sangat mampat.
Pukul 5 habis meeting cadangnya nak ke rumah my auntie kat Sunway kejap. Nyuruh budak recept kat bawah tu panggilkan cab tapi sume takmo datang. Dah bos aku dari tadi dok pujuk ngajak balik skali and aku pun dah tak larat mau nunggu cab so ngikut je la. Sampai sana tukar tiket pukul 7.30, and still ada masa lagi sejam setengah. Tatau pun nak buat apa so kami pun merayau dari satu kedai ke satu kedai.
Sampai kat parfume shop tu as usual la aktiviti mentry. Selalu kalau pergi seorang, tak mungkin la akan beli, kan. Tapi kali ini pergi berdua, telah terpengaruh sesama sendiri, hampir-hampir aku membeli 2 botol parfume. Akhirnya ngambil satu sajer - that Provocative Woman from Elizabeth Arden. 3 botol yang kat rumah tu pun tak habis lagi. My bos plak tak pasal2 angkut 2 botol parfume hasil mulut manis aku. hehe.
Tiba-tiba tanpa disedari, ehhh... dah pukul 7.15! Another 15 minutes to go and kami tak check-in lagi!
Tengah sibuk berlari-larian tiba-tiba terdengar announcement.
Yezza... buat pertama kali dalam hidup nama kami disebut di KLIA.
haha.
0 comments:
Post a Comment