Suda bulan 7?
>> Thursday, July 2, 2009
hum hum.
Suda bulan 7 pun nih.
and, it's been a year...
aa gaji baru juger (yey!) and hopefully another year of good bonus.
*wink wink*
Hopefully la.
Tapi dengan keadaan ekonomi yang macam ni, kalau dapat sebulan bonus pun dah cukup baik, kan.
Oh ye. Juga masa untuk KPI.
Sangat menat oke mengcompile KPI untuk 600 permanent staff.
Nasib baik contract staff yang seribu lebih tu tak terlibat.
Kot tak, mau aku kena tido opis 2, 3 minggu ni.
Kadang-kadang rasa, bestnya kalau aku keje kerajaan.
Jadi cikgu pun takpe la.
Bole balik awal.
Keje yang tak tensi.
Tapi macam takde keseronokan.
Macam takde thrill.
Rasa macam akan buat hidup aku empty.
Kat sini, tiap ari pun memang sangat menatlah.
Letih lesu bila dah sampai umah.
Tapi tiap ari pun sempat lagi online sampai tengah malam.
so takde maknanya aku nak komplen kat sini.
Aku bekerja di kawasan pelantar minyak.
Bertemu orang yang pelbagai ragam.
Di site, di yard, di opis.
Sesuatu yang berlainan setiap hari.
Yang penuh dengan thrill. Seronok. Dan best.
Walaupun aku selalu balik pukul 6, takkan dapat balik pukul 5, tapi aku tak perlu mengharung trafik jem yg berjam-jam macam kat tempat lain. And rumah aku 1.5 km je dari opis.
Selalu, kalau aku nampak riggers kat site, bekerja teruk-teruk bawah terik matahari, or salesgirl yang kena berdiri lama-lama kat supermarket tu, aku rasa bersyukur sangat mak bapak aku paksa aku belajar tinggi-tinggi dulu. Kalau tak entah kat ceruk mana la aku sekarang.
Sebab tu, sepenat mana pun aku keja, dengan duit tu jugak la aku boleh beli kereta, bershopping-shoppingan, beli saham, berjalan ke sana ke mari, belanja parents sikit, melancong ke tempat orang and insya allah beli rumah nanti. Rugi kalau aku tak beli rumah sekarang sebab nanti tak dapat claim housing loan interest subsidy. Banyak tuu.
And aku still bole online kat opis, aku still bole borak-borak selama mana pun aku nak ngan sesiapa, aku still bole buat itu ini tanpa ada orang yang menengking marah-marah.
'kan sangat best?
Tapi bila pikir-pikir balik, tak penat sangat pun aku keja.
Ok jek.
Yang buat aku tensi sebab Finance tu ha.
Bila part nak kena clearkan accounts tu aku memang agak fail.
macam mana ntah aku bole ada kait-mengait ngan akaun yang aku benci sejak zaman sekolah nih.
hum hum.
Tapi memang aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada.
Yang membuat hidup aku hepi sebegini.
'betul tak?
1 comments:
I JUST WANT TO GIVE YOU ADVISE, THINK, WHAT DO YOU REALLY WANT IN YOUR LIFE. THEN ONLY YOU GET WHAT YOU WANT. I CIKGU, KERJA TAK BALIK PUKUL 2 JUGAK. MEETING UNTIL LATE NOON. SATURDAY KOKURIKULUM AND WHAT SO EVER. PENAT MEMANG PENAT. SENTIASA KENA UP TO DATE DENGAN PERKEMBANGAN TERKINI. KALAU TAK... JADI CIKGU JUMUT. I'VE ONCE A SOIL ENGINEER (COMUTER PROJECT FROM RAWANG TO IPOH)BUT I PREFER TO BE A TEACHER. BECAUSE I GET THAT SATISFACTION. THAT'S WHY YOU MUST THINK WHAT YOU WANT. WEALTH? HAPPINES? FAMILY? APA DIA.. LAIN ORANG LAIN KEHENDAK DIA. LEPAS TU YOU TAKKAN RASA BORING TU.. RASA TAK FULFILLED.. INSYAALLAH. I ACCIDENTLY FOUND YOUR BLOG, BANYAK SANGAT KELUHAN DEKAT SINI. MAYBE I TAK SIGGAH SINI LAGI.. SO, ENJOY YOUR LIFE SEMENTARA ADA PELUANG... JANGAN TENSION-TENSION.
Post a Comment