Janji Allah...

>> Tuesday, August 25, 2009

I saw her a few days ago.
She came to check on her claim.
And today, she's gone.
buat selama-lamanya...
Al-fatihah buat arwah Syarifah Radzua Syed Ali...

Dia, mangsa pertama H1N1 di sini, ibu mengandung kedua menjadi mangsa di Johor.
And she left 2 little boys behind.
The youngest was only 2 years old.
Her mom said that she was 7-month pregnant and insya allah, the new baby will be a girl... mak dia cakap, dia hepi sangat bila dapat tau it's a girl... sebab dia teringin sangat anak perempuan.
Tapi akhirnya tak tercapai.
Both mother and daughter tak dapat diselamatkan.
...

We were in a different dept.
But my colleague cried when she heard the news.
Perkara pertama yang kami bayangkan, sangat kesian, to her 2-years-old kid.
Her body was sealed due to her sickness.
And her kids and dear husband tak boleh tengok apatah lagi mengucup wajahnya buat kali terakhir.
Dan, hanya beberapa hari menjelang Ramadhan.
...

'dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.
...


Para Muslimah yang dirahmati Allah,

Permergian sahabat kita Pn Syarifah Radzua sesungguhnya amat menyedihkan dan memilukan. Namun kita kena redha dengan ketentuan Allah kerana giliran untuk kita juga pasti datang. Bagi mengingati beliau, majlis bacaan Yassin & Tahlil akan diadakan esok Jumaat 14 Ogos 2009 - Jam 12.30 tgh dan juga solat Zohor berjemaah diikuti solat hajat bagi memohon pertolongan Allah di saat kita sedang berhadapan musibah yang semakin mencabar ini.

Dengan rasa rendah diri dan sepenuh hati, saya memohon agar semua para muslimah SDE dapat meluangkan masa untuk tujuan tersebut di atas, bagi kita bermunajat kepada Allah memohon pertolongan dariNya moga dilindungi segala bencana dan kecelakaan. Moga kita sentiasa terpelihara dari azab yang tidak nyata dan kemungkaran Allah.

"Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati....." - Firman Allah swt.

Thanks & Regards,
Hjh Bainah Mohd Sharipin
Engineering Dept - EDC Section

Read more...

Sg Besar, Sabak Bernam

>> Monday, August 10, 2009

Last Saturday, 1st August 2009, adik tersayang suda selamat menjadi tunangan orang.

Congrates to dearest Boy and Faz...
May both of you tabah menghadapi ranjau alam pertunangan ni ye.
*cerita lanjut adalah di next-next-next entry ^-^

Pulang dari majlis, kami terus ke Sg Besar, Sabak Bernam.
Kampung halaman emak.
Last month, balik dari kenduri Angah di Ipoh pun kami terus ke sana juga. The beautiful scenery along jalan Sitiawan and Teluk Intan...

Kali ini, dari Kuala Selangor kami lalu jalan dalam sebab si dia kan orang bandar yang tengah katagih melihat sawah. Jadi my mum beria-ia la mau membawa dia melihat sendiri kampung yang betul-betul tradisional, maka kami drive masuk ke Sg Gulang-Gulang which is in Tg Karang.

Menyusur tepian sawah dan tali air yang tenang. Dengan Sg Sireh yang sangat cantik dan orang-orang kampung berjalan kaki di kiri dan kanan, memang sangat seronoklah. Tengah-tengah jalan tu, tiba-tiba ada satu jambatan yang sangat sempit. Mula-mula ingat nak patah balik sebab kalau tengok dengan mata kasar memang tak muatlah kereta mau lalu di situ. Tapi my aunty ckp muat jer. Aritu my uncle yang bawak Honda Freed tu pun boleh lepas takkan la kereta kami ni tak boleh lepas.

So, adik aku yang Faiz tu pun keluar kereta and dia la tolong bagi signal. Nak harap aku memang patah balik la kami, kan.
So, akhirnya lepas.
Macam tak percaya oke sebab memang sangat sempit jambatan kat tali air tu.



Tapi rim kete calar sikit la. Nasib baik aritu waktu si dia mau nukarkan sport rim aku cakap tak payah.
Kot mau dia nangih tak berlagu 4000 inggit terbang macam tu je.
hiks.

Sampai-sampai sana, waktu matahari dah nak terbenam.
It is so beautiful and tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.

And I love the morning sunrise.
The sweet scent of the dew dan angin pagi yang sejuk-segar menusuk tulang.

'man... i love it here!

Esoknya, pagi-pagi buta si dia suda kejut aku ngajak beli nasi lemak kat parit 6. Aku, of course la tamau mangun sebab sangat sejuk kan. So akhirnya dia pergi dengan my mum and dad sajer.

Dah takde sesapa pun duduk di rumah tu lagi.
Arwah Atuk dengan Nenek dah lama meninggal dunia.
Tiap kali pulang ke sini macam satu perasaan yang sebak.
Macam menggamit memori waktu dulu-dulu.
Sebab my mum selalu cerita tentang kesusahan and keseronokan dia waktu kecil-kecil dulu, berbasikal 2 batu balik dari sekolah terus ke sawah.

Waktu arwah nenek masih ada dulu, tiap kali raya kami akan pulang ke sini. Nanti kalau berkumpul orang tua-tua, dapat la dengar diorang bercakap bahasa Banjar, which is rarely heard today.
Memang sangat rindulah zaman kecik-kecik dulu.

We will never get bored of this place.
It is like, masa tak berjalan pun tiap kali berada di sini.
Macam suatu tempat kenangan.
I can see the happiness on my mum's face tiap kali kami pulang ke sini.

'memang kehidupan di kampung lebih seronok dari di bandar, kan.




Boy, me, Mak, Angah, Abah and Faiz.
One big happy family.
Di tepi sawah, beralas bangku buluh, di bawah pohon rambutan.

We took this photo before all the big events of this year.
A wedding and 2 engagements in the family.
and, things will never be the same again...

humm...
macam baru je semalam kami gaduh berebut sape dapat duduk tepi tingkap.

macam baru je semalam kami main pondok-pondok tepi semak depan rumah dulu.
oh man. how time flies!

I'm gonna miss the time that we had together though T_T
...

Currently I'm so addicted to this song, Gurindam Jiwa by Rafeah Buang & R Ismail. Macam satu lagu yang sangat menusuk jiwa.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga...



Read more...

nyummy nyummy nyam!

>> Wednesday, August 5, 2009

Lately veri the ketagih ngan western food.
Dah 5 ari aku dok makan ciken cop.
dengan beef steak.
Tak suka pun.
Cuma kesedapan sos black pepper dia buat tido aku tak lena.

Dah 2 ari pun tak makan nasik.
Perut aku ni veri the berlagak macam orang kaya oke.

Pastu tadi aku sangat tensi dengan keje.
So dari pukul 3 dah dok berangan nak makan McD balik nanti.
Pastu tanya kat akak sebelah ni, dia cakap ada pasar malam kat Taman Pasir Putih nuu.

Buat aku sangat excited nunggu pukul 6.
Lepas singgah bank, kami terus la ke sana.
Tup tup tengok, ada plak char kuetiau yang sangat best.
fuh fuh~



see? memang delicious kan.
hiks.
tapi apsal ntah kat fikiran aku ni dok terngiang-ngiang je wajah char kuetiau kat Melakaraya tu.
Kesedapannya memang takleh nak ceritalah.
Macam Asam Pedas Power yang penuh dengan black pepper kat Bukit Cina nuu.
adeh.

Selalunya time otak serabut, aku memang akan makan ngan dasat.
jadi, bila nampak popia yang di bawah ini pun, terus la membeli juger.



cicah dengan sambal pedas.
nyam nyam~
veri the tak hingat oke.



Pastu nampak plak air asam boi yang sangat sedaps ineh.
memang best gile!
Aku memang jarang minum air manis.
Sebulan sekali tu ada la.
Sebab tak berapa suka pun.
Tapi air asam boi ni exceptional la.
The cold tangy sweetsour taste memang menggugat hati betul'lah.

Tapi yang jual kat gerai kat Bandar Hilir tu lagi best la.
And air epal asam boi yg veri the tasty kat area Mimosa Hotel tu.
which is in Mlk juger.

Then ingat nak beli nasik kerabu.
Tapi sebab kat depan opis aku ada makcik tu jual nasik kerabu sedap yang murahan, so terus tak jadi beli. Bulan lepas aku dah mabuk makan nasik kerabu tu tiap pagi.

'ann, remember? we used to talk about food every nite dulu-dulu kan?
zaman-zaman muda tidur bersilang-pangkah.
hiks.


Both of us lovesss to eat.
and we enjoy good food.
jadinya, apa-apa cerita pun endingnya nanti pasal makanan juger ^-^

So, tadi tak jadi pun makan McD.
Tiap ari makan western jadi ngemuk-ngemuk debab la aku nanti.
haih.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP