Sg Besar, Sabak Bernam

>> Monday, August 10, 2009

Last Saturday, 1st August 2009, adik tersayang suda selamat menjadi tunangan orang.

Congrates to dearest Boy and Faz...
May both of you tabah menghadapi ranjau alam pertunangan ni ye.
*cerita lanjut adalah di next-next-next entry ^-^

Pulang dari majlis, kami terus ke Sg Besar, Sabak Bernam.
Kampung halaman emak.
Last month, balik dari kenduri Angah di Ipoh pun kami terus ke sana juga. The beautiful scenery along jalan Sitiawan and Teluk Intan...

Kali ini, dari Kuala Selangor kami lalu jalan dalam sebab si dia kan orang bandar yang tengah katagih melihat sawah. Jadi my mum beria-ia la mau membawa dia melihat sendiri kampung yang betul-betul tradisional, maka kami drive masuk ke Sg Gulang-Gulang which is in Tg Karang.

Menyusur tepian sawah dan tali air yang tenang. Dengan Sg Sireh yang sangat cantik dan orang-orang kampung berjalan kaki di kiri dan kanan, memang sangat seronoklah. Tengah-tengah jalan tu, tiba-tiba ada satu jambatan yang sangat sempit. Mula-mula ingat nak patah balik sebab kalau tengok dengan mata kasar memang tak muatlah kereta mau lalu di situ. Tapi my aunty ckp muat jer. Aritu my uncle yang bawak Honda Freed tu pun boleh lepas takkan la kereta kami ni tak boleh lepas.

So, adik aku yang Faiz tu pun keluar kereta and dia la tolong bagi signal. Nak harap aku memang patah balik la kami, kan.
So, akhirnya lepas.
Macam tak percaya oke sebab memang sangat sempit jambatan kat tali air tu.



Tapi rim kete calar sikit la. Nasib baik aritu waktu si dia mau nukarkan sport rim aku cakap tak payah.
Kot mau dia nangih tak berlagu 4000 inggit terbang macam tu je.
hiks.

Sampai-sampai sana, waktu matahari dah nak terbenam.
It is so beautiful and tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.

And I love the morning sunrise.
The sweet scent of the dew dan angin pagi yang sejuk-segar menusuk tulang.

'man... i love it here!

Esoknya, pagi-pagi buta si dia suda kejut aku ngajak beli nasi lemak kat parit 6. Aku, of course la tamau mangun sebab sangat sejuk kan. So akhirnya dia pergi dengan my mum and dad sajer.

Dah takde sesapa pun duduk di rumah tu lagi.
Arwah Atuk dengan Nenek dah lama meninggal dunia.
Tiap kali pulang ke sini macam satu perasaan yang sebak.
Macam menggamit memori waktu dulu-dulu.
Sebab my mum selalu cerita tentang kesusahan and keseronokan dia waktu kecil-kecil dulu, berbasikal 2 batu balik dari sekolah terus ke sawah.

Waktu arwah nenek masih ada dulu, tiap kali raya kami akan pulang ke sini. Nanti kalau berkumpul orang tua-tua, dapat la dengar diorang bercakap bahasa Banjar, which is rarely heard today.
Memang sangat rindulah zaman kecik-kecik dulu.

We will never get bored of this place.
It is like, masa tak berjalan pun tiap kali berada di sini.
Macam suatu tempat kenangan.
I can see the happiness on my mum's face tiap kali kami pulang ke sini.

'memang kehidupan di kampung lebih seronok dari di bandar, kan.




Boy, me, Mak, Angah, Abah and Faiz.
One big happy family.
Di tepi sawah, beralas bangku buluh, di bawah pohon rambutan.

We took this photo before all the big events of this year.
A wedding and 2 engagements in the family.
and, things will never be the same again...

humm...
macam baru je semalam kami gaduh berebut sape dapat duduk tepi tingkap.

macam baru je semalam kami main pondok-pondok tepi semak depan rumah dulu.
oh man. how time flies!

I'm gonna miss the time that we had together though T_T
...

Currently I'm so addicted to this song, Gurindam Jiwa by Rafeah Buang & R Ismail. Macam satu lagu yang sangat menusuk jiwa.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga...



1 comments:

daRriSh February 12, 2010 at 2:29 PM  

bile baca entri ni rase sebak sgt n mula teringat time kecik2 dlu..

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP