>> Wednesday, January 23, 2008

Oh, ini adalah sambungan cerita yang ntah taun bila.
Kehidupan adalah sangat bizi, dan di tengah-tengah malam, bila tuan rumah suda agak free, tiba-tiba Blogger dan broadband yang buduh pula tamau bekerjasama, jadi selama seminggu apa-apa cerita pun tak boleh dipost ke sini.

-----

Anyway, pagi itu, berjaya sampai ke opis pukul 9 lebih setelah mengharung jem yang biasa-biasa di depan Summit.

Sebelum ini, ramai yang kata - oh, depan Summit adalah jem yang gile dasat. Tapi, bila ngalami sendiri, aku rasa, oh, itu adalah biasa. If only they knew cemana dasat jem di highway Tebrau, dan jem di jalan menuju ke Woodlands, they'll say that, oh, depan Summit tak penah jem pon.
hiks.

Balik kerja dalam pukul 5.30 [di sana opis hournya sampai 5.30], my bos's cousin ngantar pulang ke hotel.

Selalunya kalau ke mana-mana, ada saja yang mengikut di keliling. Aku memang sangat suka bercuti dengan semua - keluarga, dan teman-teman. Tapi, kali ini, setelah berbulan-bulan membanting tulang, pertama kali dapat bercuti bersendirian tanpa gangguan, tanpa komitmen kepada sesiapa pun, jadi perasaan adalah sangat best walopon cuma bercuti-cuti sambil bekerja.

Setelah check-in, aku terus ke Secret Recipe membeli 2 ketul cheese cake.
Malam, bos ngajak makan di Mydin.
Dia mau manggil cab, tapi aku cakap baik la jalan kaki sajer sebab Mydin tu cuma kat sebelah hotel ni jer.

So menapak la berdua di malam-malam buta ke sana...

Kelakar, sebab kali terakhir kami berjalan kaki melintas jalan begini adalah beberapa tahun yang lalu. Walopon bangunan Mydin tu nampak besar di depan, tapi setelah beberapa minit berjalan, masih tak sampai-sampai. Dan kaki aku pun suda melecet sebab suda beberapa hari ke sana ke mari dengan memakai heel.

Akhirnya sampai, makan-makan, membeli stok makanan - coklat/biskut/air/dan coklat lagi. Dan membeli sepasang selipar sepuluh ringgit. Pukul 10, berjalan pulang ke hotel.

Sangat penat.
Berendam 2 jam dalam bathtub sambil tidur-tiduran, nyambung online sekejap , dan kembali tidur...

Pagi, bangun, siap-siap, breakfast dan ngambil teksi untuk ke opis.
Makan secara buffet sentiasa buat aku rasa gemuk.
Kerana pagi-pagi buta perut sudah diisi dengan pancake, bubur, yogurt, roti bakar, puding, soto, mi, nasik, croissant, etc etc etc.

Dan tengahari makan lagi di cafe bawah.

Petang, balik, dan ngambil teksi yang sama untuk pulang ke hotel.

Rutin selama 3 hari berturut-turut.

-----

Hari ke-4, jalan-jalan di Summit, dan tiba-tiba, ah~ Shakeys!
Terpaksa tapau lasagna untuk makan malam.
Tatau pun dia dah naik harga.
Aku tanya budak tu sejak bila lasagna ni naik harga and dia cakap, dah lama dah kak...

It's been awhile since I last saw any Shakeys.
Dulu waktu di Mlk, Shakeys adalah berlambak-lambak di mana-mana.
Bila duduk di Jhr, apa pun tadek.

uh~!
Aku kekurangan tempat makan peberet di Jhr.

Hari ke-5, balik dari opis pukul 3, dan terus check-out dari hotel.

Patut hari ini cuma bekerja hingga pukul 12, tapi sebab ada yang masih tak setel, and our division manager mau belanja makan, so terpaksa balik pukul 3...

Bos kelam-kabut mau terus ke airport sebab dia mau ngambil flight pukul 5.
And kami ngambil cab yang berlainan since aku nak balik ke rumah Mak Su di Sunway.

Ye, Sunway yang cuma beberapa km sajer tu.

Ada sebijik teksi mau ngantar ke sana tapi tau berapa dia charge?
25 ringgit!
Ye la, walopon itu claimable, tapi takmo aku sedekah kat pacik teksi tu.

Gile ah. Kalau aku jalan kaki tak sempat nak berpeluh pun.

Then aku try call teksi.
Nelepon berkali-kali tapi semuanya tamau ngantar ke Sunway sebab jalan yang jem.
Rasa cam nak ambik je teksi yang cekik darah tu tadi tapi sebab aku dah segan, so ngambil keputusan mau nunggu di bus-stop sajer. On the way mengheret beg ke bus-stop, tiba-tiba ah~ boleh plak aku tersadung kat tangga.
uwaaaa malunyer!
Nasib baik tak jatuh tergolek.
I swear pasni kalo pegi mana-mana pun mesti bawak selipar!

Then, tunggu-tunggu-tunggu, still tak ada cab yang mau ke sana.
Tensi btul!
Jem tak teruk mana pun.
Aku sangat la hot and spicy sebab beg yang aku pikul sangat la berat and hujan pun dah mula turun rintik-rintik.

Di bus-stop sempat la berborak ngan sorang chinese guy yang sama-sama nunggu di situ. And dia ngajar aku cara-cara naik bas.

wahahaha.

Aku tamau since beg aku banyak and berat and the last time I took any bus adalah waktu belajar di uni dulu.

And it's like agesss ago.

Satu bas lalu, 2 bas, 3 bas, ooo aku dah tak tahan, and hujan turun makin lebat.

Dia cakap, at this stage, kalau aku masih mau nunggu di situ, memang aku ngan notebook aku, ngan beg-beg aku akan basah kuyup.

So he advised me to take the bus.
Coz that bus will go straight to S. Pyramid.
So aku rasa ok la kot.

Dia kata, paling teruk pun bas akan ngantar aku ke bus-station and aku bole ngambil cab di situ.

So, dengan tak semena-mena, aku yang memakai heel 3 inci ni pun ngangkut la beg-beg itu dan terus naiki Rapid KL.

Wahhh pertama kali dalam hidup naiki Rapid KL!
And it cost me seringgit sajer.

Murahan!


Photobucket


Dalam bas, aku duduk seat depan sekali.
And aku cakap kat pacik bas, aku nak turun kat Sunway.
Dia cakap, "Dah pukul 4 ni dik. Biasa bas berenti kejap kat Subang baru nyambung pegi Sunway."

Nevermind. I can wait.

And kat Subang Perdana, bas pun berenti rehat...
Tinggal aku, dan 3, 4 orang lagi dalam bas tu.

5 minit, 10 minit, bas tak jalan-jalan.
And hujan memang the most lebat.
Tengok kiri-kanan, kalau ada cab berapa ringgit pun memang aku amik je.

And rasa nak gelak guling-guling.
Sebab tak percaya ini semua terjadik.

Aku tanya kat mamat Indon yang dok belakang aku, ada tak bas lain nak pegi Sunway. Dia cakap, bas mini no. 6* pegi sana jugak.
Bas no. A* ngan 7* pun pegi.
Tapi aku still tunggu bas ni jalan coz I can't imagine myself in a mini bus...

And tiba-tiba ada bas mini warna kuning lalu kat sebelah.
Mamat Indon tu cakap, "haa bas tu la."
Tiba-tiba laju je kaki aku ni turun, and aku main tinggal je beg aku kat atas bas tu.
Mengharung hujan lebat untuk bertanya kat pacik bas, "boleh tak hantar saya kat Jalan PJS?"

Main order je macam la aku naik teksi.

Tapi bila dia cakap boleh, aku suruh dia tunggu kejap sebab aku nak amik beg-beg aku kat bas lagi satu.

Tangga bas mini tu adalah sangat tinggi.
Aku yang penat, dah tak larat mau ngangkut beg naik tangga.
Agaknya pacik drebar tu risau tengok aku meracau-racau iyah iyah berat, dia pun tolong ngangkut sekali.


Photobucket


See? Itulah kerusi yang aku duduk dalam sebuah bas mini. Basah lencun kena tempias air hujan sebab bas mini kan tak ada pintu.

Yes, pertama kali dalam hidup naiki bas di KL, dan pertama kali juga dalam hidup naiki bas mini!

warggghhhh!... tak percaya!


Photobucket


See? Inilah pemandangan dalam sebuah bas mini.
Siap ada tong gas lagi.
Tiap kali dia brek emergency, aku akan gelak dengan dasat.
Mesti orang keliling cakap pompuan ni dah tak btul.
ahaks.

Patutnya bas tu cuma lalu depan S. Pyramid, tapi nak plak la dia ngantar aku ke Jalan PJS tu.

Agaknya tak sampai ati...

-----

Sampai kat PJS, dia cakap, jalan kaki sikit dah sampai rumah. So aku pun jalan...
Tapi keadaan sekeliling adalah tak familiar, so aku pun call cab.

Cab datang and aku bagitau la dia alamat yang aku nak.
Dia cakap, "laa kalo ko jalan sikit dah sampai tuu."

Memang bazir btul. Sebab rumah Mak Su cuma kat belakang jalan tu.
huh! Tapi dia charge 3 ringgit jugak sebab aku dah call 'kan.

Sampai kat rumah, Mak Su belum balik kerja lagi.
Bila aku cerita kat dia, sampai nak pecah perut dia gelak.
Dia cakap, seumur hidup Mak Su, tak pernah la naik bas, ko pulak boleh naik bas yeh.

But then, sebenarnya aku tak kesah pun.
Kalau dengan kawan-kawan, agaknya takkan dapat merasa lagi pengalaman macam ni. Diorang suda biasa naik kereta berkusyen empuk, agaknya kalau aku ngajak naik bas lagi, mesti tak ada siapa yang mau 'kan.

-----

Lepas Maghrib, cadangnya mau bertemu Bye di S. Pyramid, teman lama waktu di uni dulu. Mak Su nyuruh aku drive kereta dia tapi aku tamau.

Sebab aku takut sesat.
And sebab aku suda ada tiket Rapid KL!
Dengan seringgit sehari, aku bole ke mana sajer, seberapa kali pun yang aku mau.
ahaks.

Borak-borak dengan seorang chinese girl di sebelah, baru aku tau bas mana yang patut aku naik.

Oh well, all this has truly been a real life experience for me.

Sampai di S. Pyramid, Bye masih on the way.
Dah la tadi siang aku kerja, then meround satu KL naik bas, bole plak la jalan-jalan ke hulur ke hilir kat S. Pyramid ni lagi. Banyak btul tenaga aku eh.

Di sana, nonton orang berice-skating dan akhirnya duduk membaca novel di Popular.


Photobucket


Dalam pukul 9.30, barulah cik bakal puan Bye sampai.
Setelah 3 tahun, bertemu kembali dengan dia, rasa macam tak ada yang berubah.
Dia masih suka memuji-muji, comel-comel seperti waktu dulu.
Yang berbeza, kali ini dia yang mendrive aku.
Naiki kereta comel, makan di sebuah kedai ntah kat mana.

She's getting engaged soon.
And she's running her own business.

*oh~ sebenarnya banyak rupanya yang telah berubah. hmm.

-----

Terpaksa nyambung bercerita lain kali.
Sebab suda sangat lama ngabiskan masa menulis di sini.
Suda kebuluran.
Sekian, harap maklum.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP