>> Sunday, April 6, 2008

and... it's April.
Almost a year since I left Mlk for good.
for good? ahaks.

Pertama kali jejakkan kaki ke sini dulu, tak rasa aku akan menetap lama.
Lori yang bertan-tan lalu di sebelah buat hati sangat saspen.
Dengan bau yang pelbagai, dengan pemandangan yang jauh dari apa yang aku bayangkan...

Am I really going to live here?
Do I have to??


But then, pejam celik pejam celik suda setahun pun...
Tak terasa masa berlalu.
Rasa macam aku berdiri di tengah-tengah dengan orang yang rushing buat itu ini di keliling.

Rasa macam masa terhenti untuk aku, and tiba-tiba it's April.
Yes, it's April.
gosh...

Pertama kali datang ke sini dulu, it's like being somewhere out of of this world. Pelantar minyak yang the veryyyy big, scaffolder and structure yang tinggi mencakar langit, tons of pipelines melingkar-lingkar kat tepi jalan, kilang-kilang yang tak pernah aku gambarkan seumur hidup. Dengan tong-tong gas yang sangat besar, kalau meletup benda ni tatau la sempat tak aku lari gaknya.
ahaks.

But then, I survived...
Leading a normal, ordinary life out here.
Jauh dari apa yang telah aku tinggalkan di Mlk.
hihi.

Dulu, pertama kali, bos cakap, budak ni kerja kat topside. Yang ni pulak kat jacket. Aku cuma angguk sajer. Hapa jadah jacket topside tu pun tatau.

And offshore.

To tell u the truth, menatang offshore hook-up tu dah duduk 3 bln kat sini baru aku paham kerja dia. Kalau fikir-fikir balik memang kelakar. How on earth did I end up here?... I've been leading a comfortable, adventurous, good life in Mlk. Berganti dengan hidup yang ordinary, sendiri di sini.

Memang sangat susah pada mula.
Sangat-sangat susah.
Susah yang tak dapat aku gambarkan di sini.
Air mata yang tumpah pun dah berbaldi-baldi agaknya.
ahaks.

But for the first time in life, tak pernah terlintas untuk berenti kerja, macam yang selalu aku fikir waktu dulu-dulu.

I do miss my old life.
The free, enjoyable, my-own-world type of life.
Tipulah kalau aku cakap tak rindu 'kan.
Di sini aku telah menjadi seorang yang lain.
Kadang-kadang rasa macam tak kenal, "Adakah ini benar-benar aku?"
Is it truly me??

But as time goes by... I live.
And I lived my life the way it is.
Walaupun rasa macam mimpi, tapi, ah~ suda April pun.
...

hmm.
I talk too much today.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP