Balik kampung, setiap kali pun, adalah penat.
Maksud aku, bukan penat kerana perjalanan. Tapi penat oleh aktiviti yang sangat padat di kampung.
Perjalanan pun adalah penat juger kerana jem sepanjang jalan dan kerana clutch kereta manual. Tapi no way it can match betapa penatnyeh aku beraktiviti di kampung.
Kelmarin, aku sampai rumah, hampir 12 malam.
Itu ini, makan, online, tengok tv, dan terus tidur.
Pagi-pagi bangun, tengok tv, dan terus masak untuk breakfast.
Kalau memasak dengan emak, harus la aku kena duduk dapur sehari suntuk kan.
Kerja yang patut habis dalam sejam dua, memang akan berjam-jam kalo ikutkan cara dia.
Cara mak aku memasak adalah dengan sangat tradisional. Mula-mula, bentang tikar atas lantai, lapik surat khabar lama, amik bakul bawang, duduk bersila, potong cili kering, tumbuk bawang, cili api semua. Siang ikan, potong sayur.
Tatau pun apa kegunaan kabinet dapur tu kalo tiap kali buat kerja pun kena duduk bersila atas lantai.
ahaks.
Bawang harus dipotong begini, bukan begitu.
Sayur ini, caranya potong begini, sayur itu potong cara begitu.
Pastu kalo aku potong sesedap rasa, dia akan membebel.
"Lain kali tanya mak cemana nak potong. Ko ni macam mana umur dah 2* potong sayur tak reti nihhh.."
Then, kalo aku tanya cemana nak potong, dia cakap :
"Takkan potong sayur ni pun tak reti. Ko ni macam mana nihh.."
Hapenye? Kesimpulannya adakah aku patut bertanya atau tidak?
haihhh~
And dia tak suka kami buat cili giling banyak-banyak.
Semuanya mengikut sukatan apa yang mau dimasak hari ini. Esok nanti bila mau guna buat lagi. She wants everything to be freshly prepared. Sebab tu la kami akan duduk di dapur berjam-jam.
Kalo ngikutkan cara aku, amik cili kering, blender sajer. Tumis, masak semua. Siap. Sebab tu, kalau aku memasak di rumah sendiri tak pernah rasa penat. Cuma bila memasak di kampung, badan semua letih-lesu.
Then, aktiviti basuh baju. Lipat kain.
Semua baju yang dibasuh guna mesin di rumah ineh, mesti dilipat. Tamau longgok-longgok tunggu bila free baru lipat.
Aku adalah sangat menci lipat baju.
Sebab tu baju aku semua, keluar dari mesin, digantung sampai kering, kemudian sambung gantung dalam almari.
Sebab aku adalah menci lipat baju.
Ok, aku nak pegi rewang kat rumah depan kejap.
Rewang maksudnya membantu tuan rumah yg buat kenduri tu memasak or buat apa yang patut.
oo itu pun salah satu aktiviti yang buat aku lenguh-lesu kalo balik kampung nih.
Oh ye. Ini gambar bilik aku.
Salah satu sebab aku suka balik kampung kerana dapat tidur di bilik pink yang comel ineh.
Bye!
Read more...