>> Wednesday, January 23, 2008

Oh, ini adalah sambungan cerita yang ntah taun bila.
Kehidupan adalah sangat bizi, dan di tengah-tengah malam, bila tuan rumah suda agak free, tiba-tiba Blogger dan broadband yang buduh pula tamau bekerjasama, jadi selama seminggu apa-apa cerita pun tak boleh dipost ke sini.

-----

Anyway, pagi itu, berjaya sampai ke opis pukul 9 lebih setelah mengharung jem yang biasa-biasa di depan Summit.

Sebelum ini, ramai yang kata - oh, depan Summit adalah jem yang gile dasat. Tapi, bila ngalami sendiri, aku rasa, oh, itu adalah biasa. If only they knew cemana dasat jem di highway Tebrau, dan jem di jalan menuju ke Woodlands, they'll say that, oh, depan Summit tak penah jem pon.
hiks.

Balik kerja dalam pukul 5.30 [di sana opis hournya sampai 5.30], my bos's cousin ngantar pulang ke hotel.

Selalunya kalau ke mana-mana, ada saja yang mengikut di keliling. Aku memang sangat suka bercuti dengan semua - keluarga, dan teman-teman. Tapi, kali ini, setelah berbulan-bulan membanting tulang, pertama kali dapat bercuti bersendirian tanpa gangguan, tanpa komitmen kepada sesiapa pun, jadi perasaan adalah sangat best walopon cuma bercuti-cuti sambil bekerja.

Setelah check-in, aku terus ke Secret Recipe membeli 2 ketul cheese cake.
Malam, bos ngajak makan di Mydin.
Dia mau manggil cab, tapi aku cakap baik la jalan kaki sajer sebab Mydin tu cuma kat sebelah hotel ni jer.

So menapak la berdua di malam-malam buta ke sana...

Kelakar, sebab kali terakhir kami berjalan kaki melintas jalan begini adalah beberapa tahun yang lalu. Walopon bangunan Mydin tu nampak besar di depan, tapi setelah beberapa minit berjalan, masih tak sampai-sampai. Dan kaki aku pun suda melecet sebab suda beberapa hari ke sana ke mari dengan memakai heel.

Akhirnya sampai, makan-makan, membeli stok makanan - coklat/biskut/air/dan coklat lagi. Dan membeli sepasang selipar sepuluh ringgit. Pukul 10, berjalan pulang ke hotel.

Sangat penat.
Berendam 2 jam dalam bathtub sambil tidur-tiduran, nyambung online sekejap , dan kembali tidur...

Pagi, bangun, siap-siap, breakfast dan ngambil teksi untuk ke opis.
Makan secara buffet sentiasa buat aku rasa gemuk.
Kerana pagi-pagi buta perut sudah diisi dengan pancake, bubur, yogurt, roti bakar, puding, soto, mi, nasik, croissant, etc etc etc.

Dan tengahari makan lagi di cafe bawah.

Petang, balik, dan ngambil teksi yang sama untuk pulang ke hotel.

Rutin selama 3 hari berturut-turut.

-----

Hari ke-4, jalan-jalan di Summit, dan tiba-tiba, ah~ Shakeys!
Terpaksa tapau lasagna untuk makan malam.
Tatau pun dia dah naik harga.
Aku tanya budak tu sejak bila lasagna ni naik harga and dia cakap, dah lama dah kak...

It's been awhile since I last saw any Shakeys.
Dulu waktu di Mlk, Shakeys adalah berlambak-lambak di mana-mana.
Bila duduk di Jhr, apa pun tadek.

uh~!
Aku kekurangan tempat makan peberet di Jhr.

Hari ke-5, balik dari opis pukul 3, dan terus check-out dari hotel.

Patut hari ini cuma bekerja hingga pukul 12, tapi sebab ada yang masih tak setel, and our division manager mau belanja makan, so terpaksa balik pukul 3...

Bos kelam-kabut mau terus ke airport sebab dia mau ngambil flight pukul 5.
And kami ngambil cab yang berlainan since aku nak balik ke rumah Mak Su di Sunway.

Ye, Sunway yang cuma beberapa km sajer tu.

Ada sebijik teksi mau ngantar ke sana tapi tau berapa dia charge?
25 ringgit!
Ye la, walopon itu claimable, tapi takmo aku sedekah kat pacik teksi tu.

Gile ah. Kalau aku jalan kaki tak sempat nak berpeluh pun.

Then aku try call teksi.
Nelepon berkali-kali tapi semuanya tamau ngantar ke Sunway sebab jalan yang jem.
Rasa cam nak ambik je teksi yang cekik darah tu tadi tapi sebab aku dah segan, so ngambil keputusan mau nunggu di bus-stop sajer. On the way mengheret beg ke bus-stop, tiba-tiba ah~ boleh plak aku tersadung kat tangga.
uwaaaa malunyer!
Nasib baik tak jatuh tergolek.
I swear pasni kalo pegi mana-mana pun mesti bawak selipar!

Then, tunggu-tunggu-tunggu, still tak ada cab yang mau ke sana.
Tensi btul!
Jem tak teruk mana pun.
Aku sangat la hot and spicy sebab beg yang aku pikul sangat la berat and hujan pun dah mula turun rintik-rintik.

Di bus-stop sempat la berborak ngan sorang chinese guy yang sama-sama nunggu di situ. And dia ngajar aku cara-cara naik bas.

wahahaha.

Aku tamau since beg aku banyak and berat and the last time I took any bus adalah waktu belajar di uni dulu.

And it's like agesss ago.

Satu bas lalu, 2 bas, 3 bas, ooo aku dah tak tahan, and hujan turun makin lebat.

Dia cakap, at this stage, kalau aku masih mau nunggu di situ, memang aku ngan notebook aku, ngan beg-beg aku akan basah kuyup.

So he advised me to take the bus.
Coz that bus will go straight to S. Pyramid.
So aku rasa ok la kot.

Dia kata, paling teruk pun bas akan ngantar aku ke bus-station and aku bole ngambil cab di situ.

So, dengan tak semena-mena, aku yang memakai heel 3 inci ni pun ngangkut la beg-beg itu dan terus naiki Rapid KL.

Wahhh pertama kali dalam hidup naiki Rapid KL!
And it cost me seringgit sajer.

Murahan!


Photobucket


Dalam bas, aku duduk seat depan sekali.
And aku cakap kat pacik bas, aku nak turun kat Sunway.
Dia cakap, "Dah pukul 4 ni dik. Biasa bas berenti kejap kat Subang baru nyambung pegi Sunway."

Nevermind. I can wait.

And kat Subang Perdana, bas pun berenti rehat...
Tinggal aku, dan 3, 4 orang lagi dalam bas tu.

5 minit, 10 minit, bas tak jalan-jalan.
And hujan memang the most lebat.
Tengok kiri-kanan, kalau ada cab berapa ringgit pun memang aku amik je.

And rasa nak gelak guling-guling.
Sebab tak percaya ini semua terjadik.

Aku tanya kat mamat Indon yang dok belakang aku, ada tak bas lain nak pegi Sunway. Dia cakap, bas mini no. 6* pegi sana jugak.
Bas no. A* ngan 7* pun pegi.
Tapi aku still tunggu bas ni jalan coz I can't imagine myself in a mini bus...

And tiba-tiba ada bas mini warna kuning lalu kat sebelah.
Mamat Indon tu cakap, "haa bas tu la."
Tiba-tiba laju je kaki aku ni turun, and aku main tinggal je beg aku kat atas bas tu.
Mengharung hujan lebat untuk bertanya kat pacik bas, "boleh tak hantar saya kat Jalan PJS?"

Main order je macam la aku naik teksi.

Tapi bila dia cakap boleh, aku suruh dia tunggu kejap sebab aku nak amik beg-beg aku kat bas lagi satu.

Tangga bas mini tu adalah sangat tinggi.
Aku yang penat, dah tak larat mau ngangkut beg naik tangga.
Agaknya pacik drebar tu risau tengok aku meracau-racau iyah iyah berat, dia pun tolong ngangkut sekali.


Photobucket


See? Itulah kerusi yang aku duduk dalam sebuah bas mini. Basah lencun kena tempias air hujan sebab bas mini kan tak ada pintu.

Yes, pertama kali dalam hidup naiki bas di KL, dan pertama kali juga dalam hidup naiki bas mini!

warggghhhh!... tak percaya!


Photobucket


See? Inilah pemandangan dalam sebuah bas mini.
Siap ada tong gas lagi.
Tiap kali dia brek emergency, aku akan gelak dengan dasat.
Mesti orang keliling cakap pompuan ni dah tak btul.
ahaks.

Patutnya bas tu cuma lalu depan S. Pyramid, tapi nak plak la dia ngantar aku ke Jalan PJS tu.

Agaknya tak sampai ati...

-----

Sampai kat PJS, dia cakap, jalan kaki sikit dah sampai rumah. So aku pun jalan...
Tapi keadaan sekeliling adalah tak familiar, so aku pun call cab.

Cab datang and aku bagitau la dia alamat yang aku nak.
Dia cakap, "laa kalo ko jalan sikit dah sampai tuu."

Memang bazir btul. Sebab rumah Mak Su cuma kat belakang jalan tu.
huh! Tapi dia charge 3 ringgit jugak sebab aku dah call 'kan.

Sampai kat rumah, Mak Su belum balik kerja lagi.
Bila aku cerita kat dia, sampai nak pecah perut dia gelak.
Dia cakap, seumur hidup Mak Su, tak pernah la naik bas, ko pulak boleh naik bas yeh.

But then, sebenarnya aku tak kesah pun.
Kalau dengan kawan-kawan, agaknya takkan dapat merasa lagi pengalaman macam ni. Diorang suda biasa naik kereta berkusyen empuk, agaknya kalau aku ngajak naik bas lagi, mesti tak ada siapa yang mau 'kan.

-----

Lepas Maghrib, cadangnya mau bertemu Bye di S. Pyramid, teman lama waktu di uni dulu. Mak Su nyuruh aku drive kereta dia tapi aku tamau.

Sebab aku takut sesat.
And sebab aku suda ada tiket Rapid KL!
Dengan seringgit sehari, aku bole ke mana sajer, seberapa kali pun yang aku mau.
ahaks.

Borak-borak dengan seorang chinese girl di sebelah, baru aku tau bas mana yang patut aku naik.

Oh well, all this has truly been a real life experience for me.

Sampai di S. Pyramid, Bye masih on the way.
Dah la tadi siang aku kerja, then meround satu KL naik bas, bole plak la jalan-jalan ke hulur ke hilir kat S. Pyramid ni lagi. Banyak btul tenaga aku eh.

Di sana, nonton orang berice-skating dan akhirnya duduk membaca novel di Popular.


Photobucket


Dalam pukul 9.30, barulah cik bakal puan Bye sampai.
Setelah 3 tahun, bertemu kembali dengan dia, rasa macam tak ada yang berubah.
Dia masih suka memuji-muji, comel-comel seperti waktu dulu.
Yang berbeza, kali ini dia yang mendrive aku.
Naiki kereta comel, makan di sebuah kedai ntah kat mana.

She's getting engaged soon.
And she's running her own business.

*oh~ sebenarnya banyak rupanya yang telah berubah. hmm.

-----

Terpaksa nyambung bercerita lain kali.
Sebab suda sangat lama ngabiskan masa menulis di sini.
Suda kebuluran.
Sekian, harap maklum.

Read more...

>> Tuesday, January 15, 2008

Ciki gigit lengan aku!

ah~
Sangat saspen kenapa tiba-tiba dia bertukar jadi karnivor.

Ceritanya begini, waktu aku outstation last week, Ciki telah dijaga dengan penuh kasih-sayang oleh cik Luna, hosmet kepada tuan Ciki. Sepanjang aku tiada, Luna cakap Ciki tamau makan lansung. Sampai dia bersusah-payah masakkan megi kesukaan Ciki. Tapi dia still tamau makan jugak...

Dan bila aku balik, sampai di rumah, tengok-tengok, badan Ciki telah jadi sangat ringan dan kurus-kering. Aku bagi dia makan itu-ini pun dia tamau. Last-last aku paksa bukak mulut dia, and masukkan beberapa ketul buah pear hiris.

Then, ok la.

Besoknya, dia tamau makan jugak.
Sebab aku adalah penat, so biar dia berkeliaran buat kerja sendiri.
And aku pun tido...
Untuk pengetahuan semua, sangkar yang aku baru beli tu cuma jadi tempat persinggahan dia 5 minit sajer dalam sehari. Selebihnya dia akan merayau-rayau ke hulu ke hilir carik hapetah.

Tiba-tiba, ahh... lengan aku rasa sakit.
Celik-celik mata nampak Ciki tengah cuba nak merobek lengan tuan dia nih.
...uiii sangat saspen.

Aku try tarik tangan aku, tapi dia tamau lepas.
Macam-macam cara aku cuba. Sampai aku fedup and rasa nak biar je dia koyakkan daging tu sebab perasaan sakit dah tadek.
Tinggal perasaan takut sebab Ciki yang masih tamau lepaskan.
Dalam hati aku cakap, biar la dia koyak pun.
Tapi kang berlubang plak tangan aku nih.
eheh.

Then aku ketuk-ketuk kepala dia, hayun dia sana-sini, pujuk-pujuk dia, baru la dia lepas.

Berdarah-darah la tangan aku. Tambah dengan kesan gigitan yang dasat.
Nasib baik stok ubat luka ada lagi.

Memang saspen tau time tu.
Adakah lemak-lemak di lengan nampak sedap lalu dia menggigit tangan aku?
Atau adakah sebab dulu dia penah gigit sekali and dia rasa macam best lalu dia try gigit lagi?
...

Tapi rasanya dia memang kebuluran tu...
Kesian eh Ciki.
Dan kesian jugak kat tuan dia.

-----

My fren's iguana died last week.
Sangat sedeh.
Waktu dapat her msg, I couldn't sleep an inch.
Terus kejut Ciki dan peluk-peluk dia sampai Ciki tak bole bernapas.

Can't imagine what would I do if I lost him.
He has been there for as long as I can remember.
*actually baru 2 tahun lebih sajer

Dulu waktu hampir-hampir kehilangan dia pun sampai bengkak-bengkak mata aku nangih.

Yes, he is naughty.
And yes, he has been a wicked little wench.
But still... he is my darling star.
A joyful little bundle.
He makes up my day when I feel my very least.
And through thick and thin he's there to make me laugh and cry.

*hiks.. cam over plak

-----

Tadi aku pegi klinik.
Sebab suda 2 hari kejadian berlaku tapi lengan aku masih sakit lagi.
Dan amik stok ubat luka and antibiotik.
Takut-takut kalau tragedi berulang lagi.

Dokter tanya apsal aku tak jumpa dia time Ciki gigit tu.
He said that I should get an injection to prevent any infection.
Aku jawab -> malas nak keluar rumah.

Sekian.

Read more...

>> Saturday, January 12, 2008

Setelah enam hari bersenang-lenang menggemukkan diri, berendam sakan dalam bathtub (^-^), pagi ini bila harus kembali semula bekerja, aduuuu... lenguh-lenguh la seluruh badan.

Bila alarm berbunyi, wargghhh kepala rasa cam nak pecah.
Tangan, siku, mata, bahu, pinggang, kaki semuanya sakit.
Rasa macam mau demam.

Kalo tak kerana mikirkan kerja-kerja urgent yang bertimbun atas meja, memang aku MC arini.

So, this is the continuance from my last story.
Kelmarin adalah sangat penat. Jadi dua hari lepas tu baru nyambung menulis lagi.
...


Photobucket


Ini gambar waktu di rumah Sue.
Melawat-lawat cik puan yang baru lepas bersalin.

Teman-teman lama waktu di uni dulu.
Teman serumah dan teman belakang rumah, waktu duduk di Tmn Dahlia dulu.
Di kanan, di kiri, semuanya telah berubah.
Sue dengan si Shazwan dan si-kecil Ammar.
Watie dengan Hanafiah dan juga bakal si-kecil.
Huda dengan Shaiful.
Dan Ann dan Aida dengan bakal hubby masing-masing.

Dari Midvalley, aku numpang kereta orang kaya Watie ^-^
His hubby is very quiet.
Sama seperti Huda's hubby.
And so unlike their their wives ;p

Ann and Aida numpang kereta comel Huda ke KL Sentral, untuk ngambil kereta Ann di sana. remember? ahaks~

Sampai-sampai di rumah Sue, cik puan tuan rumah telah bersusah-payah nyediakan makanan yang pelbagai.
Ada sandwich, ada jelly pudding, ada buah, ada kuih-muih.
Sampai Watie cakap, kalo dia datang tadek pon Sue hidang apa-apa.
eheh.

Dan ada enam biji gelas berisi air oren.
Enam?
Takpe.
Orang baru kawin memang selalu tak cukup gelas ;p

Ammar Zikry sangat manja dikelilingi opah-opah dan atuk yang tamau lansung berenggang dengan si cucu.

Emak dan ayah Sue, mak mertua, kakak ipar bersama partner, nambah lagi kami 7 orang, buat rumah comel Sue dan Shazwan lintang-pukang.

Setelah lama duduk-duduk, borak-borak, nonton cerita Bawang Putih Bawang Merah, sambil makan-makan lagi, kami pun pulang...

Ann dan Aida ngantar aku balik ke rumah Mak Su.
Sampai rumah, sangat penat setelah berjalan sakan sehari suntuk.
Dan perut adalah sangat-sangat penuh.
Tapi sebab Mak Su suda masak untuk anak saudara dia nih, terpaksa la jugak telan sedikit. Pukul 8 mata suda tak bole buka, borak-borak sekejap, dan terus masuk tidur.

Pagi, pukul 8.30, Mak Su ngantar aku ke opis di USJ.
Cadangnya mau naik cab, sebab walopon dekat tapi tamau nyusahkan.
Tapi mungkin sebab dia tak yakin tengok kanan-kiri aku yang penuh dengan beg gemuk, tu gaknya dia beria-ia mau ngantar.

Baru start enjin, tetiba cik puan bos suda mengkaling-kaling.
Dia naik flight pukul 7, so aku bajet, dalam pukul 8 la baru sampai KLIA, tu belum mengharung jem lagi.
Tup tup tengok, bila aku tanya dia di mana, dia cakap suda menunggu di opis.
Wahhh kelam-kabut aku.
Dah la depan Summit tu selalu jem.

Selalunya aku adalah tepati masa.
Tamau orang menunggu-nunggu.
Kerana aku tak suka menunggu-nunggu.
Tapi beberapa hari ineh, macam orang lain lebih punctual daripada aku.

Adakah telah berubah?
...

Uh ok. Nyambung lain kali.
Sangat penat mengadap PC dari balik kerja tadi.

...so, to be continued again

Read more...

>> Friday, January 11, 2008

Beberapa hari lepas, berangkat ke KL.
Sendirian.
Patut harus ngambil flight pagi Senin bersama cik puan bos, dari airport terus ke opis. Tapi dek kerana mau mengganggu si Ann, dan Huda, dan Sue, dan Aida, dan Watie, jadi aku bertolak sendirian di pagi Sabtu.

Dari rumah, dengan berbreakfast sebijik pear dan sebijik roti, terus manggil cab ke Senai. 1 tengahari sampai di KLIA, berjalan terkedek-kedek dengan 3 biji beg berat, cadang mau ngambil cab, tapi sebab tak pernah naiki ERL, jadi turun la ke KL Sentral. Berjalan-jalan keliling, tengok orang lalu-lalang, dan terus ngambil teksi ke rumah Ann di Shah Alam.

Apartment comel 3 bilik.
Penuh dengan gambar si hosmet yang suka berposing ^-^

Baring-baring, borak-borak, makan-makan, dan ngangkut Ann ke Subang Parade.
Oh ye, cik tuan rumah telah memasak ikan sardin yang sangat sedap sampai aku terpaksa nambah beberapa kali. eheh.

Pusing-pusing, tengok itu ini, makan-makan lagi, pukul 10 baru balik ke rumah.

Ini gambar grill fish di Manhattan Fish Market.
Tapi sebab aku adalah orang kampung yang selalu makan ikan bakar dengan nasik cicah air asam, perasaan makan ikan sajer adalah tak sesuai dengan citarasa.


Photobucket


The most penat!
Bole plak la pompuan ni sehari-suntuk tadi ngangkut beg berat, berjalan-jalan shopping sana-sini lagi.

Bangun pagi, siap-siap, breakfast coklat sedap, bertolak ke rumah Mak Su di Sunway.
Selalu, kalau ke rumah Mak Su atau sesiapa, cuma Abah atau Boy atau Angah yang drive. 2 bulan lepas, waktu ke rumah Mak Su pon, Abah yang drive.
Seumur hidup, tak penah la jadi penunjuk jalan untuk sesiapa pon.

So, no wonder la kami sesat 'kan.

Ter masuk ke highway LDP, terpaksa u-turn dan keluar balik.
2 kali tol.

Seperti biasa, aku sebagai co-pilot, and Ann sebagai pilot, adalah sangat fail jalan di KL dan di mana-mana. hihi.
Tapi, setelah berpusing-pusing-pusing, akhirnya sampai la jugek...

Cuma Shera, Uji and Epul di rumah.
Mak Su tadek sebab harus ngadiri majlis di rumah uncle Idris.
So, lepas ngantar 3 beg berat, terus bertolak ke Midvalley.

Konon-kononnya mau drive terus ke sana.
Sampai di Bangsar, tengok kiri-kanan, ohh tu pun dia.
Lama-lama, Midvalley yang nampak besar di sebelah, makin lama makin kecil.
Pusing-pusing, terlepas u-turn, terlepas itu ini, tatau mau masuk simpang mana.

Akhirnya sampai di Muzium.
Dan stesen keretapi.
aa?

Bila suda patah balik, nampak simpang ke KL Sentral.
Ngambil keputusan, daripada sesat tak tentu arah, mau parking sajer di sana, dan ngambil komuter ke Midvalley.
haih~

Cari-cari jalan mau ke parking, ahh memang jumpa.
Tapi terlepas simpang lagi beberapa kali.
Contohnya - "Ann, patut kena belok tadi ni..."
Sambil Ann mandu terus ke depan.
Konon-konon bila round sekali lagi, bole jumpa la simpang tadi.
Tapi bila lalu balik, ehhh?... terlepas lagi...

Kemudian, nampak simpang parking ke Hilton Hotel.
Suda malas mau berpusing-pusing, kami pun masuk la ke situ.
Tengok-tengok, ahhhh RM6 per entry!
And 4 ringgit untuk setiap jam seterusnya.
huahuahua~ kopak pakcik.

So kami pun keluar la balik...
Cari-cari lagi simpang ke parking KL Sentral.
Setelah hampir sejam, jumpa jugak akhirnya...
Wargghhh memang aku dan Ann sangat fail jalan di KL!

Then parking, dan berlari-lari anak mengejar train yang mau berlepas.
It's been awhile since I last took a train.
Tatau pon kat Midvalley tu ada hentian LRT.
or is it komuter? ntah.

Whateverpun, akhirnya sampai jugak ke destinasi...

Tak sempat nak berjalan-jalan, Aida suda mengkaling-kaling.
On time plak la macik nih.
Selalunya dia la yang paling lambat bersiap, lambat segalanya.
hehe.
Agaknya zaman-zaman dulu pun dah berlalu sangat lama, aku je yang tak sedar semua-semua pun suda berubah.

Sampai kat Nandos, dari jauh suda nampak Aida yang berapi-api.
Dah la dia yang nak belanja, dia pulak yang kena menunggu semua. ahaks~

Borak-borak, ngambil-ngambil gambar, posing sana-sini, baru la Huda, Watie and their hubbies sampai...

Makan-makan, nyambung borak, catch up everything yang tertinggal bertahun-tahun, makan-makan lagi, dan terus berangkat ke rumah Sue tanpa bershopping-shopping.

Ye, tanpa shopping.

Wahhh pertama kali aku ke shopping kompleks tanpa bershopping nehh.


...ah~ to be continued
*sebab pinggang cam nak patah, bahu semua sakit, akibat mikul beg berat sehari suntuk dan sampai rumah terus mengadap PC menulis dengan panjang-lebar di sini

Read more...

>> Thursday, January 10, 2008

Perasaan adalah sangat penat dan ngantuk berkejar-kejar ke sana-sini.
Nanti-nantilah bila suda kembali semula ke Jhr, bila suda agak-agak free [free? aa bila tuh?..], tunggang-terbalik aku cerita semua-semua.

Read more...

>> Thursday, January 3, 2008

Photobucket



Notebook aku yang pertama untuk tahun ineh.
Dari Maxis.
Waktu promo broadband di PC Fair kelmarin dulu.
[biasa la. perempuan memang mudah terpengaruh dgn semua-semua promo ^-^]

Tapi... huh!
Kalo tau si broadband itu cuma indah khabar dari rupa, sungguh-sungguh la aku tak amik dulu.

Menyesal!

Baik la aku penat-penat menapak ke CC.
Lebih laju, lebih baik, lebih jimat, lebih puas hati aku.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP