Bread Pudding with Vanilla Sauce

>> Saturday, December 19, 2009

Lately, mood adalah mau memasak sajer.
Bukan masak lauk tapi masak bebenda yang lemak berkrim macam puding ni.


Petang tadi, asyik terbayang wajah bread pudding yang aku buat aritu pastu macam teringin pulak nak makan. Balik dari ngikut my mum and abah pegi pantai Rambah tadi, terus la singgah ke Maslee beli barang-barangnya.

Tak nyempat nak buat apa, kelam-kabut la pulak aku nak masak puding roti ni. Kemaruk sangat.

Nasib baik senang je buatnya.
Campak-campak dah siap.
Vanilla sikit, cinnamon pun sikit juger untuk buang rasa hanyir telur sebab kalau terlebih nanti org yang makan tu buang angin banyak sangat lak.

Tapi puding yang kali ni macam sangat berlemak.
Terlebih susu gamaknya.
Next time harus kurangkan sikit susu pekatnya nih.
Telur aku guna 4 biji je walopon resepi sebenar kena guna 8 biji. So dah jimat kolestrol kat situ ;p

And untuk buat kuah harus kurangkan tepung custard or kalau tanak kurangkan pun bole tapi gaul atas api sekejap je la takleh lama sangat nanti sos dia terlalu pekat.

My brothers la yang tolong abihkan sebab dua-dua memang suka makan benda ni. Hubby and Abah tak suka sangat. Aku pun bila dah masak sendiri memang tak suka sangat makan. Time nak buat memang macam dah gile kemaruk.
hiks.

Read more...

Ciki... in memory.... T_T

>> Sunday, November 22, 2009

The saddest day of my life.
I lost Ciki, my pet iguana...

The bestfriend that I've ever had in my entire life!

Rindunya hati ini Ya Allah...
Engkau sahaja yang Maha Mengetahui...


I cried like mad sejak tau dia mati tadi pagi.
A lots of sad things happenned in my entire life tapi aku tak pernah sedih begini teruk.

This is worse.
Much much worse.

I can't breath.
Macam ada rasa tersekat di kerongkong.
...

I'm sorry that I can't be a good guardian for you.
I'm sorry that you have to suffer like this...


Ya Allah... berilah aku kekuatan ya Allah...

Ya Allah, Engkau mungkin menarik satu cinta dalam diri ini..... satu cinta yang tak ternilai olehku..... tapi Engkau telah beri berpuluh-puluh kasih sayang yang aku syukuri Ya Allah... Sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi...

Berikanlah aku kekuatan Ya Allah...


Waktu aku menaip ni teringat pada dia kerana selalunya dia akan sibuk-sibuk kacau duduk atas keyboard ni sebab it is his most favourite place...

Tiap malam dia akan tido dengan aku.
And tiap pagi, dia wajah pertama yang aku nampak.....

And dia sangat suka makan megi yang aku masak.
And biskut Jacobs Weetmeal...
Kelam-kabut dia datang kat aku kalau dia nampak aku makan benda tu.

And now I couldn't even bear to look at his photos.
I will definitely broke down and cry!

Sesungguhnya aku sangat-sangat rindu padanya...
He has been there as long as I can remember.
Thru thick and thin...
Thank you dear for those 4 wonderful years...
I miss u so much Ciki!... T_T

Ya Allah...

Read more...

Aida... ENGAGED!

>> Tuesday, October 13, 2009

My dear fren is getting engaged this coming Deepavali!
pheww!
Congrates in advance Aida...
hiks.

Back at MMU, she was my housemate merangkap roommie selama beberapa tahun.
Together with dearest Ann.
Sweet sour memories there ^-^

And the three of us got engaged in the same year.
'eh yours tahun lepas ke tahun ni Ann?

But I'm not sure dapat datang tak ke kendurimu tu Aida.
Sebab next week harus outstation ke KL for a week so minggu ineh terpaksa menyetelkan apa-apa yang pending. Tapi, agak suker sebab dapat jauh dari kerja-kerja yang menyesakkan fikiran di sini.

Apapun, congrates dear...
and, WELCOME TO THE CLUB!
*wink wink*

Read more...

Handphone!

>> Tuesday, September 22, 2009

I need a new handphone.
E63, E71, Blackberry.
Nokia.
whichever. whatever.

Henpon lama suda agak nazak.
Sony Ericsson memang tak tahan lasaklah.
Jatuh 2, 3 kali, tanggal sana-sini.
Leceh.

E71 adalah sangat comel.
Vouge lagi.
Tapi dalam kepala cuma terbayang-bayang wajah E63 tu.
Agak murahanlah compared to the other two.

Aku bukannya nak ber3G sakan pun.
Asalkan bole beremail-emailan, mengonlinekan diri pun dah cukup.



whatever.

I just need a new handphone.
haih.

Read more...

Armani Code!

>> Thursday, September 10, 2009

yey! Suda dapat pun perfume idaman ^-^
Armani Code by Giorgio Armani.
It has notes of orange blossom, ginger, pear sorbet, jasmine, vanilla, woods and lavender honey, and truly is a sexy, femme fatale kind of perfume tau.

Sangat menepati citarasa neh ^-^

Berbaloi juger.
I got extra gift of shower gel, miniature and RM30.00 cash voucher...

Mau tepekkan gambar di sini tapi internet di opis menghalang access ke photo blogging. Jadi, sementara menunggu broadband di rumah pulih kembali, yang terpaksa ada di blog sehari-hari hanyalah tulisan semata.

Sekian.

Read more...

Janji Allah...

>> Tuesday, August 25, 2009

I saw her a few days ago.
She came to check on her claim.
And today, she's gone.
buat selama-lamanya...
Al-fatihah buat arwah Syarifah Radzua Syed Ali...

Dia, mangsa pertama H1N1 di sini, ibu mengandung kedua menjadi mangsa di Johor.
And she left 2 little boys behind.
The youngest was only 2 years old.
Her mom said that she was 7-month pregnant and insya allah, the new baby will be a girl... mak dia cakap, dia hepi sangat bila dapat tau it's a girl... sebab dia teringin sangat anak perempuan.
Tapi akhirnya tak tercapai.
Both mother and daughter tak dapat diselamatkan.
...

We were in a different dept.
But my colleague cried when she heard the news.
Perkara pertama yang kami bayangkan, sangat kesian, to her 2-years-old kid.
Her body was sealed due to her sickness.
And her kids and dear husband tak boleh tengok apatah lagi mengucup wajahnya buat kali terakhir.
Dan, hanya beberapa hari menjelang Ramadhan.
...

'dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.
...


Para Muslimah yang dirahmati Allah,

Permergian sahabat kita Pn Syarifah Radzua sesungguhnya amat menyedihkan dan memilukan. Namun kita kena redha dengan ketentuan Allah kerana giliran untuk kita juga pasti datang. Bagi mengingati beliau, majlis bacaan Yassin & Tahlil akan diadakan esok Jumaat 14 Ogos 2009 - Jam 12.30 tgh dan juga solat Zohor berjemaah diikuti solat hajat bagi memohon pertolongan Allah di saat kita sedang berhadapan musibah yang semakin mencabar ini.

Dengan rasa rendah diri dan sepenuh hati, saya memohon agar semua para muslimah SDE dapat meluangkan masa untuk tujuan tersebut di atas, bagi kita bermunajat kepada Allah memohon pertolongan dariNya moga dilindungi segala bencana dan kecelakaan. Moga kita sentiasa terpelihara dari azab yang tidak nyata dan kemungkaran Allah.

"Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati....." - Firman Allah swt.

Thanks & Regards,
Hjh Bainah Mohd Sharipin
Engineering Dept - EDC Section

Read more...

Sg Besar, Sabak Bernam

>> Monday, August 10, 2009

Last Saturday, 1st August 2009, adik tersayang suda selamat menjadi tunangan orang.

Congrates to dearest Boy and Faz...
May both of you tabah menghadapi ranjau alam pertunangan ni ye.
*cerita lanjut adalah di next-next-next entry ^-^

Pulang dari majlis, kami terus ke Sg Besar, Sabak Bernam.
Kampung halaman emak.
Last month, balik dari kenduri Angah di Ipoh pun kami terus ke sana juga. The beautiful scenery along jalan Sitiawan and Teluk Intan...

Kali ini, dari Kuala Selangor kami lalu jalan dalam sebab si dia kan orang bandar yang tengah katagih melihat sawah. Jadi my mum beria-ia la mau membawa dia melihat sendiri kampung yang betul-betul tradisional, maka kami drive masuk ke Sg Gulang-Gulang which is in Tg Karang.

Menyusur tepian sawah dan tali air yang tenang. Dengan Sg Sireh yang sangat cantik dan orang-orang kampung berjalan kaki di kiri dan kanan, memang sangat seronoklah. Tengah-tengah jalan tu, tiba-tiba ada satu jambatan yang sangat sempit. Mula-mula ingat nak patah balik sebab kalau tengok dengan mata kasar memang tak muatlah kereta mau lalu di situ. Tapi my aunty ckp muat jer. Aritu my uncle yang bawak Honda Freed tu pun boleh lepas takkan la kereta kami ni tak boleh lepas.

So, adik aku yang Faiz tu pun keluar kereta and dia la tolong bagi signal. Nak harap aku memang patah balik la kami, kan.
So, akhirnya lepas.
Macam tak percaya oke sebab memang sangat sempit jambatan kat tali air tu.



Tapi rim kete calar sikit la. Nasib baik aritu waktu si dia mau nukarkan sport rim aku cakap tak payah.
Kot mau dia nangih tak berlagu 4000 inggit terbang macam tu je.
hiks.

Sampai-sampai sana, waktu matahari dah nak terbenam.
It is so beautiful and tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.

And I love the morning sunrise.
The sweet scent of the dew dan angin pagi yang sejuk-segar menusuk tulang.

'man... i love it here!

Esoknya, pagi-pagi buta si dia suda kejut aku ngajak beli nasi lemak kat parit 6. Aku, of course la tamau mangun sebab sangat sejuk kan. So akhirnya dia pergi dengan my mum and dad sajer.

Dah takde sesapa pun duduk di rumah tu lagi.
Arwah Atuk dengan Nenek dah lama meninggal dunia.
Tiap kali pulang ke sini macam satu perasaan yang sebak.
Macam menggamit memori waktu dulu-dulu.
Sebab my mum selalu cerita tentang kesusahan and keseronokan dia waktu kecil-kecil dulu, berbasikal 2 batu balik dari sekolah terus ke sawah.

Waktu arwah nenek masih ada dulu, tiap kali raya kami akan pulang ke sini. Nanti kalau berkumpul orang tua-tua, dapat la dengar diorang bercakap bahasa Banjar, which is rarely heard today.
Memang sangat rindulah zaman kecik-kecik dulu.

We will never get bored of this place.
It is like, masa tak berjalan pun tiap kali berada di sini.
Macam suatu tempat kenangan.
I can see the happiness on my mum's face tiap kali kami pulang ke sini.

'memang kehidupan di kampung lebih seronok dari di bandar, kan.




Boy, me, Mak, Angah, Abah and Faiz.
One big happy family.
Di tepi sawah, beralas bangku buluh, di bawah pohon rambutan.

We took this photo before all the big events of this year.
A wedding and 2 engagements in the family.
and, things will never be the same again...

humm...
macam baru je semalam kami gaduh berebut sape dapat duduk tepi tingkap.

macam baru je semalam kami main pondok-pondok tepi semak depan rumah dulu.
oh man. how time flies!

I'm gonna miss the time that we had together though T_T
...

Currently I'm so addicted to this song, Gurindam Jiwa by Rafeah Buang & R Ismail. Macam satu lagu yang sangat menusuk jiwa.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga...



Read more...

nyummy nyummy nyam!

>> Wednesday, August 5, 2009

Lately veri the ketagih ngan western food.
Dah 5 ari aku dok makan ciken cop.
dengan beef steak.
Tak suka pun.
Cuma kesedapan sos black pepper dia buat tido aku tak lena.

Dah 2 ari pun tak makan nasik.
Perut aku ni veri the berlagak macam orang kaya oke.

Pastu tadi aku sangat tensi dengan keje.
So dari pukul 3 dah dok berangan nak makan McD balik nanti.
Pastu tanya kat akak sebelah ni, dia cakap ada pasar malam kat Taman Pasir Putih nuu.

Buat aku sangat excited nunggu pukul 6.
Lepas singgah bank, kami terus la ke sana.
Tup tup tengok, ada plak char kuetiau yang sangat best.
fuh fuh~



see? memang delicious kan.
hiks.
tapi apsal ntah kat fikiran aku ni dok terngiang-ngiang je wajah char kuetiau kat Melakaraya tu.
Kesedapannya memang takleh nak ceritalah.
Macam Asam Pedas Power yang penuh dengan black pepper kat Bukit Cina nuu.
adeh.

Selalunya time otak serabut, aku memang akan makan ngan dasat.
jadi, bila nampak popia yang di bawah ini pun, terus la membeli juger.



cicah dengan sambal pedas.
nyam nyam~
veri the tak hingat oke.



Pastu nampak plak air asam boi yang sangat sedaps ineh.
memang best gile!
Aku memang jarang minum air manis.
Sebulan sekali tu ada la.
Sebab tak berapa suka pun.
Tapi air asam boi ni exceptional la.
The cold tangy sweetsour taste memang menggugat hati betul'lah.

Tapi yang jual kat gerai kat Bandar Hilir tu lagi best la.
And air epal asam boi yg veri the tasty kat area Mimosa Hotel tu.
which is in Mlk juger.

Then ingat nak beli nasik kerabu.
Tapi sebab kat depan opis aku ada makcik tu jual nasik kerabu sedap yang murahan, so terus tak jadi beli. Bulan lepas aku dah mabuk makan nasik kerabu tu tiap pagi.

'ann, remember? we used to talk about food every nite dulu-dulu kan?
zaman-zaman muda tidur bersilang-pangkah.
hiks.


Both of us lovesss to eat.
and we enjoy good food.
jadinya, apa-apa cerita pun endingnya nanti pasal makanan juger ^-^

So, tadi tak jadi pun makan McD.
Tiap ari makan western jadi ngemuk-ngemuk debab la aku nanti.
haih.

Read more...

Suprise!

>> Monday, July 27, 2009

Remember my sis?
Yang kawin 6/6/2009 aritu?

Haa guess what?
She's having a baby!
weee~
Will due on 15 March 2010.
Sib baik dia keluar lambat sikit. hiks.


I'm sooo excited!
Can't wait for him to come out padahal lama lagi tu.
Tapi nanti pun kami tak dapat jumpa selalu coz they're staying at Bintulu.

fuh fuh~ banyak sungguh event tahun nih.
with my bro getting engaged next week.
and another big event coming up later.
whoaa~

upps. My ex-housemate, Luna, is also 1-mth pregnant.

'hiks. congrates to both of you yer ^-^

Read more...

Trip to Kota Kinabalu

>> Friday, July 24, 2009

So... here we are.
Kota Kinabalu, Sabah.
'the land below the wind...

We booked the flight 3 months early.
And the cost is only about 150 per person to and fro.
'murahan, kan?

We took off from Miri at about 3 pm.
Miri, sebab it is our first destination from JB.
Tak jauh sangat pun nak ke KK.
Around 1 hour gitu dah sampai sana.

Walaupun jarak cuma 290 km from Miri tapi very the tak sesuai la kalau mau drive ke sana. Kalau jalan elok takpe. Ni dengan bergunung-ganang berhutan-tebalnya lagi. Kot dibuatnya tersadai kat tepi jalan sape nak nolong oke.


Tapi, memang tak mungkin la naik kete pun.
Lihatlah beg-beg aku kami nih.
Aku kan kalau berjalan memang sangat suka bawak 3, 4 bijik beg.
Maklum la nak isi kasut yang 2, 3 pasang, seluar baju yang berhelai-helai, makeups, toiletories, novel, laptop, stok makanan, etc etc...

hiks.

Anyway, sampai kat sana, kami terus ke tempat penginapan.
Two spacious studio apartment.
Promenade Hotel.
It's somewhere near the Philiphines Market.
Dekat tengah bandar so kalau nak berjalan-jalan pun tak susah la mau mencari kenderaan.

oh~ tak perlu cari kenderaan pun sebab tempat yang kami mau semuanya dekat-dekat situ sajer. But mind you the taxi there is quite expensive oke! Jadi, adalah lebih baik nyewa kereta sajer.

The sun there rise quite early because of the time zone.
And semua-semua pun mangun awal sebab pukul 6 pg matahari dah terpacak depan mata.


See? That's us walking down the road.
Very the tourist btul 'lah ^-^
Time tu tengah on the way ke pasar malam and the Philipines Market.


yey sangat sukeee dengan pasar malam ittew!
We manage to go to two; satu kat Kampung Ayer and satu lagi kat Sinsuran.

the lovely pearls and the bangles and the crystals and tons of other beautiful things...

Before going to KK, my frens siap-siap inform jangan beli barang kat Pasar Filipina tu sebab agak mahal compared to the pasar malam.
So, kitorang pun pegi pasar malam dulu la baru singgah kat Pasar Filipina tu.

But then, tengok jugak la. Memang ada yang sangat mahal tapi ada jugak yang murahan. Ada barang yang kami suka kat pasar Filipina tu tapi takde kat pasar malam, so telah borong jugak la sikit-sikit kat situ.

Very the rambang mata okeh.
But I didn't buy any of those pearl thing sebab tatau nak pakai time bila pun. Macam datin-datin la sangat. Cuma beli beberapa puluh bracelet, tons of tastylicious kerongsang, kain batik and a few other things.

Jauh jugak dari hotel kami tapi sebab itu adalah shopping, maka aku berdua dengan my mum larat je gi sana jalan kaki tiap hari. Demam-demam pun sanggup gagahkan kaki.

My abah dah surrender.
hiks.
Hari first je dia ikut kami ke pasar malam tu.
Balik hotel kaki dia terus sakit.


oh ya.
Another thing I love about KK is the cleanliness.
Sangat bersih oke.
Even the bus station is very clean.
Kalau kat Jhr ni, fuh~ kot tak itam legam kena sembur dengan asap bas tu memang tak sah la.

And the buses are veryyy teratur and comel-comel.
Warna putih.
And tiap-tiap bas ada tulis tempat yang diorang pegi.
Kalaulah bas kat Semenanjung macam tu kan best.
...

Aritu ada nampak gambar Sya with her family and the background is the breathtaking, beautiful blue ocean kat KK.

Sangat lawalah!
Tapi tatau pun tempat tu kat mana...
adeh.
Kot kalau time tu aku ada no. phone Sya mesti aku dah contact dia nanye mana tempat best kat KK ni ha.

To tell you the truth, there're a few things that I regret about this trip.

Pertama, sebab aku tak pergi pun ke Gaya Street Market...
'gile ah. apa maknanya gi Sabah kalau tak ke Pasar Tamu dia tuhhh! uwaa nyesalnya! Dah balik ke Semenanjung baru teringat ha...

Yang kedua, aku lupa pasal Canopy Walkaway tu...
'tensennye! kitorang memang dah sampai kat kaki gunung Kinabalu tu and kalau jalan depan lagi sikit dah jejak pun kat Canopy Walkaway tuuu! nyesal ni...

Tapi kalau nak ikutkan, memang salah aku jugak sebab tak study dulu nak ke mana. And kami pun memang kesuntukkan masa and nak pegi pulak banyak tempat.
So takpelah... maybe next time T_T
Pasni kena plan awal-awal nak gi mana so tak rasa rugi sangat.

There are some other things that we miss tapi tak berapa penting sangat la.

Contohnya macam Air Panas Poring.
Kat sini pun banyak kolam air panas so tak kesah la kalau tak sempat singgah situ pun.

Another thing that we miss is the seafood.
My frens said that the seafood here is superb!
Tapi malangnya, kami tatau pun tempat tu kat mana.
So, takpelah... kat Semenanjung pun banyak seafood restaurant yang best-best, kan.


yup, that's Abah, Lan (Angah's hubby) and Aish (my little bro yg tak brapa little pun). So, tiap hari pun kami makan di restaurant yang sebegini sajer.

Kesimpulannya, next time kalau kami ke sana lagi, rasanya better amik dengan travel agent. Lebih murah, jimat masa, and perjalanan pun terancang.

So, pasni mau bercerita tentang trip ke Pulau Manukan, Gunung Kinabalu, Tamparuli and Kundasang.

Tapi sekarang aku suda sangat menat so nyambung lain kalilah ya ^-^

Read more...

Laponyeh~

>> Sunday, July 19, 2009

Semalam, suda selamat nonton pun cerita Transformers tu.
3 minggu ditayang baru kami dapat seat kat TGV.
Sebelum ineh, tiap kali ke sana mesti full house.
GSC kat Leisure Mall plak sangat buruk and tak menepati citarasa.
JB ni kekurangan panggung wayanglah.

And today, I'm bored.
totally extremely bored.
Si dia suda balik semula ke TR last night.
And my housemate went to Kuching yesterday.
Cuti-cuti M'sia sampai Rabu depan.
huihh sangat jeles oke.
Dah la tambang murahan.
RM240.00 je pegi-balik.
Aku tak pernah jejak kaki pun ke sana lagi.
Dia ngajak juga ngikut ke sana tapi time-time closing ineh tak mungkin la my bos bagi bercuti-cutian begini.
umm next year perhaps?
*wink wink*


So now I'm thinking of going to JJ.
and Giant and Tesco.
I need a pair of new pants.
Bersoping-sopingan mengoyak-rabakkan purse lagi.
Kelmarin balik dari Income Tax, singgah kat JJ konon-kononnya mau mencuci mata.
Tapi bole plak ada satu sleeveless yang very the tasty.
Devilish-red.
50% plak tu.
Nak tanak terpaksa beli.
hehe.

Dan mau ke Secret Recipe.
That super-delicious Marble Cheese Cake...


Ngan Starbucks.
That mouth-watering Caramel Frappuccino® Ice Blended.
The creamy creation of caramel syrup with milk blended with ice, topped with whipped cream and real caramel sauce.

Pastu ni teringin plak nak makan beef lasagna yang sedap kat Shakey's tu.

nyam nyam.

Time lapo-lapo ni memang semua makanan aku dok terpikir.

Read more...

Flu~

>> Sunday, July 12, 2009

Everything is in a mess and I'm down with flu.
stupid-mupid flu.
3 days now.
Running nose, sore throat, boxes of tissue and all.
Time tengah banyak keje pulak tuh.
With my bos going to Qatar.
With the tons of claims to handle.
With the 3rd party problems, the agents and all...

Lets just hope that it's not H1N1.
huish. simpang malaikat 44 nehhh!

Read more...

Sandy beach, here I come!

>> Saturday, July 4, 2009


I need a break.
and, I'm going somewhere today.

yey! bercuti-cutian lagiks.
berendam-rendaman dalam air laut yang biru...
the soft silky sand...
the gentle breezy wind...
the magnificent sunset...
yippie yippie yey!
sooo looking forward to it ^-^

daa!

Read more...

Suda bulan 7?

>> Thursday, July 2, 2009

hum hum.
Suda bulan 7 pun nih.
and, it's been a year...

aa gaji baru juger (yey!) and hopefully another year of good bonus.
*wink wink*

Hopefully la.

Tapi dengan keadaan ekonomi yang macam ni, kalau dapat sebulan bonus pun dah cukup baik, kan.

Oh ye. Juga masa untuk KPI.
Sangat menat oke mengcompile KPI untuk 600 permanent staff.
Nasib baik contract staff yang seribu lebih tu tak terlibat.
Kot tak, mau aku kena tido opis 2, 3 minggu ni.

Kadang-kadang rasa, bestnya kalau aku keje kerajaan.
Jadi cikgu pun takpe la.
Bole balik awal.
Keje yang tak tensi.
Tapi macam takde keseronokan.
Macam takde thrill.
Rasa macam akan buat hidup aku empty.

Kat sini, tiap ari pun memang sangat menatlah.
Letih lesu bila dah sampai umah.
Tapi tiap ari pun sempat lagi online sampai tengah malam.
so takde maknanya aku nak komplen kat sini.

Aku bekerja di kawasan pelantar minyak.
Bertemu orang yang pelbagai ragam.
Di site, di yard, di opis.
Sesuatu yang berlainan setiap hari.
Yang penuh dengan thrill. Seronok. Dan best.
Walaupun aku selalu balik pukul 6, takkan dapat balik pukul 5, tapi aku tak perlu mengharung trafik jem yg berjam-jam macam kat tempat lain. And rumah aku 1.5 km je dari opis.

Selalu, kalau aku nampak riggers kat site, bekerja teruk-teruk bawah terik matahari, or salesgirl yang kena berdiri lama-lama kat supermarket tu, aku rasa bersyukur sangat mak bapak aku paksa aku belajar tinggi-tinggi dulu. Kalau tak entah kat ceruk mana la aku sekarang.

Sebab tu, sepenat mana pun aku keja, dengan duit tu jugak la aku boleh beli kereta, bershopping-shoppingan, beli saham, berjalan ke sana ke mari, belanja parents sikit, melancong ke tempat orang and insya allah beli rumah nanti. Rugi kalau aku tak beli rumah sekarang sebab nanti tak dapat claim housing loan interest subsidy. Banyak tuu.

And aku still bole online kat opis, aku still bole borak-borak selama mana pun aku nak ngan sesiapa, aku still bole buat itu ini tanpa ada orang yang menengking marah-marah.

'kan sangat best?

Tapi bila pikir-pikir balik, tak penat sangat pun aku keja.
Ok jek.
Yang buat aku tensi sebab Finance tu ha.
Bila part nak kena clearkan accounts tu aku memang agak fail.
macam mana ntah aku bole ada kait-mengait ngan akaun yang aku benci sejak zaman sekolah nih.

hum hum.

Tapi memang aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada.
Yang membuat hidup aku hepi sebegini.
'betul tak?

Read more...

Congrates dear Boy~

>> Saturday, June 20, 2009

huarggghhh akhirnya aku suda kembali berweekend di rumah neh.

The last few months adalah sangat hectic oke.
Every weekend balik kampung.
ngecat rumah baru, pindah barang sikit-sikit, prepare itu ini, etc etc.
very the penat.

Time Angah nak kawin tu my parents bole pulak sibuk nak pindah rumah padahal last year baru je pindah rumah yang kami duduk sekarang nih. Tatau pun rumah yang ineh mau dijual or disewakan je nanti.

*apa motif pindah rumah setahun sekali ntah.

Arini baru berpeluang ngemas rumah di sini, basuh baju semua.
very the blissful oke.

Anyway, congrates to my dear brother for his convocation.
Wednesday, 27th May 2009.
UiTM Shah Alam.

And he's getting engaged this coming August.
1st of August 2009 to be exact.

fuh. sangat banyaklah event dalam keluargaku tahun ineh.




Angah takde dalam gambar sebab time ni dia still kat Sarawak.
Boy confirmkan tarikh konvo last minute and Angah pulak dah book flight balik sini 29hb tu so memang takleh nak buat apa la kan.




oh ye. kitorang naik bas dari tempat parking ke Convocation Hall.
Kelakar jugak la sbb kitorang kan dah lama betul tak naik bas especiallynyer my mum ngan abah.

And aku makai kasut dinner time tu sbb kasut aku bole pulak putus tali dia sehari sebelum tu. Nak beli baru tak sempat pulak. Nasib baik bwk kasut spare.

haih.

Tapi dah namanya kasut dinner so mmg la tujuannya utk bawak pegi dinner je kan bukan untuk berjalan-jalan.

Maka, apabila kasut 4 inci dibawak berjalan-jalan, hasilnya ialah kaki yg melecets yang amats and rasa cam nak patah skali.

very the berpeluh + panas terik nak pitam oke time konvo tu.
maklum la muka kena panas seminggu skali je ^-^

Aku dah 2x pun pegi konvo time Angah and time aku dulu.
So mmg dah boleh agak la cuacanya yang begini.
tapi nape ntah tiap kali pun lupa bawak payung, lupa bwk sunglasses.
buku nak alas kat kepala pun takde.

penyudahnya, kepala aku sakit sampai malam and kaki aku melecet berminggu-minggu tak baik.

-----

uppss. lupa.
Congrates to my dear frens yang selamat melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan beberapa minggu yang lalu.
5/6/2009, 6/6/2009 dan 13/6/2009.
My opismate Asmah (Muar) and Norjanna (Pahang)...
To Fizah, who is my pen-pal dari umur 10 tahun dulu, belajar satu universiti, selamat menjalani hidup berumahtangga buat kamu berdua...

To Maton and fiancee, selamat bertunang ya.

dear, dear friends... life is truly a long winding road.
but once in a while, along the winding road, love gives us a fairy tale.
'kan?

.
.
.

Read more...

My Sis's Wedding

>> Wednesday, June 10, 2009



and... she's married!
yey!

on a beautiful night of 6th June 2009, adikku ineh suda selamat bergelar Pn Nurul Faezah, isteri kepada En Azlan...
*congratulations dear sister ^-^

Pagi tu, ada satu majlis lagi di rumah kami, which I will tell u later.
After the morning event, dalam pukul 2 lebih gitu, ngemas-ngemas semuanya dan lepas Isya' berlansunglah upacara pernikahan di rumah...




Tak sedeh lansung sebab sangat ramai orang di kiri kanan.
Aku rasa kalau nikah di masjid baru la terasa sedeh-sedeh sikit kot.
Sebab kat Johor ni ada chapter untuk Keluarga Sakinah, yang selalunya bisa melelehkan airmatalah. Tapi sebab tok imam tu buat lawak banyak sangat, maka majlis nikah pun jadi penuh dengan gelak ketawa sajer.

Then, lepas nikah, ada persembahan kuda kepang.
Very the saspen lah.
Tapi bagus jugak la sebab benda ni semua adat yang dah lama orang tak buat.
Sambil tu ada Majlis Berinai.
Very sweet oke time tepung tawar tu.
Aku dan si dia terpaksalah jadi pengapit terjun.
The MC was very good sebab dia banyak experience handling large functions.
Lebih kurang pukul 2 pagi barulah majlis selesai and pukul 3 pagi baru kami tidur.




The next day, semua dah siap-siap untuk Majlis Bersanding.
Pengantin makai serba merah gitu.
My fav color.
And our family wore purple.
My sis cakap kitorang sajer nak sabotaj dia sebab time berinai dia pakai baju purple, kitorang pakai baju merah. Time bersanding dia pakai merah kitorang sibuk nak pakai purple.
Very the tak ikut tema nih.




And tomorrow we're going to Ipoh for the Majlis Bertandang.

-----

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak citer ni tapi suda sangat menat.
Besok-besok la ye.

Read more...

One day to go...

>> Friday, June 5, 2009

I'm exhausted.
Totally, extreamly exhausted.
My head hurts, my throat sore, and I've lost all my energy.
Esok mau ngambil kek di JB lagi nih.
Pastu mau ngambil yang itu ini.

haish haish.

uwaaa takmo demam ye.
tomorrow is my big day oke.


oh ya.
Kawan-kawan semua... jemput la datang ke Majlis Perkahwinan adik perempuan saya pada hari Ahad ineh, 7/6/2009 di Pontian, Johor dan Majlis Resepsi pihak lelaki di Ipoh, Perak.

tak dapat kad pun datang je lah ya.
kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan ^-^

sampai nak demam-demam dah aku membanting tulang ni.

*ha, kamu juga ya Watie.
aku tau kamu di Kluang skarang =p

Read more...

Appraisal time~

>> Thursday, May 21, 2009

for 232 mil, Sime Darby Engineering is finally merging with Ramunia Holdings.
yey! hip hip hooray!

more workload for me of course, but it's good to know that we're now under one roof.

*wink wink*

and, it's the appraisal time again.
Maklum la suda masuk bulan June ineh.
This is the first time that I had to do appraisal for my subordinates.
Last year I don't have to since the Finance staff under me are all contract-based but this time around I'm in HR and I have to do it since most of my subordinates are all permanent staff.

Kesimpulannya, mau menilaikan orang yang lunch dengan kita setiap hari memang agak mencabar oke.

But it's good that I can express everything, every tiny little thing, directly to their face.

Macam satu kepuasanlah.

uh oh, wicked me.

And when we argue about the ratings, the feeling is like, teringatlah zaman dulu-dulu waktu first time mau dirating oleh cik puan bos.
...

oke, enough for now.
mau nyambung bermain-main men'sketching-sketching lagi nih.
my latest obsession.
Adobe Illustrator CS.
mau tak tido malam lagi aku nih.
haih haih.

Oh ya. I'm going to KL next week.
For my brother's convocation.
Shud be on leave starts from 26 until 28th May but something comes up.
Senin dan Selasa harus ngadiri that financial course.
So, kensel my leave on Tuesday.
Hanya bercuti Rabu dan Khamis sajer.
Tapi memang agak bestlah kerana tak perlu berkerja seminggu ineh.
hiks.

Read more...

as time goes by...

>> Tuesday, May 12, 2009

I used to have lots of free time.
bukanlah terlalu banyak tapi sentiasa ada masa untuk yang itu.

I used to know what brand of speaker is best for my lappy, which version of software is good for this picture, or what's the latest game on earth.

I used to read a lot but now I don't seem to have the time anymore.
Novel The Kite Runner yang beli tahun lepas tu pun tak sentuh lagi okeh!
that's so not me.

Petang-petang, pusing-pusing sana-sini.
or weekends meredah jalan-jalan yang tak pernah lalu.
celah-celah kampung sana-sini.

Sekarang pun jalan-jalan juger, lebih dasat dan lebih jauh dari dulu.

tapi, ntah.
Memang la excited juger tapi tak terover excited macam waktu dulu.

zaman-zaman muda belia dahulu.

The feeling is like, you really really likes Barbie when you were young and berazam bila dah besar nanti, dah banyak duit, konon-kononnya mau beli sedozenlah benda itu.

Tapi sekarang bila dah besar, dah ada duit, tak teringin lansung dah pun.

macam satu peralihan zaman.

haish macam mana mau explain.

it's just different.
it's like now I see the world with different eyes, different angle.

gosh. perhaps I'm getting older.

It still feels like yesterday that I first jejakkan kaki kat MMU tuh when the truth is it's almost 10 years now...

the first time that I jejakkan kaki kat rumah Dahlia...

the bittersweetsour memories...


'remember Aida? lori Boy? Ina? Kandang? pakcik Ayam? etc etc...

ahaks.
tough.
but those were among the best days of my life ^ ^

man... how time flies!

Nothing to lose though.
I've enjoyed life to the fullest =p

Read more...

Trip to Punggai

>> Thursday, April 23, 2009

yep. Punggai.
We went there last Saturday.
120 km from JB, 10 km from Tg Balau, and about 5 km from Teluk Ramunia.
Nampak macam jauh tapi tak rasa jauh pun sebab jalan dia lurus jek.

It is a little known place located between Desaru and Teluk Ramunia.
Follow the signboard and you’ll notice Punggai after Bandar Penawar sign.

Bertolak dari PG pukul 10 pagi, singgah shopping kat Tesco, and dalam pukul 12 tghari tu terus bertolak ke sana.

Dari Pelentong, belok ke Tebrau, terus ke Ulu Tiram, Kota Tinggi, semuanya jem. Tak pernahlah tak jem tiap kali lalu di jalan JB - Kota Tinggi nih.
Especially time cuti-cuti begini.

Dah lepas KT, and nak masuk simpang ke Ramunia/Sg Rengit/Pengerang, barulah jalan beransur lengang.

From Kota Tinggi to TR, dalam mukim Johor Lama, kawasannya adalah felda, gugusan beberapa felda. Air Tawar 5, Lok Heng, Adela, Sening, etc etc...

The ride took about 2 hours (or so), dengan jalan yang lurus dan cantik, oil palm estate di kiri dan kanan, and dalam pukul 2.30 petang kami sampai di sana.




I never expected Punggai to have such a beautiful beach.
Since it was located just a few miles from Desaru, I thought the place would be more or less the same.

But gosh... we should reach here early!
I ran towards the soft silky sand and man... it was a perfect place to be.
The aquamarine seawater, the sweet smell of salty wind and the sky was gorgeous blue...




The chalet was quite cheap. The Sea View Resort and they charged about RM160.00 per night. 2 bedrooms with 2 queen beds and 2 bathrooms. Complete with aircond, cooking utensils, tv, sofa, 2 dining tables, a nice swimming pool and all. They even gave us extra mattresses and pillows with no extra charges ^ ^

Sangat puas hatilah.

Kami tak makan di luar pun.
Hanya memasak di chalet.
Since I didn't bring my sunblock and konon-kononnya takut hitam legam, pukul 6 ptg la baru start mandi laut sampai la 7.30 malam.
And there's only us and two other families on the beach.
Kalau org tak paksa aku naik memang sampai malam la aku berendam kat situ.

And whoaa... the magnificent sunset...

Banglo Dato' Azalina pun ada kat situ.
Mengadap laut.
*sigh*
Memang sangat jeles la dengan orang yang berumah di tepi pantai nih.

The next day, dalam pukul 1 tengahari kami pun bertolak pulang...

Tatau la orang lain tapi pada aku, memang sangat berbaloilah ke sini.
Everything was totally beautiful.
The breathtaking scenery.
Even the road.
yep.
Lalu kat jalan Punggai tu, macam lalu kat tengah bendang, dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

hem hem.
...


Dengan penat-penat tu aku terus ke JJ Tebrau sebab ada appointment dengan my agent. Tengah dok berdiskusi, tiba-tiba one of my colleague datang.
Rupa-rupanya he bought a house with the same agent.
haha... keciknya dunia.

'kisah ke Sabah aritu tak abis lagi, kami sudah berjalan-jalan pun ke tempat lain.

hiks.

Read more...

The Sims

>> Saturday, April 11, 2009

Aku telah menjadi kemaruk dengan The Sims balik.
macam waktu dulu-dulu.

Suda tiga hari berturut-turut neh.
Balik kerja, golek-golek atas katil, bukak notebook, main The Sims 2.

*ingat tak Ann?
hiks.

oh tapi The Sims suda banyak expansion pack yang baru.
aku ketinggalan banyak neh.
haih haih.

-----


Lay a whisper on my pillow
Leave the winter on the ground
I wake up lonely, is there a silence
In the bedroom and all around

Touch me now, I close my eyes
And dream away...

Read more...

Trip to Miri

>> Monday, March 30, 2009

Ini pula adalah cerita tentang Miri.
Dah agak lapuk pun sebab asyik tak sempat je la aku nak nulis kat sini.

Anyway we went there last Dec.
Mak, Abah, aku and my little brother, Aish.
8 days 7 nights.
3rd until 10th of Dec to be exact.
My other brother, Boy tak ikut sebab dia baru grad and baru start keje time tu so takkan nak cuti lama-lama, kan.

Patutnya flight ke Miri pukul 1.30 tengahari tapi delay.
Last-last pukul 4 lebih la baru bertolak dari Senai.
Kalau aku tau baik cuti half day je aritu.

Pertama kalilah jejak kaki di bumi Sarawak ineh.
Konon-kononnya mau melawat tempat Angah.
My sis works at Bintulu. Nasib la. Orang Petronas kat ceruk mana-mana je la dia anto.

Anyway, sampai kat airport Miri dalam pukul 6 gitu dah macam pukul 8 malam.
Patut la slalu kalau aku call Angah time-time kul 9 lebih tu dia dah tido.
*hem hem trying to adjust with the time zone over here

Sampai-sampai sana, Angah takde lagi.
Patutnya mesti la tuan rumah yang nunggu tetamu kan.
Ni terbalik plak.
Half an hour later baru dia sampai dgn Lan, her fiancee.
Lan works at Miri, and time kitorang sampai tu dia baru balik keje, that's why la lambat sikit.




We stay for the night at this 2-rooms apartment at Imperial Hotel.
Agak best la sebab bawah tu adalah shopping complex.
Tempat makan pun senang nak cari sebab Lan memang keje situ so dia bawak kami ke tempat yang dia selalu pegi.
Makanan semenanjung.
And the brekfes kat restoran ujung tu pun sedap jugak.
Nasi lemak ayam golek.
nyam nyam.

Angah said tiap kali dia datang Miri mesti makan nasi lemak kat situ.
And memang tiap minggu pun dia turun Miri.
Kalau aku tak sanggup duhh...
250km tuu Miri - Bintulu.
Kejung aku dok dalam kete.

I have a few frens staying at Miri tapi takde pulak contact number. Kalau tak boleh jugak tanya-tanya mana tempat best kat sini, kan.




The first thing that we noticed about Miri is that, they lacked of signboard. Maksud aku, kalau kat Semenanjung kan banyak je signboard tulis berapa km dari sana ke sini.

Kat sini cam lansung takdelah.
Agak pelik.
Lalu kat highway macam jalan yang takde penghujung.
hem hem.

The next day we went to Miri town.
My sis shows us a few souvenir shops yang jual barang dgn harga yang agak murah and we plan to buy things on our next trip to Miri sebab petang tu kami dah nak ke Kota Kinabalu so takkan nak angkut barang banyak-banyak ke sana kan.

Then we went to Petroleum Science Museum which is situated on top of Canada Hill. Quite interesting la sebab both of us work in oil and gas company so bila nampak platforms fabricated by my company memang buat aku kagum la ^-^




Kat depan muzium tu ada monumen the Grand Old Lady.
It is the first oil well in Malaysia and it represents the petroleum history of Miri which is almost a century old. This oil well is no longer production and it has been declared a protected historical site by the Sarawak Government.





Kat belakang tu pulak ada observatory platform where visitors can have an excellent view of Miri city. People came to enjoy the scenery or jog on the well-designed path.

yep.

Pemandangan kat atas tu memang sangat bestlah.
Tapi memandangkan kami pergi waktu tengahari buta takde payung, tak sempat la nak menikmati sangat pemandangan kat situ.
hem hem.




Around 1pm, kami pulang ke hotel and bersiap-siap untuk ke airport.
Our flight to Kota Kinabalu will be at 3pm.

-----

Okeh, sambung cerita lagi yeh.
Suda sangat menat.
Sekian.

Read more...

Trip to Cameron Highland

>> Wednesday, March 25, 2009

Ini adalah cerita Cameron Highland.
haih. sangat lamalah tak menulis neh.

So, this is my first Family Day trip with my HR colleagues.
Last year they went to Melaka.
Aku tak ikut pun sebab time tu masih di Finance lagi.

Cadang-cadangnya mau bertolak dari sini pukul 12 malam hari Jumaat tu.
Kelam-kabut la semua orang mau pulang on time hari tu tapi tup-tup tengok, dekat 1.30 pagi la baru bertolak dari sini.

haih~




This is our transport for the day.
Kali terakhir naik bas adalah waktu belajar di MMU dulu.
Beberapa tahun yang lalu.
Bas Jebat.
JB - Mlk RM12.50 sajer.
Zaman student.
*tiba-tiba mengimbau kenangan zaman dulu-dulu. hiks.

ehem berbalik kepada cerita tadi.
Since this is our Family Day's trip, jadi most of us memang membawa family lah.
I didn't bring mine along coz my sis is coming home from Bintulu.
But of course I'm not alone.
I bought a fren together.

Dalam pukul 6.30 pagi, sampai di Rawang.
Solat, mandi, brekfes and terus naik ke atas.
Duduk dalam bas beraircond kuat buat aku jadi beku.
Fortunately sebelum pergi tu my dear hosmet beria-ia la nyuruh aku minjam her gloves and her sneakers.

Kalau tak memang aku makai heels je la ke sana.
I've never had any sneakers in my entire life.
The only shoes that I've ever had is my running shoes.
haish.
harus membeli sneakers lah selepas ineh.
lebih prektikel dan selesa~~

hem hem.

My sis told us to use the Simpang Pulai road sebab lagi eloklah.
But since the driver prefers the Tapah road, jadi kami pun ngikut sajalah.
But, whoaa~ memang jalan the most teruklah.

Sepanjang hidup yang suka berjalan ineh, tak pernahlah lagi datang rasa mau muntah. Tapi nape ntah kali ini memang betul-betul menguji perasaan.
Pening pale aku.
Kalo ikutkan memang nak muntah ngan dasat tapi tahan la jugak.
Padahal before this ada banyak jalan lain yang lebih bersimpang-siur tapi nape ntah jalan ke sini aku rasa cam teruk sangat berbelit-belitnya.

Around 11 am sampai di Bharat Tea.
Duduk-duduk, ngambil gambar sana-sini and 12 pm kami bertolak ke Tanah Rata.
Lunch di sana and around 2 pm kami check-in.
The apartments are quite nice.
I shared mine with Airin, my fren and Kak Liza's family.
3-rooms apartment plus Astro.
RM220.00 per night.

Sejuk la sesangat sebab time kami pergi tu musim hujan.
Sampaikan time bercakap tu boleh keluar kabus dari mulut ha.
Ala-ala kat Korea gitu.
Boleh jakun plak sekejap.
Then, duduk-duduk, tido-tido, pukul 8 mlm bertolak ke pasar malam di Brinchang.
The night market cuma 2 kali sajer seminggu.
Malam Sabtu dan malam Ahad.
And pagi Ahad ada pasar tani yang best.
Sayur-sayur yang jual kat situ memang fresh lah.




The chocolate strawberry yang jual kat pasar malam tu memang d most sedaps lah! So unlike yang biasa aku makan kat sini. Tapi tak sempat ambil gambar pun sebab sangat kusyuk la makan. But the price is quite expensive.

3 cucuk RM5.00.
Cuma ada 3 biji je satu cucuk. Kalau kat strawberry park tu dia jual RM5.00 jugak tapi ada 4/5 biji la satu cucuk. Tapi pada aku, yang beli kat pasar malam tu lagi best la sebab sangat sedaps. hiks~

Actually this is the second time of me going to Cameron.
Waktu kali pertama dulu tak berapa ingat sangat sebab masih kecik lagi.

The next day we went to Boh Tea Garden.
The place is quite big.
Lebih besar la dari Bharat Tea tu.
They provide bus to go in there.
RM3.00 per person.
Leceh kalau naik kereta sebab jalan dia kecik and time cuti memang sangat ramai la orang ke sana. Siap trafik jam lagi ha kat dalam tu.

Kat main road Cameron tu pun jalan jem.
Macam tak percayalah situ bole jem.
Ingatkan keluar dari P. Gudang bole la elak dari jem kejap.
haih.





Airin, Mazni, Amy and me berposing sakan.





And this is me with Airin.
Then we went to Bee Farm. Takde apapun kat sana.

After that we had our lunch at SK Convent.
Ada cafe kat dalam tu.
The school is very nice.
Sangat bersih and banyak bunga pelik-pelik diorang tanam kat situ.

Then, up and away to Cactus and Strawberry Farm.
I bought 3 large packet of Coral Salad for my dear Ciki.
RM5.00 sajer tau.
Very the murah.
Kalau kat JJ tu mau lebih 20 ringgit tu.

And the sundae at Strawberry Farm is super-duper delicious!
nyam nyam!



Time kat pasar malam tu dah beli strawberry.
Murah.
RM10.00 untuk 2 kotak besar tapi tak tahan lama la.
Yang second time I bought at Cactus Farm.
RM10.00 for 3 medium size box.
And the third time I bought at Strawberry Farm.
Situ kita boleh petik sendiri and time tgh petik tu bole la terus masuk mulut.

Among the three places, aku rasa beli kat Cactus Farm tu paling berbaloi sebab the price is quite cheap and walaupun dah bawak balik Jhr, letak dlm fridge 2 hari pun still sedap lagi. Tapi still masam la as usual.




Then we went back to the apartment.
Our water heater dah rosak so terpaksa la masak air untuk mandi.
Kalau tak, haih~ mau kejung la kat situ.

That night we had our Family Day's event.
BBQ and HR Gathering nite.
Kat sekolah yang sama.
Aku tak ikut pun sebab penat and macam malas.
So duduk-duduk makan megi di rumah sajer.

The next day, pukul 8 pagi kami bertolak pulang.
Going down the same road.
Dengan keadaan jalan yang camtu of cos la ramai yang muntah kan.
Nasib baik la aku bawak stok jeruk banyak nih.

Then around 7 pm kami selamat sampai di P. Gudang...
Nearly 12 hours duduk dalam bas tuh.
Gile ah ding dong.

Sampai-sampai jek kami terus balik ke Ptn sebab nak amik kereta aku kat sana.
My sis borrowed it for a few days sebab dia balik kampung with her fiancee time tu.

The next day aku cuti.
Pagi tu patutnya harus ngantarin dia ke airport tapi d most tak larat so my parents la yang terpaksa hantar.
And petang dalam pukul 4 aku pun balik ke P. Gudang...

Sekian cerita untuk kali ini.
Besok-besok la baru cerita kesah trip ke Sabah/Sarawak aritu.

Read more...

>> Tuesday, March 17, 2009

for some reason, i'm a bit down for the last few days.
down.
down.
down.
dup!
...


kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat...
kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari...
rupa-rupanya ALLAH hendak berikan kita pelangi...


and yes. HE did give me the pelangi.
the beautiful pelangi...

alhamdulillah.

Read more...

>> Friday, March 6, 2009

We're going to Cameron today.
yippee!

Suda sangat lamalah tak berjalan ineh.
Since our last trip to Borneo last Dec.
About 3 mths now.

oke, will update later.
bye!

Read more...

>> Friday, January 23, 2009

Photobucket

i'm on leave for today and tomorrow.
and i'm going back to Ptn.

yey!
agak excited bercuti-cutian kali ineh kerana lots of thing yang nak disetelkan.

this evening, he's coming here and tonite we're going to fetch my sis at Senai airport. then, heading back to JB and tomorrow morning, siap-siap untuk pulang ke kampung.

Boy will also be coming home tomorrow.
maybe petang baru sampai from KL.

oh ye, sampai kat Ptn nanti, ngambil my mum and we'll be heading to Ayer Hitam to buy things. as usual, he'll be the driver for the day ^-^

next week, my office will be conducting a bowling tournament.
and dia telah mempelawa diri sendiri utk ikut sekali.
hiks.

and next month we'll be having a 3-days company's annual trip to Cameron Highland. *or is it in March? i'm not sure.

'haa cerita-ceriti tentang trip to Borneo tak sempat pun mau nulis di sini...

gambar di atas adalah gambar raya tahun lalu.
pun tak sempat dikesahkan di sini.

haish haish. harus rajin-rajin menulis nehhh.

Read more...

>> Saturday, January 17, 2009

Sabtu yang bes.
bercuti-cutian bergolek-golek atas katil sambil mengonlinekan diri.
dari tadi aku dok membelek wedding and videographer website sebab my sis mintak tolong bookkan.

and pepagi buta dia dah call tanya pasal bunga telur.
**aa hape kaedahnya? bila masanya plak aku nak mensurvey bunga telur nih?

she's going to be here the whole weekend for Chinese New Year holiday.
i mean, next weekend.

on Saturday we're going to survey the kad kahwin and on Sunday we're going to Ayer Hitam to buy the wedding things.

sebab dia kan dok nun jauh kat Sarawak sana.
so by the time dia balik sini memang tak sempat la nak survey-survey benda yang ineh.

hum hum ada satu videographer ni yang aku rasa sangatlah tasty.
ManisDVstudio.

hiks.
dah book pun for that day ^-^

sangat sweetlah video yang dia amik.
very the touching.
aku tengok MTV dia sambil tersengih-sengih sendiri.
price pun berpatutan.

okeh, nak gi makan.
and then mau ngantar Ciki ke veterinar.
bye!

Read more...

>> Tuesday, January 13, 2009

uh~ 2009 suda.
tengah bulan January pun ineh.
jap lagi dah nak masuk gaji.
haish haish.

berminggu-minggu la aku tak mengupdate blog.
mau cerita tentang apapun suda tatau.
kebizian melampau.

kesah-kesah azam pun macam dah lapuk.
gitulah tiap tahun.
tak pernah ada azam yang serius.

oh, but for this year it's different.

something big is going to take place by middle of this year.
and before 2009 ends, a few other big things are going to happen.
just wait and see *wink*wink*

oh, and my lil sister is getting married!
wheee~

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP