>> Friday, December 28, 2007

Bulan ini, bos kata, gaji harus masuk awal.
19hb.
Kerana 2 perayaan yang serentak.
Jadi, aku pon bersusah-payah bersengkang mata nyiapkan semuanya, untuk gaji yang awal.

Tapi, bulan ini juger, bulan untuk merenew roadtax.
Dan insurans.
Dan kereta yang tiba-tiba rosak.
Menukar radiator baru, servis itu ini, bayar duit kereta...
tup tup tengok, total semuanya, hampir 2000!

Itu belum termasuk sewa rumah, duit PTPTipu, bil api/air, prepaid card, bil ASTRO, bil internet, bil credit card, bil itu, bil ini...

uwaaa sengkek!!!

So, cheese cake is limited to two piece only, for this month.
emm, maybe three.

Begitu juger dengan Toblerone, dan makan-makan di luar.
Dan McD.
Dan balik kampung.
uii... balik kampung sebenarnya lebih membuatkan aku sengkek.
Kerana duit minyak, plus membelanjer itu dan ini.

haih~
Awalnya gaji, awal la jugak habisnya.

Tapi, hari ni baru 25hb!
And 30 days to go until my next salary!
uwaaaaaa~


Photobucket



Time-time gini la tiba-tiba terbayang benda-benda yang macam ineh.
uh.

Read more...

>> Tuesday, December 25, 2007

Lately, sangat banyak benda yang tertinggal untuk dicerita di sini.
Contohnya seperti kesah annual dinner, kesah family day di opis, kesah parfume baru, kesah broadband baru, kesah DVD baru, kesah pengembaraan ke rumah Huda *wink* etc etc etc.

Tadi, tengah ngemas-ngemas bilik, tiba-tiba terjumpa beberapa barang nostalgia. Cepat-cepat ngambil kamera, kensel kemas bilik, hiks, dan terus berposing mengambil gambar.


Photobucket



Last few weeks, aku ke rumah Huda.
Di Felda Linggiu, Kota Tinggi.

Cadang-cadangnya mau gerak pagi, sebab jalan ke Kota yang selalu jem.
Tapi, sebab time tu la baru sibuk nak gosok baju, nak cari kad, nak cari semuanya, jadi, dalam pukul 11.30 baru bertolak dari rumah...

Aku pergi dengan Luna.
Dia selalu ke sana, jadi konon-kononnya perempuan itu tau la jalan 'kan.

Huh! Tau la sangat.
Baru 5 minit keluar rumah dah sibuk menelepon si bf untuk bertanya arah.

Then, jalan terus lalu highway sampai la kat persimpangan bertingkat Johor Jaya JJ Tebrau tu. Belok ke kanan, dan terusss sajer. Pertama kali lalu jalan tu sebab aku, memang pertama kali mau jejak kaki ke Kota. Dulu, masa kecik2 pernah la jugek tapi tak pernah lalu secara sebenar.
Aa?

Co-pilot kata terus sajer sambil menelepon bf setiap 3 minit utk bertanya arah lagi. So oke, akhirnya sampai ke simpang untuk ke bandar Kota Tinggi.

Then, tiba-tiba nampak signboard ke kiri untuk ke air terjun.
Dalam peta Huda, memang ada landmark air terjun, tapi tak jumpa pulak simpang yg mana nak ke situ. So, kami pun terusss sajer.

Kat depan tu nampak lagi signboard air terjun, tak suruh belok pun tapi ke arah terus. So aku pun terus lagik. Tapi jalan dah jadi agak sunyi so perasaan jadi konpius. Lebih-lebih kat signboard tu cakap terus adalah Kluang.

Ada aku meronda satu Jhr ni kang.

Singgah kat gerai tepi jalan, tanya kat pakcik tu mana arah nak pegi Linggiu, and dia cakap terus. Pastu bila jumpa balai polis, belok kiri.

Huh! Nasib baik aku tak belok simpang yang cakap air terjun tadik.

Then, tiba-tiba di batu jalan ada tulis Kuantan.
Wooo kat mana sebenarnya aku nih?

Setelah beberapa lama, nampak satu simpang ke arah Bandar Tenggara/Kluang. Luna cakap bukan, sebab takde balai polis pon.

So aku pun terus...

Tiba-tiba, jalan makin lama makin sunyi and makin penuh dengan ladang.
Sangat saspen. So aku pun ngambil keputusan, buat u-turn untuk masuk ke simpang tadik.

Lepas masuk simpang, aku suruh Luna tanya budak jual buah tepi jalan tu, mana Linggiu. Budak tu cakap depan lagik. So aku pun terus je la.

Dah lama gila tapi cam tak sampai-sampai.
Aku tengok kat signboard tu Kluang lagi 20 km.
Tadi masa kat bandar Kota, dia cakap Kluang lagi 70 km.
So maknanya, dah sama jarak ngan aku nak balik Ptn.
haih~

Then, berenti lagi, tanya bebudak kecik main basikal kat bus-stop tu.
Diorang cakap, "Terus lagi kak."

Kesimpulannya, rumah Huda adalah terus.

Aku dah pening pale sebab tengahari buta yang panas terik melampau, and baju dah basah lencun, mekap takyah cakap la. Memang dan cair bagai.

Aku cakap kat Luna, kalo tak jumpa rumah Huda ni kita gi mandi air terjun je lah. Dia cakap ok jek.
ahaks.

Then, tiba-tiba... huahuahua signboard ke Felda Linggiu!
Dah nak putus asa baru la nampak kertas pink penunjuk arah ke rumah Huda & Shaiful kat tiang lampu tuh.

Sampai dalam pukul 1.30, makan-makan, jumpa Sya & Firwan & si kecil comel-kiut, borak-borak, nunggu cik puan Huda bersanding, ngambil-ngambil gambar, then, dalam pukul 3 kami pun bertolak balik...

Kepala aku suda sangat sakit, sebab suda sangat lama tak kena matahari, selalu sangat manja duduk di opis beraircond sejuk, bila terkena panahan terik begini, perasaan adalah, aduuu...

On the way balik, singgah kat Masjid Kota Tinggi yang best.
Buat solat jamak-qasar, baring-baring kejap, and cepat-cepat menukar baju.
Oo ye, kami memang bwk baju spare, sebab cadangnya balik dari kenduri mau terus ke air terjun atau ke Tg Balau.

Tapi sebab aku yang suda tak larat, jadinya, mau terus balik ke JB.

Sampai di JB, tiba-tiba, dari jauh, ternampak signboard Carrefour.
Konon-konon ternampak la.
Macam la selama ni aku tatau Carrefour tu memang kat situ.
ahaks.

Aku cakap kat Luna, jom singgah jap. Nak beli sangkar Ciki.
ecehhh...

Luna ok jer.

Sampai kat persimpangan bertingkat tu, aku tatau mau belok mana, sebab dia ada 6 simpang yang berlainan.

Luna cakap, belok simpang 5. Aku rasa, belok simpang 1. Yang sepatutnya adalah terus. Tapi, jalan yang aku amik adalah simpang 6. Wahaha... so kami masuk ke simpang yang salah.

Lalu terowong kecil, carik-cari jalan untuk u-turn, akhirnya jumpa nun jauh kat sana. Then, bila dah u-turn, tersalah masuk simpang lagi.

Termasuk pulak highway pi Perling sana...

Adoi.

Dah sampai highway, aku malas nak u-turn, so masuk kat persimpangan yang lagi satu. And tiba-tiba... ternampak signboard The Store.

And kami pun singgah kejap...

Huh! Kejap la sangat.

Try baju 7, 8 pasang, belek-belek itu ini, akhirnya duduk di situ selama 2 jam.

Balik ke kereta, perasaan adalah sangat lapo + penat.
Nasib baik ada nasik kenduri tadi, so kami pun berkelah dalam kereta...

Lepas makan, start enjin, meneruskan perjalanan ke Carrefour.

aa bukan ke aku ada cakap sakit pale tadi?
ahaks.


Sampai kat Carrefour, belek-belek itu ini lagi, shopping-shopping baju lagi, akhirnya memborong sebijik banglo mewah 3 tingkat untuk Ciki...

aa kopak, kopak.

Sehari suntuk aku berjalan.
Time shopping-shopping tu tak terasa apa pun. Tapi bila part mau drive balik, uuu...

Pukul 10 malam bertolak balik, hampir pukul 11 baru sampai di rumah.

Tapi, oo biasa la.
Aktiviti wajib perempuan di hujung minggu.

Sekian pengembaraan kali ineh.

tapi nape eh. tiap kali ke kenduri kawin kawan-kawan, selalu ada pengembaraan baru? kenapa bukan straight to the point sajer, macam orang lain.
hiks.

Read more...

>> Friday, December 21, 2007

Kelmarin, aku lupa bagi Ciki makan.
Kerana masih sangat terobsess dengan notebook dan broadband yang baru dipasang di rumah ^-^

Jadi, aku biar dia berjalan-jalan sekitar bilik carik makanan sendiri.
[aa? makanan dia ada ke dalam bilik?]

Tiba-tiba, kaki aku ada perasaan geli.
Rasa macam dicubit-cubit.
Tengok-tengok, huh! Rupanya si Ciki tengah dok berusaha mengunyah kaki aku.

Aaaa sesedap rasa btul cicak ijau nih.
Tau la lapo tapi takkan kaki tuan sendirik pun dah tak kenal.

Hampehnya.

Sebelum ni tak pernah pun dia buat camni.
Cakar pon tak pernah.
Setakat garit-garit biasa tu ada la.

Ini sampai berdarah-darah!

Tapi, tak sakit pun.
Cuma geli sikit-sikit.
Ciki mana ada gigi.
Tapi, sebab suda keluar darah, tiba-tiba rasa mau lempar cicak ijau ni ke dinding.
ahaks~

Read more...

>> Wednesday, December 19, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Kelmarin aku cuti.
Setengah hari.
Nguruskan beberapa perkara peribadi di hujung-hujung tahun.

Pukul 12 tengahari keluar opis, 11.30 malam baru balik ke rumah.
Actually urusannya cuma ngambil masa sejam sajer - 20 minit di Tbg Haji, 10 minit di Maybank, dan 30 minit di JPJ.
Selebihnya masa dibazirkan di atas jalan.
Yang d most jem.
Dan singgah jalan-jalan memborong di beberapa shopping complex.
Dan satu lagi disebabkan oleh aku yang selalu sesat.
Sesat maksudnya - Eh, kan ke patut masuk simpang kanan tu?
Sambil aku yang memandu terus ke depan.
Ataupun, Ha tu dia Puspakom. Eh, Puspakom dan JPJ tu benda yang sama ke?
Sambil berenti ditepi jalan menelefon bertanya pada opismate.

Haih pompuan.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Oo ye.
Ini banglo 3 tingkat baru Ciki.
Siap ada tangga bagai.
5 kaki tinggi 4 kaki lebar.
Aku pun bole muat dalam.

Sangat la puas hati.
Walopon untuk membelinya telah mengopakkan beberapa ratus duit tabung aku.
eheh.

So, oke. Azam tahun baru untuk Ciki suda tercapai.
Tahniah.

Read more...

>> Monday, December 3, 2007

Tiap kali pulang ke rumah, buka pintu bilik, nampak Ciki terlentang tergolek dalam sangkar kecil comel, tiap kali itulah berazam mau beli sangkar baru. Esok pergi kerja semula, balik kerja, tiap kali itulah semat dalam hati, "Hujung minggu nanti mesti beli sangkar baru!"

Tapi bila tiba hujung minggu, tuan dia sibuk la pulak dengan aktiviti itu ini. Balik kampunglah, kendurilah, itulah, inilah. Isnin masuk kerja semula, balik kerja berulanglah azam yang sama.

Haih... sabarlah Ciki.

Read more...

>> Friday, November 30, 2007

Aku ada satu cerita mau kongsi dengan kau. Selalunya kalo orang fwd apa2 pun aku malas nak baca kalo panjang lebar. Tapi ntah cemana, tadi boleh terbaca pulak. And it is a very interesting article. Terasa gak la lepas aku baca benda ni sebab dulu ada orang pernah cakap kat aku, "Besar periuk, besarlah kerak." ^-^

-----

"Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J. Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal, "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata
"Some people just don't know what to wish for".

Saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu?

Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata.
Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang tak nak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350.

Hm... cukup?

Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup.

Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2-3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam. -..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata "CUKUP.... ALHAMDULILLAH......"

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia akan menjadi milik kita selamanya..."

Read more...

>> Tuesday, November 27, 2007

Lately, ada satu benda yang sangat-sangat buat aku teruja.

Investment.
And unit trust.

Memula tu hosmet aku la yang sibuk-sibuk cerita pasal kawan dia yang dah dapat pulangan balik dengan pelaburan dia. Then, last month opis aku ada join in dalam PNB Investment Challenge and tetiba terbukak pulak hati aku nak try, tu yang terus terpikat.

Hidup di sini, aku rasa ketinggalan.
Walaupun ramai ke kerja makai selipar dan cuma aku dan beberapa pompuan yang makai heel tinggi bagai, tapi masih rasa ketinggalan; dari segi mengumpul duwet.

Then last few weeks bos aku dok bercerita pasal investment dia yang selalu naik, buat hati aku membuak-buak la nak join sekaki.

So, tadi, time orang tgh sibuk-sibuk lunch, tetiba remiser yang aku call smlm datang... so aku pun join la ngan kak N and kak H berdiskusi dengan dia ni. Aku lebih percayakan dia ni sebab dia memang remiser and bukan takat agen biasa. Both of kak N and kak H pun memang dah lama ada akaun dgn agen ni. Diorang memang dah invest berpuluh ribu and dah dapat pulangan berkali ganda la. So aku je la yang terkedek-kedek baru nak try ni.

Memang la sangat menarik.

Tapi, utk join bebenda macam ni memang tak sama macam ko labur duit kat ASW/ASB tu. Melabur dalam saham biasa, pulangan memang lumayan, tapi of course la berpadanan dengan risiko dia, kan.

And untuk unit trust plak, pulangan kurang sikit tapi lebih stabil la.

Whateverpun memang aku memang nak try jugek sebab aku sukakan risk and aku sukakan duit. Untuk buat MLM business mcm Bye memang aku tak sanggup walopon memang pulangan sangat2 la lumayan. So setelah menimbang tolak tara semuanya, aku rasa takde salah pun mencuba, kan.

Lagipun time muda la waktu nak ngumpul duit, kan.

Hmm, wish me luck k.

Read more...

>> Tuesday, November 13, 2007

Kelmarin sudah, balik ke kampung lagi.
Ngabiskan sisa-sisa raya yang tinggal sehari.
Patut takmo balik sebab minggu sebelum pun suda balik juger.
Cadangnya, bila suda pindah ke Jhr, mau balik cuma 2 minggu skali sajer - minggu 1st and 3rd.

Sebab selalunya bila balik, tade sape kat rumah.
[sebab sbenar - mau save bajet ^-^]
Tapi, kali ini sebab Boy a.k.a adik aku yang lelaki tiba-tiba kata mau balik, aku pun ikut2 la juger.

Tengahari, hari Jumaat, waktu orang siap-siap mau ke solat Jumaat, aku sibuk la pulak balik ke rumah ngemas-ngemas itu ini. Sanggup skip lunch tuu. Petang, balik dari kerja, borak-borak kejap ngan hosmet [patut time ni la aku ngemas-ngemas kan, so takyah la sesusah nak balik tghari tu], cek-cek itu ini, ngambil Ciki, dan cepat-cepat bertolak. On the way, singgah Tesco, sebab cadangnya balik nanti mau terus buat Puding Roti [sebab suda 2 hari ngidam mau makan benda tu].

Dari highway PG, cadangnya mau terus masuk highway Plus. Walopon aku yg kedekut ineh tak suka ditol tapi sebab suda malam-malam, tamau sorang-sorang drive atas jalan, jadi terpaksa juger menderma pada Plus.

Keluar dari Plus, cari-cari simpang ke rumah aku, tiba-tiba, aaa... bole la plak aku terlajak! Sebabnya jalan Skudai-Ptn tu tetiba la plak da siap... time aku balik last week, benda tu belum siap lagi. Haih... nak balik kampung sendirik pun bole sesat.

Gile tensi.

Dah aa penat-penat balik kerja, penat mengharung highway PG yg gile jem, penat shopping kat Tesco, penat ngemas-ngemas itu ini. Ngan aku yang tak lunch lagi.. bole plak la sesat...

Dah aa nak buat U-turn kat tempat-tempat gini memang susah gile! Aih... betul la menguji kesabaran.

Penyudahnya aku pegi U-turn dpn Plaza Angsana yang gile jauh tu! Dekat 15 km tuu. Bazir minyak btul. Kalo tau baik aku ikut jalan dalam jer tadik. Kalo ikut jalan dalam, dari PG tu kena exit depan Plaza Angsana tu jugak. So kira save tak payah bayar tol dua inggit seposen.

Huuu gile bazir! [kata-kata org kedekut.]

Tapi dikala penat-penat menekan clutch + brek ni la tetiba rasa ati membuak-buak nak beli keta auto. Penat oi!

Then, dalam pukul 9 lebih tu baru la sampai Ptn...

Gile kebulur.

Sampai2 jer, amik Ciki, and terus bukak tudung saji.
Nasib baik mak masak sedap. Maklum la anak lelaki dia ada kat rumah, tu yang dia masak special gaknya ^-^

Lepas makan, aku ngan tak mandi, tak tukar baju, terus pukul telur untuk buat puding.

Abah masuk dapur tengok aku sibuk2 pukul telur ngan pakai baju kebaya terus gelak. Hapetah kaedah anak dia nih tetengah malam buta sibuk2 nak buat kuih.

Then tetiba, segerombolan kawan dia datang beraya plak... nambah la tensi aku. Tengah aku sibuk tu la nak kena buat air hidang kuih sume.

Tensi betul.

Then, dalam pukul 12.30 malam tu, puding aku pun siap... baru la aku sibuk2 nak mandi sume.

Dalam pukul 2 pagi tu baru la tido.

Sekian.

Read more...

>> Monday, November 5, 2007

I want a new lipstick.
A new blouse.
A new handphone.
A new shoe.

Lipstick, kerana masuk ni dah 3 kali aku gi opis tak makai lipstick. Kerana aku seorang yang pelupa, maka lipstick, yg selalunya dimakai-lagi waktu lunch, selalu lupa mau diletak kembali dalam handbag.
** Alasan sebenar - aahhh lipstick REVLON yang baru tu mmg beh! Tiap mlm asyik mimpi mau beli.

Blouse, kerana setelah enam bulan di sini, cuma 2 kali sajer aku membeli baju baru (aaa yg selebihnya dipinjam curik dari adik yang suda jauh di seberang).

Handphone, kerana henpon skarang suda on/off sesedap rasa dia.
** Alasan sebenar - wahhh sgt teruja nengok henpon W580i and W850i yang baru tuh!

Kasut, kerana baju kuning harus makai kasut kuning, baju merah harus makai kasut merah. Dan sekarang, aku suda banyak baju hitam tapinya kasut hitam kesayangan suda hilang dicurik waktu raya dahulu, jadinya harus la mencari kasut baru.
** Alasan sebenar - sebab 2 minggu lagi suda Annual Dinner di opis. Dan memang pon kasut hitam aku suda hilang.

Sekian.

Read more...

>> Thursday, November 1, 2007

Petang tadi suda selamat membuat clearance.
Kerana ini, hari terakhir di sini.

Sebagai pekerja kontrakan.

Minggu depan, suda bernombor baru.
Kali ini sebagai permanent staff.
Dan kini, selepas 6 bulan di sini, gajiku naik lagi! lalala~


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Aaa rupanya otak aku lebih ke kiri ya?

Read more...

>> Monday, October 29, 2007

Yes, it's the day.
My birthday.

Sangat terharu bila 12 tgh malam tadi tiba-tiba dapat msg dari bos lama yang ngucap Selamat Hari Lahir.

Bos waktu bekerja di hospital dulu. Hampir setahun yang lalu...

Kata-katanya pendek, "Selamat Hari Jadi, Rin. Semoga impian dan hasrat u tercapai."

Then bila aku reply, bertanya when is his birthday, and kenapa dia masih ingat besday aku, dia cuma katakan, "Dah lepas tapi thank u juga. Maaf kerana ganggu u tidur. Nak bagi u suprise saja. Saya akan sentiasa ingat sebab u adalah seorang pekerja yang terbaik yang pernah saya jumpa. Selama malam birthday girl..."

Seriusly terharu!

Because he is a Chinese guy.

And he took effort to stay late to wish me Happy Birthday!
Dan kerana walopon ayat dia tunggang terbalik, tapi apabila dia katakan - Saya akan sentiasa ingat sebab u adalah seorang pekerja yang terbaik yang pernah saya jumpa." Tiba-tiba rasa mau menitik air mata! T_T

Waaaa how I miss everything back in MMC!
I miss the porter, the nurses, the rooms, and I even miss the smell of hospital!

Read more...

>> Friday, October 26, 2007

Esok aku mau cuti.
Cadangnya mau ngabiskan 1 hari baki cuti bulan ineh.
Mau pulang ke kampung ngabiskan sisa2 hari raya.
Tapi, tiba2, esok, banyak pulak la jemputan ke open house selepas waktu keja.

Jadinya cuti terpaksa dikensel.

Hmm.

Minggu depan, genap 6 bulan bekerja di sini.
And minggu depan, aku dapat status permanent staff!

Yey! lalala~

Read more...

>> Wednesday, October 17, 2007

17 Oktober, Rabu, aku suda masuk kerja.
Haih. Sungguh buring.
5.30 pagi bertolak dari kampung, mandi, siap-siap, dan bertolak ke opis. [mcm jauh bebenar padahal opis ke rumah cuma 3 minit sajer.]

Pukul 7.59, sampai di opis.
Pertama kali lewat kerana sebelum-sebelum ineh jam 7.35 suda berlari-lari anak mengscan fingerprint di pondok guard.

Tapi sangat best sebab walopon lewat, tetap dapat parking betul-betul dpn pagar.
Pelik, sebab untuk mendapatkan parking yg strategik camtu, harus dtg awal gile.
Selalunya 7.15 pun semuanya suda penuh.

Jejak kaki di opis, lengang.

Hari pertama masuk ke opis selepas beraya.
Uuuu.... busan sungguh.

Read more...

>> Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya semua!
Pada Sue, Watie, Aida, Ann, Huda dan semua2 yang selalu2 datang jenguk blog ineh.

Esok lepas keje aku suda mau balik kampung.
[macam jauh jer padahal tiap minggu mmg balik pon.]

Tapi sebab Sabtu suda mau raya, balik kampung yang kali ini lebih mengujakan!

Okeh, jumpa lagi minggu hadapan!

Read more...

>> Wednesday, October 3, 2007

Yang ini Ciki.
The most comel cicak in da world.
Comot sebab aku paksa dia makan nestum hari tu.
Sebab stok sayur dia habis and aku lupa nak beli.

Sekian.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Read more...

Wrong address!

>> Sunday, September 30, 2007

Malam tadi before tido, tetiba tergerak hati nak belek2 henpon kat sebelah. Picit sana-sini, tiba-tiba terpandang alamat rumah yang aku save kat draft. Tetiba, aaa!!! Baru perasan yang selama ni aku bagi alamat salah kat semua orang.

Gile tensen.

Terbaring terlungkup, kanan, kiri, terus tak jadi tido aku.
Of all thing... cemana la aku bole ingat alamat yang salah???

Actually, no. rumah betul, cuma nama jalan yang salah. Patut Jalan 40 tapi aku letak Jalan 43. Patut la banyak orang cakap dah anto kad jemputan kat aku tapi tak sampai-sampai...

Then, pagi-pagi tadi aku bangun, mandi, siap-siap nak gi rumah yang aku terguna alamat dia tu.

Ketuk-ketuk pintu pagar rumah dia, tadek orang jawab. Tiba-tiba terpandang signbod "Untuk Dijual" kat depan tu. Aaa... nambah tensen aku.

Dalam 5 minit try, tadek pun orang keluar rumah pastu aku pun balik...

Gile ah! Dah la aku guna alamat tu untuk semua urusan bank, password sume.

The most tensen btul!

Read more...

>> Friday, September 21, 2007

Bulan ini bulan bonus untuk semua orang.
Aku yang mengira sangat la tensen nengok puluhan ribu yang diorang dapat.
Taun depan azamnya mau pindah keja tempat lain, tapi bila mikir2 pasal bonus, aih... Sape la nak bagik 6 bln bonus camnih?

-----

Ini cerita KL.
*sebenarnya tak sampai KL pun, cuma ngantar Angah ke KLIA sajer.

Hari Sabtu pagi, Abah kejut awal2 ngajak pergi. Kitorang gile ngantuk pasal tgh mlm semalam tu aku baru sampai dari PG. Tido pun tak cukup 8 jam lagi.

Tapi, sebab Abah dah ngajak, makanya semua2 terpaksa mangun...

Angah drive sampai Muar, then Abah nyambung drive sampai umah Auntie Zura kat Senawang. Petang tu shopping sakan kat bazar Ampangan yang gile mahal. Mak ngan Abah ngajak ke Kuala Pilah sebab dulu before ada highway, diorang selalu singgah sana on the way balik kg kat Selangor. Bila dah berpuluh tahun tak lalu sana, tu yang tetiba rasa nak ke sana tu kot.

Malam, Abah ngan Uncle Man amik Boy kat Seremban. Dia naik keretapi dari Sgmt coz ptg tu dia ada lecture, tu yang tak boleh pegi sekali.

Pagi, sahur and nyambung tido balik...

Pukul 9, beramai2 ngantar Angah ke KLIA.
*uuu cam nak ngantar orang pegi haji padahalnya Bintulu cuma 2 jam sajer dr KL.
Sempat la gak berposing2 sakan macam orang tak penah pegi airport. hiks.

Then, balik tu, Auntie Zura satu family pegi Nilai 3. Aku ngan family terus balik coz ptg tu gak aku nak balik PG.

Sampai kat Senawang, masuk jalan dalam.
Sebab mau ngantar Boy ke Sgmt... Berbulan-bulan tak lalu jalan dalam, sgt la rindu dengan suasa jalan2. Dulu, waktu masih duduk di Mlk, tiap bulan balik Jhr, aku lalu jalan dalam.

The most best!
Sebabnya boleh singgah mana2 aku nak.

Kali ini, lalu jalan dalam juger, cuma tracknya berbeza. Dari Senawang, lalu Pedas, Chembong, Mampong, Batu Hampar, Hutan Lipur Gunung Dato'... bila sampai simpang ke Rantau, teringat cerita Aku Budak Minang and Aca. Masa kecik2 dulu aku nangih baca buku ni. Sedeh bila ingat dia kena halau dari rumah and merempat kat rumah atuk dia kat Rantau.

Sampai di Rembau, beli 3 batang lemang complete ngan rendang.
Sampai di Tampin, teringat kesah aku pergi naik keretapi ke Kelantan dulu.
The sweetest memory I've ever had.
Kalo ingat2 balik, I'm truly grateful that I've had those memories.
Bila dah keja2 macam ni, lansung dah tadek masa nak berjalan dengan kengkawan macam dulu.

Dari Tampin ke Sgmt, lalu Gemencheh, Bahau, Gemas, Londah, Bangka Hulu, Batu Anam, jalan yang bengkok-bengkok, buat isi perut aku macam nak terburai.

And at last, nampak jugek la signbod 'Nikmati Durian Segamat' siap ngan monumen sebijik buah durian yang besar tu.

Singgah kat UiTM sebab Boy parking kete dia kat situ.
Tiba2 Angah call.
Dia suda selamat sampai. Suda diambil, dibawak ke hotel pun.
Kitorang yang kat sini tak sampai2.

The most tak larat btul.
Kalo ikutkan hati, mau cuti besok, tapinya cuti aku tinggal untuk raya sajer.

Sampai rumah dah malam, aku masak spageti buat stok untuk buka besok. Siap2 packing barang and tengah2 malam tu drive sesorang balik ke PG...

Sekian, harap maklum.

Read more...

Ciki dan Luna

>> Thursday, September 13, 2007

aaa lusa pegi KL lagik.
Penat seh.
Bulan ni sajer dah 3 kali pi KL.
Jhr ke KL sebenarnya bukan jauh sangat pon.
Tapi still...

So, besok lepas keje terus balik kampung.
Terpaksa tinggalkan Ciki lagi ngan kakak angkat baru dia kat sini coz takkan nak angkut dia skali kan.

Nasib baik la Luna a.k.a hozmet baru aku ni suka ngan Ciki. Kot tak jenuh la aku mikir mana nak numpangkan dia. Aritu masa pi Ipoh pun Luna yang offer nak jaga dia. Tapinya balik dari Ipoh tu bukak jer pintu bilik aku nampak ada penyepit baju dalam sangkar dia.

Sejak bila plak la Ciki pandai sidai baju sendiri.
[aa sejak bila Ciki ade baju?]

Pastu aku tanya Luna apsal letak penyepit baju kat sangkar dia.
Luna cakap, sejak awak pegi Ciki cam murung.
Dia cakap dia tatau cemana nak hepikan Ciki, tu yang dia pi gantung penyepit baju tu bagik Ciki main. Pastu hari tu dia lepaskan Ciki main kat bilik aku. Then, bila dia nak pi keje, dia nak letak la Ciki dalam sangkar balik. Pastu berejam dia carik tak jumpa. Last2 ko tau dia jumpa kat mana?

Dalam longgokkan kain basah yang nak disidai.

Alahai hozmetku si engineer neh.
Cam nak guling-guling aku gelak.

She reminds me sooo much of u, Sue.

Aritu dia tengah call kawan dia kat luar rumah.
Tengah2 borak tu tiba-tiba dia masuk, panggil aku keluar tengok bulan.
Sebab betul-betul kat sebelah bulan tu ada satu bintang.
Memang cantik.
Tapi cara dia cakap, semuanya ngingatkan aku pada ko, Sue.
Sebab muka dia pun sebijik macam ko.
hiks.

Read more...

>> Tuesday, September 11, 2007

Banyak benda mau aku tulis.
Tapi bila kadang-kadang sajer ke CC, dan banyak benda lain yang sibuk dicari, benda yang mau ditulis di sini jadi hilang sendiri.

aih...

Your Birthdate: October 29

You have the mind of an artist, even if you haven't developed the talent yet.
Expressive and aware, you enjoy finding new ways to share your feelings.
You often feel like you don't fit in - especially in traditional environments.
You have big dreams. The problem is putting those dreams into action.

Your strength: Your vivid imagination

Your weakness: Fear of failure

Your power color: Coral

Your power symbol: Oval

Your power month: November



ooo camtu eh?
Tapi coral tu sebenarnya warna hape? Kalo coral yang batu tu kan ke banyak kaler?

Read more...

aaa~

>> Wednesday, September 5, 2007

Berumahtangga adalah sesuatu yang sangat susah.
Sangat-sangat susah!
Especially nyer kalo husben or wife ko adalah seorang yang cantek lawo or kacak kaye.

Contohnya macam tengahari tadik.
Aku menelefon seorang kawan baik waktu sekolah dulu, Ell.
Bercerita tentang itu ini, tentang dia yang baru berumahtangga, tentang kawan itu, kawan ini, tentang semuanya.

Apa kau rasa kalau tiba-tiba kau buka beg laki kau, and kau nampak bil telefon gelfren lama laki kau, and yang membayarnya juga adalah laki kau? Marah tidak?

Aku teringat dulu, beberapa bulan lalu, waktu aku ngan Angah ke kenduri kawin dia, Angah pernah cakap, aa laki dia tu typical lelaki hensem yang ngorat pompuan cantik kat tempat keje.

Ahaks.

Then, dia bercerita tentang seorang lagi kawan aku, yang juga baru berumahtangga, yang selalu bercerita tentang husbennya yang sangat caring, sangat baik, yang itu ini, tapi rupanya kat belakang pernah jugek membuat hal dengan si Ell ni. Tak sangka eh, pusing-pusing balik ke situ jugek. Kawan-kawan sendiri jugek.

Then, tentang seorang lagi kawan yang baru bertunang. Dengan seorang yang kaye... tapi dulu pernah punya gelfren lain yang direject oleh bakal mak mentua. So kiranya 2nd choice la. Walopon bakal kawin dengan hantaran serba-serbi tinggi tapi kan ke tak best bila kau suda jadi 2nd choice. Pilihan ibu mertua. Apa akan jadi pada masa akan datang eh?

Kesian eh untuk sesiapa yang punya husben2 and wife2 yang cantek-lawo/kacak-kaya.

*uu... tiba-tiba aku rasa gerun untuk berumahtangga.

Read more...

Ipoh lagi~

>> Monday, September 3, 2007

Setelah 3 hari bercuti-cuti sakan baru sempat nyambung menulis lagi. 3 hari, aku ke Shah Alam + Subang + Sunway, kenduri kawin anak bespren Abah waktu dia belajar dulu.

Tapi yang di bawah ini, aa.. masih cerita Ipoh lagi. Sebab hari tu aku tak sempat cerita habis.

Oke, so hari pertama di situ, sibuk la kami ke hulu ke hilir mencarik limau tambun. Tatau hapa motif ke hulu hilir sebab patutnya carik limau tambun kat Tambun la kan.

Anyway, setelah lebih sejam mencarik, akhirnya sampai kat Ampang Baru. Angah tak ikut. Sebab dia masih ada rehearsal lagi. So, yang membawaknya ialah Boy yang bertahun2 dulu pernah dok Ipoh tapi skarang 100% dah lupa daratan menyebabkan kitorang sesat sejam.

Jumpa la limau bali tu... Dah la mahal tadek sedap mana pon. Penat jer. Baik aku beli kat Jhr lagi murah and sedap.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Ini gambar waktu senja kat Ipoh. Sangat cantek.

aa best.
Tapi perasaan sebenar adalah ngantuk penat sakit pale campo perasaan mau pensan.

On the way balik dari Ipoh, mau liat2 lagi pemandangan di luar. Tapinya, mau ngangkat tangan pun suda tak larat.

Kau tau kan Tronoh? Da most panas and kering.
Cam Mlk.
Menyebabkan badan aku lembek and kering-kontang.
Tatau pon cemana Angah bole jadik lagi putih dari aku.

Lalu highway tengah-tengah batu besar cantik (sempat bagi diskripsi?), tiba2 ada eksiden depan mata. Dia mau ngelak buah durian jatuh dari lori, kereta belakang langgar berlapis-lapis. Agaknya hujan2 lebat orang tadek nampak jalan kot.

aa oke. Aku tak sempat nyambung nulis lagi.
Mau balik.
Lain kali eh.

Read more...

Cerita konvo

>> Wednesday, August 29, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Pertama kali ke Ipoh, masa aku Form 4.
Ngantar Boy yang masuk asrama di sana...
Kemudian, tiap-tiap tahun aku ke Ipoh.
Disebabkan Mak dan Abah yang rindu ngan anak bongsu mereka.

Tu sebelum ada Aish la.
Then, bila Aish lahir, aku tetap ke Ipoh.
Menyelesaikan masalah adik aku yang bertimbun2 kat sana...
Ngan kena bulinya, ngan dia yg membuli, ngan nak pindah skolahnya, ngan etc etc etc... hiks. Tapi akhirnya dia tamat Form 5 di situ...
STAR... sekolah yang beri banyak kenangan buat aku dan dia.

Kemudian, Angah pula masuk universiti di sana.
And beberapa kali jugek la aku ke sana. Waktu2 mau cuti semester. Untuk ngambil dia dan barang-barang-barangnya. ooo.. mmg gile banyak.

Dan beberapa hari lepas, selepas bertahun-tahun, akhirnya tamat sesi aku ke Ipoh..
Dia suda grad.
Dan Isnin lepas, kami ke konvo Angah.
Ngan Mak, Abah, Aish and Boy.

Hopefully bukan utk terakhir kali.
Sebab aku sangat suka ngan Ipoh.
Aku suka dgn jalan2 di situ.
Aku suka dengan rumah di situ.
Sangat historical, cantek, sunyi, dan banyak gunung-ganang yang lawo.
*sebenarnya mau letak gambar di sini, tapi pendrive bole plak tertinggal kat kete.


-----

Kronologi Ipoh. hiks.

Sabtu, aku keje separuh hari.
Pastu singgah tapau kat Tesco and terus balik kampung..
Sampai rumah dah pukul 4, siap2 and terus bertolak..

Boy naik bas dari Sgmt and pukul 5.30 amik dia di Tangkak.
Tunggu2, makan2, and bertolak semula pukul 7.30..
Memulanya ada ati nak singgah Putrajaya tgk bunga api tu tapi Boy plak terlepas exit... Malas nak patah balik, so dalam kul 9 mlm tu sampai la kat rumah Auntie Sue kat Sunway.

Tido sana, and pagi besoknya dalam kul 10 bertolak la gi Ipoh..
Sampai Ipoh dalam kul 12 gitu, tunggu Angah and Lan a.k.a bf kat Ipoh Parade..
Angah mmg dah kat sana coz dia ada benda yang nak disetel. Pastu shopping-shopping jap and kul 4 baru check-in kat hotel..

Kul 6 tu kuar balik coz konon-kononnya Mak nak carik limau bali kat Tambun nuu.
Gile sesat.
Tatau pon diorang beli limau-limau tu kat Ampang Baru. Tapinya tadek hape yang best pon ngan limau2 neh. Dah aa gile mahal. Baik aku beli kat Jhr lagi murah + sedap.
Pastu pegi stadium lak, konon-kononnya nak makan nasik la.
Tapinya tak jumpa plak tempat yg diorang cakap tuh.. (sebenarnya sesat)
*Boy sesat? aa bukan ke Ipoh dulu suda jadi rumah kedua?

Malam, singgah jalan ke Gerbang Malam.
Ala-ala Jonker Walk kat Mlk tapi sangat la kecik.
*uu.. mmg the most rindu kat Jonker Walk ah.

Anyway, Isnin, bangun pagi kul 6.30, mandi2, siap2, jerit2, (jerit2?) and 7.20 bertolak gi Tronoh... Boy mendrive secara dasat sebab event start kul 8. Masa kitorang sampai tu student tgh queue lagi.

Mak and Abah masuk, meninggalkan kami yang kebuluran kat luar..
Boy ngajak breakfast. Carik-carik orang jual mknan lansung tadek.
Pastu tanya pacik guard, dia cakap cafe kat area-area hostel student.
So aku ngan Aish pon menapak...
Aku, harus la dengan heel bagai.
Cam nak tercabut lutut pon ader.
Pastu Boy amik kete coz kakaknya suda tak larat jalan.
Harus la aku tak larat kan. Maklum la selalunya jarak kete ke opis adalah sekangkang kera.

Yang diorang ni pun tak sistematik lansung.
Ader buat pesta konvo jauh cenggitu. Mana la orang nak pegi.
Tgh makan, tiba-tiba dapat msg dari seorang kwn lama di MMU dulu.
Huu... memang tak sangka jumpa ko lagi.
And, of course la tak sangka, adik ko grad skali ngan adik aku, 'kan.

Lepas makan, nyambung berdiri nonton kat layar tu.
Yes, berdiri!

Of course la kan protokolnya lebih grand kalo nak dicompare ngan tempat aku.
Tapinya, ahh... seperti yang semua orang sedia maklum, tadek hape yang lebih penat selain daripada nunggu orang abis konvo kat luar.

Gile bosan.
And berpeluh-peluh.
And melekit, berlengas sume.
Habis cair mekap aku.
Ngan sun burn lagik.
Ngan baju berlapis-lapis.
*motif pakai baju berlapis sebab baju tu jer yang bersih. baju lain sedang dilaundry. hiks.

Tapinya, sebab dah jumpa kwn, dapat la borak2 kejap ngan dia..
*aa bukan ko rabun, tapi memang aku dah itam skarang, Fit3 T_T

Pastu walopon ada ekon, tapinya tempat duduk langsung2 tak disediakan. Kan ke yang menunggu tu kebanyakkannya atuk nenek and bebudak kecik so bole pulak dibiarkan kitorang ni setengah hari bersila kat luar tu.
aih...

aa oke, aku mau balik. Tempat aku sekarang tak berapa selamat, so harus la aku balik sebelum malam, kan.


to be continue...

Read more...

Ipoh mali

>> Thursday, August 23, 2007

I'm going to Ipoh dis weekend.
For my sister's convocation.

Huuu... lama btul tak ke mana-mana.
Sejak duduk Jhr, rasa macam aku sangat baik.
Balik keje, makan, tido.
Kalo rajin, pegi CC.
Kalo tak pun pegi JJ.
or Giant.
or Carrefour.
Tadek aktiviti lansung! *huu? takde aktiviti?

Suda masuk 4 bulan di sini.
Kejap betul eh.

Semuanya ok.
aa bole laa...
Tapinya, bila time hujan, rasa mau lari-lari balik ke Mlk tercinta. hiks.
Sini, waktu-waktu hujan, baunya uhhh... kau takkan boleh tahan!
Masa baru-baru datang dulu, aku rasa takkan mampu bertahan seminggu.
Tapi bila dah lama-lama, bau tu pon dah jadik serasi.

Uh anyway, Angah suda mau grad!
Tapinya, nex week dia suda terpaksa ke Bintulu.
Petronas.
10 tahun dibond.

Kesian eh.
Tadek geng la aku raya ni.

And lagi satu, untuk pengetahuan kau, aku belum kahwin lagi. And kalau suda sampai jodoh nanti, aku jemput semua-semua. So, janganlah digosipkan lagi diriku ineh ya. hiks.

Read more...

Minyak itam

>> Tuesday, August 21, 2007

Semalam, buat pertama kali dalam sejarah idup, aku mengecheck minyak itam kete.
(sebenarnya kali pertama jugek isi air dalam tank. hiks.)

Sebabnya dah beberapa hari ni, nampak minyak itam tumpah kat porch depan umah. Tatau la kete sapa buat hal tapi saspen jugek la... mana tau kan kot2 kete aku. Tu yang sebagai langkah keselamatan, aku pon mengecheck la...

Nasib baik la bila dah ukur2 semua, kira minyak itam kete aku cukup lagik. Gile ah. Tak penah bukak langsung depan tu... Bab2 kete ni memang aku buta hurup sket. Kalo tayar kete pancit ke, kalo mati tgh jalan ke, sure2 la terpaksa panggil abah to the rescue. Hiks.

It's funny eh, no matter how old we are, where our parents are concern, we're still children. Don't u think?

Read more...

lalala~

>> Wednesday, August 15, 2007

Lots of thing going on lately.

Aku pindah umah baru...
Aku keje tempat baru...
Aku bergaji baru...
Aku pi Family Day opis baru...
Aku dapat increment... [keje baru 3 bln da dpt increment?]
Aku lepak2 CC... [aktiviti yg da lama tinggal sejak zaman skolah dulu..]
and etc etc etc... yang semuanya baru-baru belaka.

tapi, walopon segalanya serba-serbi baru, kenapa eh Melaka tetap jadi tempat yang paling aku rindu.
*hiks. tatau apa releven ayat neh.

Read more...

ntah

>> Saturday, August 11, 2007

Aku sangat sedeh.
Sedeh dan kosong yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Betul, 'kan.

Macam mana kita susun atur hidup begitu sempurna, tapi kadang-kadang memang semuanya takkan jadi semudah yang dijangka....

Read more...

datang kembali... [agaknya]

>> Thursday, August 9, 2007

Tiba-tiba datang rasa rindu dengan blog ineh.
Tiba-tiba rasa mau nulis semula di sini.

Jadinya, selamat kembali, cik puan tuan rumah...

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP