>> Friday, June 27, 2008

Sangat banyak sebenarnya benda yang mau aku nulis di sini.
Tapi tiba-tiba, haih... ramai plak la kawan2 yang datang menyinggah di sini.

So, no more scandalicious stories oke.
hehe.

-----

Hari ini, otak adalah sangat serabut.
A very hectic day.
Sebab, it's our financial year-end.
Sebab, it's audit and closing time for the Finance.
Patutnya takde kaitan pun dengan aku sebab I'm no longer working in Finance.

I'm in HR now oke.
Tapi entah kenapa they still treat us like we're one of them.
Jadi, aku pun terpaksa ikut kelam-kabut setelkan itu dan ini.

Dan otak memang serabut.
Sebab there're tons of work to do, problems with the PSC people, and the IBM, and my boss was not around until next week to help me with things.

hoh. time dia takde ni la boleh plak muncul benda pelik2.

And my other colleague was on MC.
Tinggal la aku berdua dengan cik puan clerk.

Dan salah-satu punca lagi otak serabut kerana penat mikir kereta apa yang patut aku beli. And now, after the pros and cons, I've narrowed it up to either Neo or Persona.

Fuel consumption for Persona AT is 6.6L/100km and Neo is 6.9L/100km.
hmm.

Neo is more sporty but way too small.
My boss said, kalau aku beli Neo nanti mesti Ciki komplen, sebab seat belakang sempit. Sebab nanti dia yang kena dok belakang.

haha.

Whateverpun aku cuma mau kereta murahan sajer.
Sangat membazir kalau membeli yang mahal-mahal sebab aku bukan mau tidur dalam kereta pun.

-----

Oh ye, I'm not looking for Mr. Right.
I'm just living life the way it is.

Cuma, selalu, dalam perjalanan hidup, akan jumpa benda yang tak terduga.
And benda-benda itulah yang menjadi tulisan aku di sini.
Things that I want to remember.
Things yang akan menjadi kenangan.
Things that would mark my life forever.
*hoh macam melampau plak statement

And yes. I'm not looking for Mr. Right, Sya, Aida.

ahaks.

Read more...

>> Wednesday, June 25, 2008

I've always had stories to tell, everyday.
Even kalau aku cakap, 'ah, tatau mau nulis apa' pun mesti ada kesah yang mau aku ceritakan.

Kerana setiap hari dalam hidup adalah berbeza.
Walopon rasa sangat ordinary tapi sebenarnya sangat penuh dengan kaler2.

Contohnya macam hari ni.
Aku pergi ke Income Tax lagi.
*ah~ mesti orang kata, 'alah tiap kali pun cerita yang sama.'

Memang la sama, sebab tempat yang sama.
Of course I'll singgah Angsana.
Of course I'll go to my favourite salon there.
Of course I'll singgah Giant, Pelangi, etc etc...

Tapi setiap kali pergi pun mesti ada kisah yang tak dapat lupa.

hiks.

And so, I went to Income Tax...
Tengah nunggu turn mau jumpa the officer, there's this Chinese guy who sat in front of me kept turning his head around. I thought he was looking at the wall. Sebab cuma tinggal kami berdua saja di situ.

Then, it's his turn to see the officer. After that I thought he was leaving, tapi dia datang dan duduk kembali.

Suddenly, he opened his mouth and ngajak aku berbual.
So oke, we talked.
He works in an architecture firm.
And we talked about lots of thing.
Taxes, work, home, etc etc.
Suddenly, he asked me if I do go out sometimes, other than working 24-7.
Suddenly, he asked me if he could call me sometimes.

haa?

Tak sempat jawap sebab at the same time, that officer dah call my name.
So, aku ingat dia dah balik la.

Then, after 20 minutes, aku keluar, suddenly I saw him waiting at the lift.

Aku tak terus keluar sebab ada urusan lain tak setel lagi.
Tiba-tiba, dia masuk balik.
Ngulurkan sehelai kertas bertulis nama dan no. telefon.

Aku gelak.
Aku tanya dia, "hey biasa buat macam ni ke? we just knew each other for about 10 minutes oke..."

He just smile and his face turned red.

He said, "no la. i just like talking with u. maybe this is my lucky day... if i don't take the risk, maybe i'll never see u again after this."

haha. very the funny oke.

-----

uh~ minggu yang agak weird.

Read more...

>> Tuesday, June 24, 2008

Photobucket


Ini la benda yang membuatkan nama aku ngan my boss kena announce kat airport aritu.

wahaha. glemer u.

Seumur hidup tak pernah la nama kena annouce sebab lambat naik flight. Ini la pertama kali.

The story begins like this.
As usual, dari rumah, kalau mau ke airport akan call encik cab. Sebab tak mungkin la mata aku larat untuk drive pepagi buta kan. Then, dalam pukul 5.30 pagi tu tiba-tiba ada someone call my handphone memberitahu yang dia sudah sampai. Wahh terkejut aku. Sebabnya aku tak pernah call cab guna handphone pun. Selalunya guna office phone and aku tak bagitau nama pun. So cemana dia boleh tau no. aku eh? Oke, pernah jugak la dulu sekali. Tapi that one is like agesss ago! Takkan encik cab tu masih simpan no. aku, kan.

Anyway, sampai KLIA pukul 7.45 camtu wif my colleague, Izat. My boss memang dah kat sana sebab dia kena attend another conference the day before. The first meeting starts at 9.30 at our Energy division. That IBM staff is like sooo annoying sebab asik-asik nak refer kat blueprint. Hape salahnya kalau ikut our new requirement, kan. Then charge je la. Cam tak biasa plak.

Then tengahari, after lunch, me and my boss went to Tractors for our 2nd meeting. Izat balik dulu sebab dia tak involve dengan 2nd meeting ni.

Tractors is like, sooo big.
Maksud aku, bukan bangunan yang besar tapi maybe they don't fully utilise the space sebab tu nampak macam banyak sangat ruang kosong kat opis. Hapa motif ntah dia buat opis besar-besar. Walopon itu Heavy Equipment division, tapi bukannya nak letak stemroll dalam tu pun.

Sooo unlike our own kat sini yang d most sesak and overloaded with things. Memang la our yard besar, and our buildings are a few times larger than theirs. Tapi, ruang still kurang. Macam sangat mampat.

Pukul 5 habis meeting cadangnya nak ke rumah my auntie kat Sunway kejap. Nyuruh budak recept kat bawah tu panggilkan cab tapi sume takmo datang. Dah bos aku dari tadi dok pujuk ngajak balik skali and aku pun dah tak larat mau nunggu cab so ngikut je la. Sampai sana tukar tiket pukul 7.30, and still ada masa lagi sejam setengah. Tatau pun nak buat apa so kami pun merayau dari satu kedai ke satu kedai.

Sampai kat parfume shop tu as usual la aktiviti mentry. Selalu kalau pergi seorang, tak mungkin la akan beli, kan. Tapi kali ini pergi berdua, telah terpengaruh sesama sendiri, hampir-hampir aku membeli 2 botol parfume. Akhirnya ngambil satu sajer - that Provocative Woman from Elizabeth Arden. 3 botol yang kat rumah tu pun tak habis lagi. My bos plak tak pasal2 angkut 2 botol parfume hasil mulut manis aku. hehe.

Tiba-tiba tanpa disedari, ehhh... dah pukul 7.15! Another 15 minutes to go and kami tak check-in lagi!

Tengah sibuk berlari-larian tiba-tiba terdengar announcement.

Yezza... buat pertama kali dalam hidup nama kami disebut di KLIA.

haha.

Read more...

>> Monday, June 23, 2008

Last few days, sedang aku sibuk ke sana ke mari, tiba-tiba seketeri my boss datang bertanya.

"Rin, awk bawak kete Iswara putih kan?"

Memang la.
That's the only car that I have for the past few years.

Then dia cakap, "Laa penatnya saya cari. Awak rupanya!"

Of course la aku saspen kan. Mana tau kot aku penah langgar kete sesapa, kan.

Tapi sebenarnya takde apa pun.

Someone has been sending her messages asking her to help him find the girl with brown hair, driving white Iswara working in this building. He said that his boss, a project mngr, wants to berkenalan.

again?...

Are there such thing as love at first sight these days?
And at my age?

haha. very funny.


Ok, lets say u saw someone u like, walk passed by.
Then, adakah rasa mau nyuruh your anak buah cari-cari siapa pompuan tu, when he himself didn't even know who she is, and what's her name?

And the only thing that he knows is the color of her hair, and the car she drove.

Kelakar, 'kan.

Macam jiran depan rumah yang nyelit nota mau berkenalan kat wiper kereta dulu.

wahaha.

-----

*huih beraninya aku nulis cerita-cerita begini kat blog. bukankah di sini untuk yang manis-manis saja?
...

Read more...

>> Sunday, June 22, 2008

Last Thursday, I went to CS again.
For those yang tatau, CS = City Square.
Untuk ngambil spek yang ditempah minggu lalu.

Cadangnya, balik kerja pukul 5 lebih, mau terus ke sana.
Tup-tup tengok, wahhh sangat banyak benda yang harus disetel.
Jadi, pukul 8.30 malam baru keluar dari opis.

Sangat penat, sebab otak yang diperah sepenuh tenaga sehari suntuk dari pagi.
It's different kalau kerja yang tak berapa memerlukan konsentrasi.
Bekerja menyelesaikan masalah, dan bergelumang dengan nombor, buat kepala sangat sakit.

Dan ya, penat.

Anyway, sampai di CS dekat pukul pukul 9.30.
Itupun sebab jem yang mak ai...
Telah memecut dengan dasat, sebab takut tak sempat sampai sebelum kedai tu tutup.
Tapi mau memecut dengan cik Kancil, oh well...

Lepas amik spek, and beli Auntie Anne's pretzel yang bes tu, terus bayar parking, and terus ke lif.

Tiba-tiba, aaa... lif suda tutup.
And aku tak ingat park kat mana sebab time datang tadi sangat kelam-kabut sampai tak ingat level berapa.

That's why aku mau terus ke lif.
Sebab yang aku ingat, tadi dalam lif tu tulis, level B*, 1, 20, 30+++
Sebab ada satu B sajer, so aku bole tekan terus.

Tapi sekarang, macam mana?
And aku suda bayar parking!
waaa...

Then, aku terus turun escalator, ke level B2.
Pusing-pusing satu car park, tak jumpa kereta.
Oh ye, sebab aku baru beberapa hari gunakan kereta tu, jadi no. plet pun tak ingat la.

Hey, it's common oke.
Sesapa pun takkan ingat no. plet kalau gunakan kereta baru kan.
'kannn?...

Then naik ke level B1. Pusing-pusing lagi, siap tekan alarm kete sebab, well... u know. hehe.

Setelah penat berlari-lari, akhirnya jumpa kereta comel di level B1.

wahaha.

Gile ah penat ding-dong.
Penat sampai aku gelak ngan dasat dalam kete.

I always laugh like mad when I felt tensi.
Nape ntah.


-----


I'm lost.
Totally lost.
Cari-cari-cari tapi kenapa... masih tak jumpa jalan keluar, lagi.

am I looking, but not truly seeing?
hmm.

*oh ini cerita lain. takde kait-mengait dengan cerita hilang di CS tadi. sekian.

Read more...

>> Saturday, June 21, 2008

Tapi, aku cuma berazam mau kereta baru.
Bukan nak beli sekarang pon...

Tapi, kete aku dah jual.
So, takkan nak terkontang-kanting harap kete my mum je kan.
And, takkan Abah nak kena hantar dia pegi keja tiap ari kan.

So maksudnya memang kena beli kete baru gak la...
'kan?

haih.... kopak la aku bulan ni.

Anyway tadi dah 6 kedai kete kitorang survey. And next week nyambung survey kat JB plak. Right now cuma ada 3 choice dalam kepala. It's either GTI, Neo or Honda City.

Hyundai Coupe?
Out.

Sebab maintenance yang sangat tinggi.

Persona?
Out kot.

Sebab... ntah.
Tak berapa bes kot.
Sebab macam kete makcik2.
Sebab... ntah.

My dad sgt suka Waja.
My mum vote for Vios.

No wayyy I'm gonna buy a Waja.
No offence but it's so gemok dan burrrokkk!

Tetiba rasa cam Mazda Lantis pun bes.

ah lantak ko la.

Read more...

>> Friday, June 20, 2008

Remember my car? The one that was rosak a few days ago?

Yaaa telah selamat dijual tadi.

Tatau pun sebab I've been using my mum's car as this while.
Then, tadi aku balik kampung sebab tomorrow mau neman my mum pergi kenduri kat Pulai Spring.

Then, tiba-tiba Abah cakap, "Along, kete dah jual."

aa?... cepatnya.

My beloved white Iswara Aeroback.

Been using it since my uni years...

Gosh...... sangat banyak kenangan dengan kereta tu...
Sangat-sangat banyak.

Yang pahit, yang manis semuanya ada.

It's a tough car.
A really damn tough car.

Ye la, sebab aku bukan seorang yang sangat ngambil berat tentang hal kereta. Radiator, temperature, minyak itam, semuanya memang aku tak pernah cek. Bonet depan pun pernah bukak beberapa kali sajer. Dan pagi-pagi, walopon selalu tak sempat panaskan enjin kereta, tapi lansung tak pernah datangkan masalah pada aku. Tayar pun aku pernah pam sekali jek. Langgar lubang, langgar panghadang jalan kat JJ tu sampai bengkak-bengkak kemek sport rim tu tapi tak pernah pun meletup ke hapa.

hmm... gonna miss u terribly, dearie car.
didn't even get the chance to say gudbye properly.
...

uh~ feeling a bit emotional right now.
sob sob...

Read more...

>> Wednesday, June 18, 2008

Ya, that's me wif my sis and her fiancee, Lan during their Engagement ceremony.


Photobucket


They both study at the same uni, work at the same company walopon sorang kat Bintulu, sorang kat Miri, but still... the sama negeri, kan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Rombongan pihak lelaki dari Perak singgah kat Rembau dan angkut semua sedara-mara, and sampai rumah aku tengahari Sabtu tu. 10 kereta.

My mum cakap, buat simple-simple je.
Tapi, her 'simple' means, ada sate, nasi ayam, kuih yang berlambak, khemah 2 buah, tetamu 300, kad jemputan bagai, souvenir for tetamu -> tikar sarawak + bunga rampai + baulu gulung ++ntah apa lagi.

And rumah aku pun dah berubah wajah.


Photobucket


This is the hantaran from pihak perempuan. Kami tak sentuh apa pun. Semuanya kawan my mum yang siapkan. Semuanya offer mau buat. Bunga rampai orang sponser. Kuih-muih orang sponser. Itu ini pun banyak yang disponser.


Photobucket


Patutnya that day aku tak dapat balik pun. Disebabkan bos gila yang tak mengapprove cuti. Sebab kebetulan, that day ada important event kat opis. Tapi aku mmg nak balik jugak walau apapun terjadik, that's why la gambar aku boleh ada kat sini.

And this is one of the hantaran from her fiancee.
aa nampak tak apa tu?


Photobucket


Yesss buku!

Dulu aku pernah cakap kat my sis, aku nak buku jadi my hantaran, sebab that'll be one thing I appreciate most. Bole plak la dia tiru idea aku.

Okeh, setakat ni jek. Nak tulis panjang-panjang tapi arini takde idea. Lagipun aku nak balik. Penat.

Bye!

Read more...

>> Monday, June 16, 2008

Ini adalah cerita Family Day opis aku 17 dan 18 May yang lalu.
Wahhh that thing took place like ages ago, and hari ni baru sempat mau cerita.
uh~

Anyway, we went there on Saturday morning.
Pukul 8 gerak. Aku, Luna and her fiancee.
Luna ngajak naik bas sebab our company provide 7 buses to go there.
Tapi aku takmo.
Sebab ada banyak benda mau dibuat di Mlk.
Mau ngambil baju yg dah siap tempah.
Mau pergi Jonker Walk.
Mau singgah opis lama, mau etc etc.
That's why la terpaksa drive.

Singgah Ptn sebab nak tukar kereta.
Bawak kete my mum sebab kete aku belum diservis lagi.

Then, on d way, singgah kat food supplier sebab Luna mau beli stok kerepek. She got engaged to Az the week after that, and waktu kitorang pergi tu dia baru nak prepare2 barang la.

Then, sampai kat Parit Botak, kami pun masuk la ke highway Ayer Hitam...
Dalam pukul 12 lebih camtu baru sampai Mlk.
Tak terus pegi Waterworld pun sebab aku nak amik baju kat town.
Then, tiba-tiba bebudak lain call ngajak konvoi sekali.
Sebab semuanya tatau jalan kat Mlk.

So, oke. Kitorang pun tunggu la kat tol nuu.
Aida and family, Elina and family, and Ti and family.
Total of four cars.
Tak banyak pun tapi, haih... konvoi memang la sangat menyusahkan memenatkan.

Aku tak kesah pun sebenarnya.
Tapi sebab registration kat Waterworld tu open sampai pukul 4 jek so memang sangat la kekurangan masa, kan. Lain la kalau kami pergi ikut trip sendiri.

Dah la kat Mlk tu gile banyak trafik light.
Kalau sorang lepas, 3 tak lepas, kena la nunggu lagi.
So dalam perjalanan ke town tu mau dekat sejam lebih.
Ngabiskan masa dengan menunggu.

First of all, singgah kat tailor favorite aku.
Amik baju yang ditempah beberapa bulan lepas, and ngantar 7 helai baju lagi yang ntah bila nak amik. Tak suka tempah kat Jhr sebab semuanya buat tak menepati citarasa.

Then, pergi ke Mahkota Parade, sebab aku nak beli roti kat Patisfrance. The best bakery ever! Dulu, tiap kali balik kerja, mesti singgah sana, beli roti. Kat Jhr aku kurang makan roti sebab semuanya tak best.

Then, diorang nak pergi shopping complex kat Dataran Pahlawan tu. So beramai-ramai la kami berangkat ke sana...

Ini Irfan.
Nangis sebab kena paksa duduk ngan kak Rin time mummy dia mkn. He's the most comel kid ever! And cute and wahhh I'm so addicted to him! And dia dok sebelah umah aku jer. hiks.


Photobucket


Luna and Az. Seminggu lepas Family Day tu diorang selamat bertunang dah... congrates ^-^


Photobucket


Lepas pergi kat Dataran Pahlawan tu diorang nak pegi amik gambar kat A Famosa tu pulak. Gile ah. Dah pukul 4 tuu. Aku, Luna ngan Az dah agak bengang la sebab tanak nanti ada problem pulak nak register bilik. Kang tak pasal-pasal merempat kat sana. Lagipun Waterworld kat Alor Gajah tu bukannya dekat. Tapi semuanya macam tak kesah jek.

Dalam pukul 5.30 tu baru kitorang gerak. And dekat pukul 7 baru sampai sana!

Tup-tup tengok, uwaaa dah takde orang! And takde name list pun kat kaunter. Aku la yang bersusah-payah call AJK sana-sini. Nasib baik kak Wan [one of the AJK], tu baik ngan aku. Kot tak, mau semua bentang tikar kat lobi tu.

Tak sempat tengok bilik pun sebab dinner dah nak start.
So... here it is - Dinner at A Famosa Waterworld.


Photobucket


Esoknya, lepas breakfast and mandi-manda kat sana, dalam pukul 3, terus ke Pantai Kundur. Sangat ngantuk. Baring-baring, tidur-tidur, ngambil gambar itu ini.

Hape sebenarnya ntah yang aku cuba buat.


Photobucket


Then, terus ke Bandar Hilir...
Waktu lalu di jambatan tu, tiba-tiba ternampak something yang macam best. Rupanya Eye on Mlk. Tatau pun kat mana kedudukan sebenar benda tu, so kami pun berpusing-pusing la mencari.

Rupanya kat depan Mahkota Parade tu sajer.
Sangat ramai la makhluk kat Eye on Mlk nih. Tapi sebab dah alang-alang, kami beratur juga. Waktu kami lalu semalam, baru perasmian Menara Tamingsari nih. And tiket dia cuma sepuluh ringgit sajer. Itupun kena tunjuk I/C. Kalau tak tunjuk I/C kena bayar RM20.


Photobucket


Then, kami duduk di MP sampai malam.
Pukul 8, pergi ke Jonker Walk, and terus balik rumah.

Penat yang tak dapat nak digambarkan.
Aku ngan Az tukar2 drive sampai Jhr.
Luna tak drive.
Kami pun takut nak bagik dia drive.
ahaks.

Read more...

>> Sunday, June 15, 2008

I've always love motorbike.
Always.
Superbike, scrambler, kapcai, etc etc.


Photobucket


And suddenly, when my car broke down a few days days ago, I feel like changing for a new thing.

And I feel like buying a motorbike.
Walopon tadek lesen motor, I can always take one.
Walopon tatau bawak motor, I can always learn.
'kan......

Tapi harus la dibangkang dengan sekeras-kerasnya oleh my mum.

Kerana aku adalah anak yang baik, maka harus la lupakan impian.
Jadi, azam taun ineh cuma mau kereta baru.
And it's either Hyundai Coupe or Satria GTI.
[aa... dah tengah taun baru ada azam?]

I've been in love with that Coupe since my university years.
It makes my heart beats faster when I look at one.
haha.

Tapi... Hyundai?

Maintenance yang sangat tinggi.
Sparepart yang mahal.
Harga yang jatuh menjunam bila dijual balik.
etc etc.

*sigh*

But I want it!
Really, trulyyy want it!

And my boss says that I can get staff discount if I buy any car distributed by our Motor Division. And I don't have to pay for the interest.
So, that's another advantage, kan...

humm.

Satria GTI is also oke.
But I don't really like it since it's a Malaysia car.
A typical Malaysia car.
But still, better than Neo or Waja or Myvi.

ntah. tengoklah.


-----


Yesterday, when I was driving back from Tebrau, suddenly it just struck me that lately, I've been spending too much time chatting.
In YM.

Been neglecting the habits that I used to have before.
Reading before sleeping, playing games, SIMS, Photoshop, etc etc.

hummm...

Before this, balik dari kerja, harus la kan aku membuang masa bermain PC game.
And I always slept at 10.

But lately I've been sleeping around 12 or 1 am.
No wonder la perasaan adalah sangat penat di opis sejak beberapa bulan ineh.
uh~

I've stopped YMing for the last few years.
The last time I've been an extremist in YM was during my university years.
Harus la kan.
Dulu-dulu waktu zaman muda remaja.
Waktu ramai peminat, kan.
ahaks.

Tapi kenapa tiba-tiba suda nyambung berYM balik?
Really gotta stop now.
or I'm going to be addicted to it the way I used to be.
hmm.


-----


Rin,
You did the hard part -- now all you have to do is wait. Wait for the right time, the right person, or the right opportunity to present itself. Then you will be able to make things happen. Get comfortable with waiting, because it's usually worth it.

...

This is me talking to myself.

So, oke.
I'll wait.

Read more...

>> Saturday, June 14, 2008

Oh banyak sebenarnya yang mau aku cerita.
Kisah Family Day di Melaka.
Kisah meeting di KL.
Kisah my sis's engagement ceremony.
Kisah bercuti-cutian 3 hari [oo sangat susah mau bercuti lama-lama di sini tau].
Kisah transfer ke section lain.
Kisah kerja.
Kisah itu dan ini.

Ya, seperti yang aku katakan, 15 hari punya cerita terperap berlonggok dalam otak.
or is it 16?...
ntah.

Walopon bukan satu tempoh yang lama tapi sangat la banyak benda yang jadik.

Oke, where to start?
...

uh anyway, it's finally Saturday.
Hapa nak buat petang ni yeh?
I'm thinking of going to JJ Tebrau.
Bukan bershopping-shopping oke.
Maybe ke Harris sajer.
Sangat lama tak membaca novel.
Maybe duduk di sana sampai malam?
uh~~
Selalu ke sana harus la berseorangan.
Kalau membawa sesiapa, haruslah aku balik awal, kan.
Maklum la, tadek sapa pun kat dunia ni yang suka membaca secara extreme.
Well of course, except me, and my family.

Bye!

Read more...

>> Friday, June 13, 2008

This is one of the worst week ever.
Ever, ever, ever!

On Wednesday, balik dari Income Tax office, pukul 6.30 petang, [aa 6.30?] tengah mengharung jalan jem di Permas Jaya, tiba-tiba, nampak enjin kereta berasap.

Wahhh sangat saspen!
Tak pernah la seumur hidup aku ngalami enjin kereta berasap.
Dan sendirian pulak tu.

Bak kata Abah, "Dia ni tau bawak kereta sajer. Terbaring terlungkup kete tu lansung tak amik tau."

ahaks.

Anyway, sebelum tu masa aku keluar dari City Square, memang dah nampak air ijau keluar dari enjin. So, memang dah agak la ada something wrong dengan radiator tu, kan.

Tapi nape kat CS?
Oh ye, biasanya balik dari Income Tax, aku memang akan singgah semua tempat. That's why la aku nampak air ijau tu masa kat tempat parking CS. Tapi masa kat parking Angsana takde apa pun.

Then, lepas nampak asap keluar tu, on d spot la aku ke tepi and matikan enjin kereta... Time tu baru nak sampai kat jambatan Permas. Jalan adalah d most jem. Nasib baik la ada Shell kat sebelah tu. Kot tak mesti tebal dah muka aku tahan malu.

Then, nak dijadikan cerita, time tu pulak bateri henpon aku abis...
Yang aku ingat nak call cuma no. Abah jek.
On d spot la Abah cakap, "Haa tunggu situ. Jap lagi Abah sampai."
Maksudnya lagi sejam stengah la kan sebab Abah dok nuu kat Ptn sana.

haih.

Pastu aku park kete kat Shell tu, malas nak call kawan2 lain sebab henpon aku memang dah takleh on and lagipun Abah dah on d way, kan. Then, aku tanya kat budak pam minyak tu, kat mana ada public phone.

Dia cakap, "Public phone dah tak wujud dah dikkk."

aa... tapi apsal dia panggil aku adik?

Anyway, sementara nunggu sejam stengah tu berlalu, aku pun melepak-lepak minum air milo kat Petronas sebelah. Tak tensen pun. Tatau kenapa, tapi perasaan aku cuma nak gelak guling-guling.

Pastu, Abah pun datang.
Dengan my mum and my brother.
Tetiba rasa sangat menyusahkan sebab patutnya aku call kekwn kat sini sajer.
uh~

Then, diorang bawak balik kereta aku untuk direpair and aku guna Kancil comel itu di sini...

-----

Kisah kedua, on Thursday.

Tengahari, aku mau ke CIMB di bandar.
Lunch hour la kan aku pergi.
Selalunya kalau parking tepi sekejap, tak kesah la, kan.
Tiba-tiba, keluar dari bank, huargghh... telah mendapat surat saman dari encik polis.
Tensi sungguh!

Balik dari kerja, perasaan adalah masih hot and spicy.
Masuk bilik nampak Ciki baring bersenang-lenang dalam sangkar.
Sangat jeles lalu aku amik and masukkan dia dalam washing basin.
Dia sangat marah.
haha.
Di tengah malam buta, Ciki kena mandi.

-----

Kisah ketiga, pagi ini.

Aku sudah kelam kabut mau ke opis. Tiba-tiba, mau ngunci pintu pagar, mangga SOLEX yang besar gedabak tu boleh jatuh hempap kaki.

Gile ah sakit ding-dong.

Dah la kaki kiri aku tamau baik.
Ni nyambung kaki kanan.

And hari ini aku nyambung ke opis dengan makai selipar.

Sekian.

Read more...

>> Wednesday, May 28, 2008

Hari ini, pertama kali makai heel kembali, setelah 2 bulan berselipar buruk ke opis. Huwaa... the most uncomfortable. And sebijik macam encik bangau pulang petang. Tatau pun apa sebenarnya terjadi dengan kaki aku. Patutnya kalau terseliuh pun takkan lama begini kan? Or adakah kerana aku tak pergi berurut?

Tapi doktor cakap jangan diurut.
And aku kalau boleh memang tanak berurut kaki pun.
Cukup la pergi sekali hari tu, sampai menitik air mata aku menahan sakit.

Tapi... ini suda 2 bulan! So hapa sebenarnya?

And tomorrow I'm going to KL for a meeting.
Adakah harus makai selipar?
Huu... meeting with big bosses dengan makai selipar?
Berjacket berseluar slack dan berselipar?

Atau adakah patut bertshirt dan berseluar jeans untuk memadankan dengan selipar?

haih kakiku.

Read more...

>> Sunday, May 25, 2008

Photobucket



Di sini, tiap kali pulang dari opis, waktu jalan ke tempat parking, aku suka mandang ke atas.

Langitnya selalu biru, dengan angin yang sedap, dan banyak burung lalu-lalang.

Ye la, walaupun di celah-celah jentera dan kren yang tinggi-tinggi, tapi pemandangan adalah masih cantik.

Dulu, waktu di Mlk, cuaca adalah sentiasa panas.
Dan selalu, aku balik dari kerja, keadaan suda gelap-gelita.
Tadek peluang pun mau mandang-mandang langit di atas.
Kalau ada peluang sekalipun, takde apa yang boleh aku tonton.
Opis lama aku, adalah di celahan bangunan yang tinggi melangit.
Dan jalan adalah sangat sibuk dengan kereta.
Kalau ada burung yang berkicau pun, suda tenggelam dalam bunyi hon yang tak berhenti.
...

Oh, sebenarnya di sini taklah seburuk yang disangka.

Read more...

>> Saturday, May 24, 2008

Photobucket


I'm addicted to this thing.

Dried mangoes.

Bunyinya macam tak sedap.
Bungkusannya pun biasa-biasa.
Tapi, uh... don't judge a book by its cover.

Pertama kali rasa, waktu encik bos bawa pulang ini berjenama Cebu 99, sovenier dari Manila.

huu...

Then, cari-cari-cari, akhirnya jumpa di JJ Permas.

RM8.50 untuk beberapa gram sajer!

haih... kenapalah sangat suka memperkenalkan aku makanan yang sedaps tapi mahal.

Mahal kerana beberapa kali kunyah saja suda habis sebungkus.

Adalah lebih baik jika aku tak kenal.
Sebab bila sudah kenal, akan membeli tanpa mengira masa harga.

Contohnya macam cheese cake.

My sis introduced it to me when I was in my 2nd year at uni.
The most addicted to that thing sampai dulu pernah berbuka di tengah jalan gara-gara tak sempat sampai rumah kerana kemaruk membeli benda tu.

haih...

Read more...

>> Sunday, May 11, 2008

Semalam, buat pertama kali, jejak kaki ke Danga Bay.
Pertama kali you! Jangan tak caya.

17 tahun hidup di Jhr, dan setahun lebih duduk di JB, baru pertama kali jejak kaki kaki ke sini...

See? Betapa lama aku terperap kat rumah.
ahaks.


Tapi, uh~ dah setahun lebih rupanya aku kat sini...
another year had passed...
another year older...

haih.

Actually, last nite, a friend of mine ngajak makan di Stulang Laut.
Kali ketiga ke sana.
Pertama kali dulu waktu course beberapa tahun lalu, ketika masih nuntut di uni.
Kali kedua, waktu annual dinner opis di The Zone.
Yang ini, ketiga.

Makan nasik goreng seafood yang the most banyak.
Digoreng atas flat pan.
Dan dibungkus dalam daun pisang.

Sampai arini aku kenyang.
Tapi tadi dah makan Nasi Ayam Penyet juga.
Patut takmo makan sampai mlm. Tapi sebab kwn ngajak makan, so makanlah juger.
Tapi tadi baru tau, Ayam Penyet yang selalu aku makan tu, rupanya ayam kampung!
aa... to tell u the truth, kaloau aku tau itu ayam kampung, memang tanak makan dah. Walaupun nasik tu memang one of my favorite, tapi lepas ni rasanya tak pegi dah restoran tuh.

ahaks.

Tapi, mekasih to Mel sebab belanjer.
And also for the company last nite.
hiks.

Ok berbalik pada kesah tadi.
Haih banyaknya iklan.
Anyway, lepas makan di Stulang, kami terus ke Danga Bay.
Selama ni ingatkan tempat tu cuma deretan kedai-kedai.
Tatau pun di sebalik kedai, ada banyak benda lain.
Ada tempat sewa basikal.
Ada basikal ala-ala beca, ada mini train, bot, cruise, live band, etc etc.
And there's a place like dataran there.
Around 1.30 am tu pun still ramai lagi kat sana.
Sangat teruja tengok diorang naik basikal.
It's been a while since I last rode a bicyle.
Tetiba terasa nak beli basikal sendiri.
Tapi bila masa ntah aku nak naik basikal tuh.

And sangat la ramai family dok melepak-lepak kat situ.
It's been a while since I last lepak-lepak dengan frens macam ni.
Has been such a homely person lately.
Kalau keluar pun biasanya ke shopping complex sajer.
Better not make this a habit.
Nanti keje aku kuar malam je kang.
Bukankah telah menjadi sangat baik sekarang?
ahaks.

Oh ye. Tiada gambar untuk kali ineh.
Next time pergi sana harus la membawa kamera yeh.
Sekian.

Read more...

>> Friday, May 9, 2008

Semalam adalah Jcard Day kat JJ Tebrau.
Selama ni tak pernah teruja pun nak pegi Jcard Day camtu.
Tapi sebab ada a few things I need to buy, and that thing cuma ada kat JJ, jadi berusaha jugek la mengharung jem selama 2 jam utk ke sana.

Haihhh tak pernah la seumur hidup aku nak pegi JJ amik masa sampai 2 jam. Melampau betul. That's one thing I really hate about Jcard Day.

Tapi bila dah sampai sana, agak berbaloi la kot kepenatan aku yang baru balik keje, mengharung jem yang dasat, mendrive kete manual cenggitu.

Ye, sebab telah berjaya memiliki ineh!


Photobucket


My black luggage memang dah koyak waktu travel aritu. Then, sejak neman my sis beli her red luggage kat Pelangi last month, membuak-buak la pulak perasaan nak beli luggage merah jugek. Setelah mensurvey-survey sekian lama, akhirnya jumpa yang menepati citarasa...

aaa sangat best!


Photobucket


Cadangnya memang mau beli itu, beberapa stok makanan, jalan-jalan sekejap, dan terus balik. Tapi yang sebenar, tak mungkin la itu yang terjadi, kan.

Sebab time tengah jalan-jalan, di kiri-kanan terpampang tanda diskaun yang agak dasat. Nampak beberapa handbag yang tasty, teringat plak Mother's Day next week.

Aku tak pernah pun belikan mak handbag sejak keje dulu. Tetiba rasa macam nak belikan plak sebab teringat yang most of my frens bought handbag for their mum as a token of their first salary. Tapi aku, ntah salary yang ke berapa ratus dah nih baru nak bagi kat mak. ahaks.

Ala bukan apa, parents aku punya taste ni tinggi sikit. Kalau terbeli something yang tak menepati citarasa kang tanak plak diorang pakai. Tapi tak kesah la pun. Suka tak suka pun aku bagi je la kan.

Then, jalan-jalan lagi. Kalau ikutkan hati nak je aku borong baju-bajuan semua tuh. Memang the most delicious btul. Tapi harus la kuat semangat kan. Tapi aku tengok-tengok jugak kot ada jacket yang tasty. Nasib baik la takde. And akhirnya, pertama kali dalam hidup, aku berjaya tak membeli baju time sale dasat cenggini. Yey!

Tapi kopak jugak la poket aku nih. Beratus-ratus terbang dalam masa 2 jam lebih. Nasib baik la Jcard Day ni tak buat time hari cuti. Lagi lama aku kat situ lagi kopak la aku gaknya.
haih~

Read more...

>> Sunday, May 4, 2008

My mum adalah peminat AF yang extreme.

Semalam, ada sambutan Maulidur Rasul di taman perumahan kami.
Dari pagi, aku dan emak sudah merewang di dapur membantu apa yang patut.
Tapi aku, cuma sejam dua saja di sana. Selebihnya masa dihabiskan dengan mengadap PC dan menonton tv.
Emak, dari pagi, membawa ke tengahari, terus ke petang, dan malam di sana.
Sehari suntuk.

Selalu, kalau ada waktu senggang, dia akan nonton tv.
Dan rancangan wajib, of course la Diari AF kan.
Suda nonton banyak kali pun masih tetap ulang-ulang lagi.
Sampai pening kepala aku.

Samalam petang tiba-tiba dia teringat yang malam nanti ada konsert AF.
Terus dia mengeluh.

haih.
Seumur hidup tak penah la nampak mak aku jadi penonton tv yang extreme begini.
Tatau pun apa yang bes sangat dengan AF tuh.
To tell u the truth, aku sebenarnya agak meluat dengan AF.
Sebab... ntah.
Sorry to say tapi rasa macam ia cuma rancangan kosong yang tadek faedah apapun.

and nyampah juger.
Sebab salah satu lagi tujuan aku balik kg kerana mau nonton channel Travel & Living.
My fav Globe Trekker.
Dan kalau mak aku suda nonton Diari AF (yang diulang-tayang berpuluh kali), tadek peluang la aku mau bermalas-malasan melepak-lepak menghayati rancangan favourite aku tuh.

Malam tadi, ada ceramah sempena Maulidur Rasul.
Jadi, dia tak dapat nonton konsert AF.
Aku dengan gembira, nonton channel E! and my fav Travel & Living.
Dekat pukul 11.30, tiba-tiba aku terfikir, "alamak aihh.. terlupa plak nak tengok sapa tersingkir!"

Kelam-kabut tukar channel.
Tapi, malangnya konsert suda pun habis.
Masuk bilik tanya my bro yg tengah asyik berinternet, "Aish, rasa-rasa sapa tersingkir eh?"

Dia cakap, "laa kan along yang tengok tv tuh."
Then, dia pun cepat-cepat tukar tv mana tau kot ada sesiapa bg ulasan extra tentang konsert AF tuh.

Malangnya tadek.

Pukul 12, my mum balik.
Masuk-masuk bilik, tanya aku, "along, sapa tersingkir?"

haih... mak aku.

Read more...

>> Saturday, May 3, 2008

Balik kampung, setiap kali pun, adalah penat.
Maksud aku, bukan penat kerana perjalanan. Tapi penat oleh aktiviti yang sangat padat di kampung.

Perjalanan pun adalah penat juger kerana jem sepanjang jalan dan kerana clutch kereta manual. Tapi no way it can match betapa penatnyeh aku beraktiviti di kampung.

Kelmarin, aku sampai rumah, hampir 12 malam.
Itu ini, makan, online, tengok tv, dan terus tidur.
Pagi-pagi bangun, tengok tv, dan terus masak untuk breakfast.
Kalau memasak dengan emak, harus la aku kena duduk dapur sehari suntuk kan.
Kerja yang patut habis dalam sejam dua, memang akan berjam-jam kalo ikutkan cara dia.

Cara mak aku memasak adalah dengan sangat tradisional. Mula-mula, bentang tikar atas lantai, lapik surat khabar lama, amik bakul bawang, duduk bersila, potong cili kering, tumbuk bawang, cili api semua. Siang ikan, potong sayur.

Tatau pun apa kegunaan kabinet dapur tu kalo tiap kali buat kerja pun kena duduk bersila atas lantai.
ahaks.

Bawang harus dipotong begini, bukan begitu.
Sayur ini, caranya potong begini, sayur itu potong cara begitu.
Pastu kalo aku potong sesedap rasa, dia akan membebel.
"Lain kali tanya mak cemana nak potong. Ko ni macam mana umur dah 2* potong sayur tak reti nihhh.."
Then, kalo aku tanya cemana nak potong, dia cakap :
"Takkan potong sayur ni pun tak reti. Ko ni macam mana nihh.."

Hapenye? Kesimpulannya adakah aku patut bertanya atau tidak?
haihhh~

And dia tak suka kami buat cili giling banyak-banyak.
Semuanya mengikut sukatan apa yang mau dimasak hari ini. Esok nanti bila mau guna buat lagi. She wants everything to be freshly prepared. Sebab tu la kami akan duduk di dapur berjam-jam.

Kalo ngikutkan cara aku, amik cili kering, blender sajer. Tumis, masak semua. Siap. Sebab tu, kalau aku memasak di rumah sendiri tak pernah rasa penat. Cuma bila memasak di kampung, badan semua letih-lesu.

Then, aktiviti basuh baju. Lipat kain.
Semua baju yang dibasuh guna mesin di rumah ineh, mesti dilipat. Tamau longgok-longgok tunggu bila free baru lipat.

Aku adalah sangat menci lipat baju.
Sebab tu baju aku semua, keluar dari mesin, digantung sampai kering, kemudian sambung gantung dalam almari.
Sebab aku adalah menci lipat baju.

Ok, aku nak pegi rewang kat rumah depan kejap.
Rewang maksudnya membantu tuan rumah yg buat kenduri tu memasak or buat apa yang patut.

oo itu pun salah satu aktiviti yang buat aku lenguh-lesu kalo balik kampung nih.


Photobucket


Oh ye. Ini gambar bilik aku.
Salah satu sebab aku suka balik kampung kerana dapat tidur di bilik pink yang comel ineh.


Photobucket


Bye!

Read more...

>> Thursday, May 1, 2008

3 hari lepas, waktu cuti hujung minggu, aku balik kampung.
Sebab besday mak.

Dan semalam, balik dari kerja 8.30 mlm, dengan badan yang lenguh-lesu, kemas-kemas barang dan terus balik kampung lagi.
Sebab hari ini aku cuti.
Esok cuti.
Lusa dan tulat juga cuti.

Patut cuma mau balik waktu hujung bulan nanti.
Tapi sebab suda sangat penat bekerja, dan sebab suda mengapply cuti awal-awal dulu dan malas mau mengkensel, jadi hati cakap, marilah pulang ke kampung lagi.

Tujuan mengapply cuti kerana patut mau bercuti-cuti sumwhere.
Tapi, uwaaa... suda 2 kali terpaksa dikensel!
Sebab kaki yang tamau baik.

haih~
Mana ada orang bercuti-cuti dengan kaki tempang, kan.

Suda sebulan makai selipar ke opis!
Sangat selekeh and the most uncomfortable.
Tadenya aku nak makai selipar tanpa sebab-musabab.
My closet is so full of heels.
Cuma ada beberapa keping selipar sajer.
Flat sandals pon tadek tau.

Sekarang, sampai suda ditegur beberapa kali kerana asik makai selipar.
Padahal yang sebenar, kaki aku tak dapat menerima apa-apa pun yang lain kecuali selipar... T_T

Dan semuanya kerana cicak ijau yang sangat degil ineh!


Photobucket


Ciki gemok yang tidur dikelilingi teddy bear.


Photobucket


*oh, jangan terpedaya dengan wajahnya yang comel. itu gambar waktu dia muda remaja dulu ^_^

Read more...

>> Tuesday, April 22, 2008

and... buat kesekian kalinya, aku MC lagi.
uh~ agak pelik. Sebab before this aku sangat la susah mau dapat MC.
Sakit yang dasat cemana pun dokter masih cakap aku boleh bekerja.
Tapi kali ineh, bukan setakat satu hari, malah 2 hari pulak dia bagi.
humm.

Dunno what really happened to me.
since the day I transfered to HR.
...

Oh ye.
Aku sudah di HR skarang.
On the day I was officially transfered, I was on MC due to kaki yang terseliuh.
2 hari juger.
Then, demam.
and selsema.
Followed by batuk.
Berpanjangan.

And semalam, tiba-tiba, sumthing unexpected happened.
Sumthing that is trulyyy out of expectation.

And suddenly, esok paginya aku demam teruk.
Tatau la kot effect from that 'thing' or memang aku nak demam.

Tapi masih ke opis juger. Sebab banyak kerja yang perlu disetel.
Tengahari, sangat tak larat, tinggal semua kerja, and terus ke klinik.

And now, di hari kedua MC, here I am, bersenang-lenang mengadap PC dari bangun tido tadik.

ahaks.

but, uii... I deserved it oke.
Last week I've been working like mad-bad bull.
Early morning till very late evening oke.
And thru the weekends.
[who on earth would work thru weekends except the workaholic? and man... I'm not.]

Yes.
I truly deserved to enjoy this 2-days of MC.

Read more...

>> Sunday, April 20, 2008

I have a dream.
A very, very big dream.

That is to quit job and travel Europe.
Well, not the travely-leisurely type as u might think of course.
I'll do all the odd jobs.
Teaching. Volunteering.
umm.. wif the Red Crescent maybe.

To live a life so ordinary like this is so boring.
I don't want to be ordinary.
I don't want to be boring.
Life is so short to be wasted for ordinary boring thing like this.
uh~

But then, a dream is just a dream.
That's why it is called a dream.
...

odd jobs?
volunteering?
I don't mind that though.


I can always quit my job.
And I can always travel to Europe as many times as I like.
But to quit job and travel without anything to fall back to...
that's mission impossible.

Read more...

>> Wednesday, April 16, 2008

and... my favorite jacket telah selamat diculik oleh my sis.
remember? the brown-black jacket yg sangat tasty tuh?
ahaks.

Actually, semalam is her birthday.
And last few weeks when she was here, I asked her what does she wants for her birthday. And, ntah apsal tetiba I offered her that jacket. And of course la she wants 'kan sebab that jacket mmg sangat lawo.

Then, aritu aku gi JJ konon-konon nak carik the same jacket la.
Tetiba... aa dah abis...
sedehnya aih...

So, terpaksa letak balik 'brown-black jacket' dalam my wishlist kat tepi tu.
ahaks.

Read more...

>> Sunday, April 13, 2008

Last week, on Saturday, we went to PC Fair.
My mum, Angah, my bro and me.
At Persada Johor.
Ye, dengan kaki yang sakit-sakit gila dasat cam cipan begini pun sanggup menapak jauh-jauh ke sana.
Kerana, itu adalah PC Fair.
Not gonna miss it for anything in the world.

Actually, patut takmo balik.
Sebab aku demam.
And sebab last weeknya aku baru balik.
Tapi, kerana mau ngambil kereta di kampung, and kebetulan, Angah balik, so di malam-malam buta, packing2 apa yang patut, and drive sendirian pulang ke sana.

Actually, waktu pulang dari kampung dulu, aku memandu kereta Abah.
remember? my leg?
Sebab kaki kiri adalah sangat sakit and kalau memandu kereta manual mau patah terus, jadi Abah nyuruh aku gunakan kereta dia dulu. He told me to return it whenever I like. Tapi setelah seminggu, rasa sangat rindu dengan kereta sendiri, jadi, ngambil keputusan pulang ke kampung untuk ngambil kereta semula.

Then, the next day, Angah cakap dia mau ke PC Fair.
To buy a notebook.

PC Fair? aa? Tatau pun that weekend ada PC Fair lagi. Sebab rasa macam baru bulan 12 aritu aku ke sana. Tiba-tiba aku teringat. oh well, it's already April. No wonder la. Then, aku cakap, nak ikut. My dad cakap tak boleh. Sebab kaki aku memang tgh bengkak yang dasat and patutnya memang tak boleh jalan lansung. But huh! I'm not gonna miss a PC Fair for anything, so dengan tangkas, bersiap and Angah pun terpaksa mengangkut akak dia ni ke sana. hehe.

We stop at a bridal shop first since my sis needs to book a dress for her engagement day. Belek-belek itu ini, akhirnya sejam lebih juga spent kat sana. Then, bertolak ke JB.

Pukul 12 tengahari, kami sampai. The most sesak betul. Selalunya aku pergi waktu last day tapi sebab Angah mau ke KL esoknya, jadi terpaksa la pergi di hari Sabtu. Then, pusing-pusing-pusing, pukul 3 kami lunch di Kotaraya and lepas tu sambung pusing-pusing lagi. Tengok-tengok jam, ah~ tak sedar rupanya suda pukul 7 mlm. Dekat 7 jam berpusing kat situ!

Melampau btul.
My mum relax je. Heran gak aku. Dia tak penat ke. Aku 3 beradik memang kaki jalan so tak heran la kan. But my mum?
uh.

Then, dari sana, singgah ke Pelangi since Angah mau beli installer for her new notebook. My mum and bro tunggu kat keta sebab kami cakap we will take 10 minutes only.

haihhh 10 minit la sangat.

We spent 20 minutes looking for installer, and tiba-tiba aku teringat mau beli DVD since tempat tu memang ada jual lots of my favorite DVDs. Belek-belek-belek, spent another 15 minutes, bought my Gilmore Girls series, and terus ke lif. Dalam perjalanan ke lif, Angah ternampak kedai beg. Terpaksa singgah sebab dah alang-alang 'kan. [alasan]

Another 15 minutes there.
Tiba-tiba, uhhh~ that really tasty red trolley bag!
Tup tup, terus dia beli.

Then, kelam-kabut kami turun ke parking sebab my bro dah 5 kali call. Aku dengan kaki yang sakit gila camni, bole plak tu jalan dengan hebat ke sana-sini.

Then, we drove to JJ. That JJ is like sooo dekat dengan my house. Selalu balik kerja, kalau rasa mau makan Secret Recipe, memang akan terus ke sana. Tapi kali ini saje je. Lagipun sale dah nak abis 'kan. So terpaksa singgah.

[alasan lagi. ahaks.]

Pukul 9 lebih sampai sana, jalan-jalan-jalan, tiba-tiba, uh~ suda hampir 11 malam. Tapi, biasa la... pompuan memang cenggini ^-^

After that, kami pun balik...
Cadangnya mau singgah ke Tesco, sebab Tesco bukak sampai pukul 1 pg 'kan. Tapi tak jadi. Sebab big bos kat rumah suda call banyak kali, tanya bila kitorang mau balik. Angah gelak. Dia cakap, dia balik macam untuk tumpang tido jek. ahaks.

The next day, my leg swells and hurts so much I can barely walk. Then, I msg my bos, telling her that I have to take leave tomorrow. Cadangnya mau ngambil MC tapi mcm tak sedap plak sebab dah bagitau mau cuti 'kan.

And now, after two weeks of terseliuh, my leg still hurts like hell.
Apsal ntah.

Pura-pura tatau padahal suda berjalan sakan sehari suntuk and then last few days pegi ke Income Tax lagi. So u know, kalau ke Income Tax, of course la aku akan singgah lebih banyak tempat, and jalan dengan lebih dasat. So no wonder la my leg tak baik-baik 'kan.

Sekian, harap maklum.

Read more...

>> Sunday, April 6, 2008

and... it's April.
Almost a year since I left Mlk for good.
for good? ahaks.

Pertama kali jejakkan kaki ke sini dulu, tak rasa aku akan menetap lama.
Lori yang bertan-tan lalu di sebelah buat hati sangat saspen.
Dengan bau yang pelbagai, dengan pemandangan yang jauh dari apa yang aku bayangkan...

Am I really going to live here?
Do I have to??


But then, pejam celik pejam celik suda setahun pun...
Tak terasa masa berlalu.
Rasa macam aku berdiri di tengah-tengah dengan orang yang rushing buat itu ini di keliling.

Rasa macam masa terhenti untuk aku, and tiba-tiba it's April.
Yes, it's April.
gosh...

Pertama kali datang ke sini dulu, it's like being somewhere out of of this world. Pelantar minyak yang the veryyyy big, scaffolder and structure yang tinggi mencakar langit, tons of pipelines melingkar-lingkar kat tepi jalan, kilang-kilang yang tak pernah aku gambarkan seumur hidup. Dengan tong-tong gas yang sangat besar, kalau meletup benda ni tatau la sempat tak aku lari gaknya.
ahaks.

But then, I survived...
Leading a normal, ordinary life out here.
Jauh dari apa yang telah aku tinggalkan di Mlk.
hihi.

Dulu, pertama kali, bos cakap, budak ni kerja kat topside. Yang ni pulak kat jacket. Aku cuma angguk sajer. Hapa jadah jacket topside tu pun tatau.

And offshore.

To tell u the truth, menatang offshore hook-up tu dah duduk 3 bln kat sini baru aku paham kerja dia. Kalau fikir-fikir balik memang kelakar. How on earth did I end up here?... I've been leading a comfortable, adventurous, good life in Mlk. Berganti dengan hidup yang ordinary, sendiri di sini.

Memang sangat susah pada mula.
Sangat-sangat susah.
Susah yang tak dapat aku gambarkan di sini.
Air mata yang tumpah pun dah berbaldi-baldi agaknya.
ahaks.

But for the first time in life, tak pernah terlintas untuk berenti kerja, macam yang selalu aku fikir waktu dulu-dulu.

I do miss my old life.
The free, enjoyable, my-own-world type of life.
Tipulah kalau aku cakap tak rindu 'kan.
Di sini aku telah menjadi seorang yang lain.
Kadang-kadang rasa macam tak kenal, "Adakah ini benar-benar aku?"
Is it truly me??

But as time goes by... I live.
And I lived my life the way it is.
Walaupun rasa macam mimpi, tapi, ah~ suda April pun.
...

hmm.
I talk too much today.

Read more...

>> Friday, April 4, 2008

Lots of thing happened lately.

Bukan tadek masa mau updet, cuma sebab aku suda kembali obsess dengan SIM2 and Photoshop. Maklum la my notebook baru dire-format oleh Encik Mel yang baik hati, jadi waktu untuk berinternet berkurangan dengan sendiri diganti dgn waktu untuk bermain game.

Anyway, minggu lepas, buat pertama kali dalam hidup, aku mendapat MC selama 2 hari. Selalunya, demam tergolek atas katil pun dokter cakap aku nampak segar. Tapi yang ini, tadek sapa bole menafikan lagi. Ciki telah berjaya membuatkan kaki tuannya tempang selama seminggu lebih.

And for this one whole week, menyebabkan aku terpaksa makai selipar sambil jalan berdengkot-dengkot ke opis.

uh.

Selalunya aku parking kereta dengan sangat jauh.
Dan aku akan jalan secara laju ke opis sambil memakai heel untuk mengejar masa.
Tapi dalam seminggu ini, terpaksa jalan secara slow metal.
Dan parking di depan pintu gate.
Menyebabkan berat badan naik mendadak sebanyak 4 kg.

wahhh. memang cipan.

Read more...

>> Wednesday, March 19, 2008

Be careful of what u wish for.
Coz someday, it might come true...


Betul!
For the last few months, aku rasa kebanyakkan wish aku telah di granted oleh Dia.

Memang alhamdulillah... aku patut bersyukur.
Tapi bila pikir-pikir balik,
gosh... if I know that this would come true, I would have ask for more.

See!
The greedy me.

ahaks.

Tapi, manusia takkan pernah puas...

Whateverpun, memang aku sangat bersyukur.
Walaupun ada antara wish aku adalah sesuatu yang tak patut, tapi aku dapat...
Alhamdulillah ya Allah...
Sesungguhnya Kau mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu.

Read more...

>> Saturday, March 15, 2008

Beberapa hari lepas, balik dari opis Income Tax, aku singgah ke JJ Permas dan lain-lain.

Sebab someone baru bagi aku voucher JJ lagi.
Dan sebab on the way balik, jalan adalah the most jem.
Kaki aku dah lenguh tekan clutch lama-lama, jadi bila terpandang signbord JJ, laju plak aku tekan minyak masuk JJ.

Cadangnya mau membeli barang-barang keperluan sajer.
Seperti sabun, coklat, kuaci, nugget, hair dryer, towel, lipstick.
Lipstick?
Barang keperluan?


eheh.
But of course, that's sooo not me.


Photobucket


Jadi, jalan-jalan-jalan, terpaut hati pada sehelai blouse Nicole yang menepati citarasa.
Sebab sekarang adalah sale, jadi, hati aku cakap it is worthed to buy.
Lagipun, sebulan sekali je aku beli baju.
Guna voucher, bukan guna duit pun.

ahaks.

Cepat-cepat bayar.
Takut nanti berubah fikiran, kan.

Then, tiba-tiba, lepas bayar, bole plak la ternampak satu jacket Ladylike yang ahhh~
Tapi sebab suda membeli-belah-koyak-rabak tadi, jadi voucher aku tinggal beberapa puluh sajer.
Tapi... jacket tu cuma berharga 100!
And seriously tasty.

I have to have this jacket.
I have to have it.

Tapi aku pujuk-pujuk hati.
Sale lama lagi.
Esok-esok kalo aku nak sangat, bole je beli.
Then aku pun balik...

Hari ini, Sabtu, aku datang opis sekejap.
Sebab ada kerja yang perlu disetel.
Tiba-tiba my sis call.
Borak-borak sejam, cerita itu ini, timbul plak topik besday mak.
Tiba-tiba teringat yang JJ tengah sale.
So bercadang mau singgah JJ balik nanti.
Mau survey-survey present for my mum.

Yes, survey.

ahaks.

Alasan.

Sebab sejak balik dari JJ tempoh hari, asyik terbayang wajah jacket yang sangat tasty tu.

Kawan aku cakap, kalau benda yang kita nak tu, kita tak beli, tapi bila dah balik asyik teringat je, so bole beli.

Sebab that's worthed.

Tapi kalo dah balik kita tak teringat, maknanya takyah la beli.

Jadinya, lepas survey-survey handbag and mixer for my mum and tak jumpa yang best, aku pun ngambil keputusan untuk beli jacket tu...

wahahaha.

Nambah satu lagi koleksi jacket dalam almari aku.
I've already got 4 red jacket.
1 pink.
1 yellow.
1 black.
And this brown colored jacket.

Hapa tah kaedahnya beli jacket banyak-banyak.

Balik dari JJ, tiba-tiba teringat sunglasses yang aku tengok aritu.
Sangat tasty juger...

Haih.
Banyak plak la wishlist aku nih.

Tapi tak bercadang pun mau beli bulan ni.
Tapi singgah jugek la ke Focus Point tu.
Sebab dah alang-alang bole survey, kan.

Tiba-tiba... hah la... kenapa bole jumpa yang menepati citarasa?
Dan aku duduk di situ hampir sejam memikir mana satu yang patut dibeli.
Elle or Emporio Armani or Morgan.
Tiga-tiga sangat tasty!
And tengah sale jugek!

damn.

Hey! Kan aku dah remind aritu jangan shopping sorang-sorang!

Kalo aku angkut Luna tadi ni, sure-sure aku takkan beli.
Sure-sure dia akan bagi pendapat bernas seperti, "Ala bulan 5 nanti mesti sale lagi.."

ahaks.

Dan akhirnya, aku pulang ke rumah dengan mengheret 2 barang yang tak masuk lansung dalam list aku bulan ni.

Sekian.

Read more...

>> Friday, March 14, 2008

Kelmarin, dengan berbaju kurung berheel tinggi, aku meredah hujan ribut petir untuk ke opis Income Tax.

Heel?
Baju kurung?
Hujan?


haih.

Kombinasi yang lansung tak sesuai.

Pertama kali ke sana dulu, agak saspen.
Kerana aku, buta dan tuli tentang tax.
Dan juga, kerana aku, tax sendiri pun staff Abah yang nguruskan.
Tiba-tiba disuruh handle kes expatriates yang tak tau asal-usulnya.
Kelam kabut membelek buku itu dan ini, belajar apa yang patut.


Photobucket



Tax on tax.
Tax allowances.
Resident.
Non-resident.
BIK di sana sini.
Hape tah jadah.

Tapi... tiba-tiba telah menjadi agak expert.

wahahaha.
Kagum sbenarnya ngan diri sendiri.

Dan kali ini, setelah beberapa kali, tiba-tiba jadi sangat suka untuk ke sana.
Sebab opis Tax adalah di sebelah Angsana.
Dalam Angsana ada salon yang aku suka.
Jadi, telah menjadi rutin, tiap kali ke opis Tax, terpaksa singgah juga ke sana.

Ya, aku suka ke opis Tax.

Sebab on the way ke sana, di kiri-kanan ada JJ Tebrau, JJ Permas, Tesco Sri Alam, ada Giant Plentong, Carrefour, Angsana, dan ada The Store Pandan.

Memang aku suka ke opis Tax.

Sebab aku bole claim duit minyak banyak-banyak.
Dan aku bole singgah semua-semua tempat di atas tanpa rasa membazir.
Sebab semuanya adalah -> on the way.

haha.

Read more...

>> Thursday, March 13, 2008

I really have to stop eating.
Stop stop stop eating.

Gosh... I've been eating too much of everything lately.

Tiap pagi, breakfast, amik 2 kpg roti canai + nasik lemak/kuetiau/lontong + kuih 2 bijik/hash potato. Tengahari, makan lagi. Kadang-kadang nasik ayam + bubur pulut itam. Kadang-kadang, nasik lauk udang/asam pedas ikan/sotong sambal. Kadang-kadang rojak asma + pengat pisang + yong tau fu.

Itu kalau makan sendiri di cafe la.

Belum lagi kalau vendor belanja.

Belum lagi kalau ada event yang itu ini.

Di sini, acara makan-makan adalah tiap minggu.

Contohnya cam kelmarin.
Sebelum balik, cik puan secretary dah ngantar email, pesan jangan beli breakfast, sebab ada orang mau belanja.

Then, tengahari, balance breakfast banyak lagi, so nyambung la makan.
Petang, ada pulak la makan-makan lagi.
Cekodok udang yg sedap + bihun goreng + nescafe.

Balik kerja, tiba-tiba teringin makan McD.
Terpaksa singgah.

Tatau apsal perut mengada-ngada rasa teringin.
Padahal dah tak muat-muat disumbat itu ini.
...

Semalam pulak, suda breakfast dasat.
Tiba-tiba tengahari, ada vendor ngajak lunch di luar.
Ayam percik sepinggan gemok.

Balik dari kerja, tiba-tiba lagi, ada kawan mau belanja.
Mi kari lemak semangkuk besar.

Patut mau ke Secret Recipe [huish dah terbayang cheese cake kat situ].
Tapi, tiba-tiba, SR di Masai suda berpindah ke tempat lain...
Jadinya, terus ke Oldtown White Coffee...

Pertama kali ke situ.
Sebab, aku memang tak minum coffee.
Jadi, tadek motif pun mau ke coffee house, kan.
Gambar tiada di sini.
Selalunya kamera diusung ke sana ke mari.
Tapi semalam, tiba-tiba kamera tertinggal di rumah.
Jadinya, apa gambar pun tak dapat diambil dipost ke sini.

Balik rumah, nyambung makan Cocoa Frosties setengah kotak besar.
Dengan Oreo, setengah peket.

huahuahua.

Apapun, kesimpulannya, aku telah makan dengan dasat.
And, kerana itu, I really, really have to stop eating.

And start jogging.

ahaks.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP